Tag Archives: Zoo Melaka
Aside

Melawat haiwan yang dapat PR Melaka

22 Jul

Salam :)

Pernah masuk Zoo Melaka tak? I ni nama jer tok nenek asal sini tapi tak pernah lawat pun binatang yang dapat PR Melaka ni haa..oleh itu meh ler layan lawatan tak rasmi kami kesini.

Excited pergi Zoo macam dapat pergi Disneyland

Hero kecik kata ini dinosaur!

Abang kata zirafah ni tekak dia tinggi!

Euwww! Sesi ciom montotkah!

Burung warna-warni kat belakang tu relaks jer. Takde gedik-gedik nak terbang bebas macam dunia ini ana yang punya! Sangat berdisiplin..dok jer bertenggek kat dahan kayu tu haa..padahal takde pun takdir hidup dikelilingi sangkar. Feeling nak bergambar dengan pengunjunglah tu…

2 gadis comelsss yang keletah (cilok from blog nani)

Binatang pujaan hati hero kecik..elephant! Tapi sabar jerlah..bila dia dah tengok live..dia kata laa takdelah best mana pun tengok gajah ni..sama jer macam dalam buku..boleh dia bagi statement camtu? Nasib baik elephant tu tak dengar. Sudahnya abang jerlah bergambar dengan penuh keikhlasan senyuman dia.

Singa yang dah tua bangka. Sungguh. Tua betul nampak dia..takdelah nampak beruban ke hape..tapi nampak macam dah uzur sangat pastu badan adalah sangat kerempeng. Rasa nak campak surat layang suruh diorang ganti dengan singa baru..singer..menawan keluarga bahagia..ehh :D

Burung berjambul putih. High maintenance ni..gel rambut dia bukan cokia punya hokay.

Yeah..menghampiri garisan penamat a.k.a pintu keluar. So inilah family pic di Zoo Melaka. Menyesal ambil masa dah nak habis tawaf..muka semua tak cukup perisa. Letih. Moral of the story..sila bergambar di entrance kalau nak lawat sesuatu tempat tu. Kompem pic macam..senyum seindah suria..yang membawa cahaya..senyumlah dari hati..duniamu berseri..haha..teringat nyanyi lagu ni masa join sambutan Hari Kekanak kat Stadium Negara tahun 1994. Ok ter-meleret dah…

Memasing jalan lenggang kangkung macam Zoo sendiri. Siap singgah surau dalam tu lagi solat asar pukul 7pm. Padahal dah tahu Zoo tutup pukul 6pm. And haritu pulak takde Zoo malam. End up semua jenis pintu masuk keluar kat situ dah dikunci. Rasakan! Nasib baik ada guard yang kami jumpa..itu pun dia dah nak blah gi round kat kawasan lain..kalau tak..dapat pakej 2 days 1 night lah dalam Zoo tu.

Anyway anyhow..dah habis daa story mory pasal our vacation. Best sangat. Sangat best. Jumpa lagi :)


Aside

Kandang harimau menjadi saksi

21 Jul

Salam :)

Family pic birthday hero kecik ke-4

Tapi mengapa hanya diriku yang pandang camera? Ohh gini kot..baba penat kejar the kids keliling Zoo. Abang sleepy sampai terlena kejap and hero kecik excited bilalah nak tiup lilin. Kottt…

Our port. Dihadapan kandang harimau. Main gamble jer pun cari port. At first hero kecik nak kat tempat gajah..haiyooo dahlah bau ‘enak’ banget..cari punya cari tak jumpa mana port gajah. Memasing dah letih pulak tu. So sampai jer sini terus kowtim.

Happy birthday sayang :)

Masa ni around 5pm++…and kebetulan hero kecik lahir pun memang waktu ni jugak..good timing.

Tak tentu arah potong kek. Kiri kanan tangan kepochi. Diriku sejak azali memang kidal yer. Tapi makan dengan tangan kananlah..hehe

2 gadis comel yang sudah terliur

Aummm..sedap!

Uishh..ha’im pun terliuq gak ibu oii!

Bekalan air kami yang lebih dari cukup

Hazlim buat lawak gilos. Soalannya sejak dari tadi kitorang masuk zoo sampai kat port ni sebutkan 5 binatang yang bermula dengan huruf  ‘L’??? Macam nak gila kitorang fikir ok..tak cukup gak 5. Sudahnya dengan muka nak kena baling dengan kek dia jawab..‘lilafah = zirafah’…’luda = kuda’…’lusa = rusa’… ‘luaya = buaya’…’lulung = burung’…dush dushh!!

Apepun thanks guys kerana sudi menjayakan hari bersejarah hero kecik..and also thanks for all your wishes..you guys rocks!



Page 1 of 11