Tag Archives: weekend wishes

Berdas-das cubitan yang singgah

8 Apr

Nak sambung sikit kisah lepas balik dari Jakel haritu. Kitorang singgah rumah sepupu abah, kat area situ jugak. Melawat dia yang baru sembuh sakit strok.

Kemain melasak tak hengat bebudak ni. Tak terkira banyaknya cubitan kat badan diorang. Tu pun tatap tak menginsafkan. Ishk ishk…

Pakcik pakai kain pelikat tu lah sepupu abah. Baru jer baik dari strok. Masa kat spital haritu mak abah ada gi visit. Pastu dengar dia dah sembuh.. alhamdulillah.

Cucu pakcik tu baru lepas habis pantang. Aloloolooo..geram jer tengok budak cenonet ni. Cer cakap budak cenonet mana yang tak comel?

I takleh dok dalam rumah, kena monitor budak berdua ni. Rumah pakcik ni bebetul tepi jalan besar. Sekali lori besar honn!! Luruh jantunggg!!

Sian tokey beli kain, ngantuk.

Enjoy your weekend!

 

Burger jalanan

30 Jul

Salam jumaat guys :) …harini rasa nak update light entry jerlah. Pening pulak tengok bebanyak story kat sini lately.

Hero kecik sekarang ni kuat buli abang. Nottylah adik ni..tapi bila abang nak buat serang balas pandaiii mencicit lari takuttt!

Story pasal burger pulak..tetibakan. Korang-korang suka tak makan burger tepi jalan? Ohh I suka! And my kids pun..especially yang ada marinade punya. Nak suruh celup lelebih pun no hal. Kalau burger McD boleh? Ohh nehi…

Muka tahan pedas plus tahan nak buang angin. Kottt…

Muka kesedapan

Ok dahlah story pasal burger tu. Lapar pulak. Anyway anyhow apa plan weekend ni? I penuh dengan undangan makan2..dinner with my bff..wedding invitation..terjah restoran baru my friend..kenduri doa selamat bakal mertua my sis..and blurppp alhamdulillah :)

Enjoy your weekend!


Page 1 of 11