Tag Archives: Vacation
Aside

Pukul 11am kita jumpa!

13 Jul

Salam :)

Apa tengok-tengok? Nampak lengan ni..nak kena backhand?

Sebelum pergi vacation haritu we all gather kat rumah nani dulu.

Memandangkan rumah dia kat nilai n we’re heading to melaka, so dengan senang hati jumpa jer kat situ dulu.

Ayang n husband sampai dulu. Then kitorang pulak…biasalah janji2 ayam.. janji kul 11am..tapi dekat kul 1pm baru tercongok..haha

Thanks to mama nani..yang kitorang panggil mama jugak since 10 years ago..sebab dengan baik hati sediakan nasi dan lauk dan juga laksa..perghh.. blurp! alhamdulillah…

Project leader..hawa..ponn sampai lambat..ekekeke..takpe dimaafkan..bukan rushing kemana pun. Tak jauh nilai – melaka..check in kan kul 2pm. Yang penting semua kekenyangan..driverlah kesian..berjaga sesorang..anak bini semua melentok dalam kereta.

Baby ha’im yang kuat berfikir..hihi..kalau dia tenung sesuatu tu sungguhlah khusyuk..ni tenung awek sok memang cair habis beb!

The kids dah tak sabar. Bila nak gerak..jomlah pergi..mehlah naik kereta.. haha..pepandai jer translate dialog diorang

Hero kecik yang tidur dalam kegembiraan..heading to melaka

Walaupun dari kecil berulang alik ke melaka, sebab kampung my parents kat sana..tapi trip kali ni paling seronok sebab dengan kawan2 yang super best!


More stories esok dan esok lagi…



Aside

Sesukahati kami bersukaria

12 Jul

Salam :)

Beriya hero kecik dok bercerita pasal our vacation..pok pek pok pek!

Seronok sangat my weekend haritu. Pergi vacation dengan my best frensss ..memandangkan ada ratusan pics yang disnap..I cilok sikit jer dulu untuk enterprame kat sini.

Tengok pic ni jer dah rindu balik saat ni..hehe..every moment that we had adalah sangat best!

And so do the kids!

Makan seafood sampai nak pecah perut..haha

Yeah! We celebrated birthday hero kecik didepan kandang harimau u..aumm aummm pak belang pun nyanyi sama :D

Vacation 2 days 1 night sahaja di Melaka. Tapi kepenatan bapa2 melayan kerenah anak2 dan isteri mengalahkan vacation seminggu! Apepun we lep u lah mr. husbandsss…

More stories esok dan esok esok..sekian.



Aside

dimana ada laut..disitu ada pisang goreng

20 Apr

Salam…:)

Alahai lemaunya rupa hero kecik..hehe..mehh I bawa u guys pergi Teluk Batik. Jalan2 cari ketenangan..ewahh

Dari jauh dah nampak laut. Terus feeling ohh nyamannya udara…

I terjah sini masa balik kampung baba haritu. Jauh tak jauh pun dalam setengah jam the journey..taklah jauh sangat..so taklehlah mengendeng nak overnite kat Rumah Tumpangan Ah Leong kat situ :P

Pic wajib…cuaca adalah sangat terik..so jangan cuba2 melawan pandangan sinaran matahari..boleh buta warna jadinya!

I angkut sekali mak mertua. Adik2 kembar baba kat hostel..so mereka ter-rugi sudah..hihii..dulu masa stay hostel..time2 petang weekend camni adalah waktu terbaik untuk qada’ tido yang tercicir. Kiranya kalau bilik runtuh pun tak sedarlah…kalau sedar pun kompem dah ada kat ward :D

Tengok hero kecik makan pisang goreng. Macam makan ayam goreng kfc!

Tak mandi manda pun kat sini. Saja datang ambil angin laut…kalaulah boleh simpan angin2 tu dalam plastik..dah lama I bawa balik kl

Tapi sebelum balik gi lah lalukan kaki kat air laut. Kang merajuk pulak laut dah singgah taknak masuk pulak katanya…boleh??

On the way pergi carpark nampaklah beberapa ekor monyet..sedang rancak mencilok makanan2 manusia yang sedang leka dibuai angin laut..hiks.. kalaulah boleh pelihara dah lama I rembat sekor bawa balik..hahaa..macam2 nak bawa balik kalau kat tempat orang..ada yang kena hijack dengan orang2 kampung yang vogue2 tu kang.

Salam kerinduan dari kami…cewah :)



Page 2 of 212