Melawat haiwan yang dapat PR Melaka
22 Jul
Salam
Pernah masuk Zoo Melaka tak? I ni nama jer tok nenek asal sini tapi tak pernah lawat pun binatang yang dapat PR Melaka ni haa..oleh itu meh ler layan lawatan tak rasmi kami kesini.
Excited pergi Zoo macam dapat pergi Disneyland
Hero kecik kata ini dinosaur!
Abang kata zirafah ni tekak dia tinggi!
Euwww! Sesi ciom montotkah!
Burung warna-warni kat belakang tu relaks jer. Takde gedik-gedik nak terbang bebas macam dunia ini ana yang punya! Sangat berdisiplin..dok jer bertenggek kat dahan kayu tu haa..padahal takde pun takdir hidup dikelilingi sangkar. Feeling nak bergambar dengan pengunjunglah tu…
2 gadis comelsss yang keletah (cilok from blog nani)
Binatang pujaan hati hero kecik..elephant! Tapi sabar jerlah..bila dia dah tengok live..dia kata laa takdelah best mana pun tengok gajah ni..sama jer macam dalam buku..boleh dia bagi statement camtu? Nasib baik elephant tu tak dengar. Sudahnya abang jerlah bergambar dengan penuh keikhlasan senyuman dia.
Singa yang dah tua bangka. Sungguh. Tua betul nampak dia..takdelah nampak beruban ke hape..tapi nampak macam dah uzur sangat pastu badan adalah sangat kerempeng. Rasa nak campak surat layang suruh diorang ganti dengan singa baru..singer..menawan keluarga bahagia..ehh ![]()
Burung berjambul putih. High maintenance ni..gel rambut dia bukan cokia punya hokay.
Yeah..menghampiri garisan penamat a.k.a pintu keluar. So inilah family pic di Zoo Melaka. Menyesal ambil masa dah nak habis tawaf..muka semua tak cukup perisa. Letih. Moral of the story..sila bergambar di entrance kalau nak lawat sesuatu tempat tu. Kompem pic macam..senyum seindah suria..yang membawa cahaya..senyumlah dari hati..duniamu berseri..haha..teringat nyanyi lagu ni masa join sambutan Hari Kekanak kat Stadium Negara tahun 1994. Ok ter-meleret dah…
Memasing jalan lenggang kangkung macam Zoo sendiri. Siap singgah surau dalam tu lagi solat asar pukul 7pm. Padahal dah tahu Zoo tutup pukul 6pm. And haritu pulak takde Zoo malam. End up semua jenis pintu masuk keluar kat situ dah dikunci. Rasakan! Nasib baik ada guard yang kami jumpa..itu pun dia dah nak blah gi round kat kawasan lain..kalau tak..dapat pakej 2 days 1 night lah dalam Zoo tu.
Anyway anyhow..dah habis daa story mory pasal our vacation. Best sangat. Sangat best. Jumpa lagi ![]()

































































Recent Comments