Tag Archives: newborn baby
Aside

Selamat berpantang dibulan puasa, phewww!

3 Aug

I skip kejap story pasal kindy trip. Nak lompat terus to story after the trip. Eh baper kali nak sebut trip daa, hehe..ok2 lepas jer balik rumah sempatlah nap kejap for half an hour. Pastu rushing nak gi spital Pusrawi, my bff apan dah selamat deliver. Syukur…

The kids tidur, kepenatan sangat balik trip tu. So, i tak bawak diorang. Shirah follow sebab dia nak suh i drop dia kat Times Square. Her girls dah tunggu kat sana.

Dah sampai, eksaitednya nak jumpa minah ni.

I came together with my bff nani. Elok jer sampai, apan dah nak discharge. Fuhhh luckily sempat u. Kalau tak kena kejar dia sampai selayang, hehe.

Her newborn baby girl yg belum bernama. Haa melalak dah!

Seronoknya weiii dapat baby baru. Macam main ngan anak patung.

Amie nak adik tak? Amie kata nak yer puan nani, lalaalaaa…

Berangan itu percuma.

Oleh kerana dah kena discharge, tak sempat nak lepak dalam bilik. Maka melepaklah kami kat tangga luar, hihi..insyaAllah nanti kitorang gi visit kau kat rumah yer apan. Apepun selamat berpantang dalam bulan ramadhan. Dan selamat menggantikan iya balik in the future…weee!

Aside

Nak gap baper tahun dapatkan adik?

26 Apr

Bebaru ni i dapat kiss newborn baby lagi. My cousin baru jer deliver baby girl. Syoknessss!

Eeeee rasa nak bawak balik jer budak kecik ni. Welcome to our big family wahai Puteri Farhan Nadhirah. Kiss kiss kiss sama dia!

Yang baju biru dok kat atas tilam tu lah my cousin. I call her kak nor. If  siapa kenal ika, yang suka belangkas ngan shirah tu..haa ni lah mak dia. Kira ika dapat adik barulah ni.

Rumah kak nor ni selang taman sebelah jer ngan my house. Bila dapat jer news dia dah balik rumah, zassss lah serbu! Dia deliver normal tu yang dok sehari jer kat wad. Tak dan kitorang nak gegar spital.

Shirah mengendeng suh i kluakan baby girl jugak. Kalaulah semudah beli ikan dipasar!

Ni anak bongsu kak nor. Sebelum ni lah bongsu, tapi dah ada adik ni..hihi..sorry no more bongsu yer. Gap si amsyar ni ngan adik baru dia adalah 13 tahun u!


Hero kecik agak2 nak suh mama gap berapa tahun nak dapatkan adik???

Senyum tu senyum jugak hero kecik ni. Tapi sampai sudah dia taknak baby kecik. Nak baby besar terus katanya. Hehehe..nak taknak mama nak jugak baby baru in our family tahun depan.

Kalau bukan i yang pregnant, adik i yang nak kahwin bulan 6 ni punyalah kot. Tak pun dedua jadi mak buyung. Amin…kalau kitorang ada rezeki.

 

Aside

Ibu saya selamba meneran saya keluar seberat 4.1kg

29 Dec

Tak koser heiii nak godek template ni. Biarlah gini dulu. Seru nak mendesign tak mai lagi. Tapi seru nak share khabar berita baik pasal anak buah baru i ni memang sudah mari. Mari mari..mari bau babyyy!

Muhammad Ariq Adli..baby bam bam baru in husband’s family. Adik lelaki baba..fauzi.. baru jer selamat dapat anak lelaki. Bertambahlah lagi hero-hero kecik mertuaku menjadikan 6 orang semuanya. Heroin jugak yang masih ketandusan..baru 2.

Sambung balik pasal baby baru ni. Boleh tahan jugak semangatnya masa lahir 4.1kg u! Dan keluar secara normal! Normal yer..bukan ikut tingkap. Memang kuattt semangattt wife dia meneran budak bam bam ni. Fuhhh!


Hajat dihati memang teringin nau ler nak gi melawat. Tapi diorang nun jauh kat Sabah..hehe..fauzi ni polis marin kat Sabah. Nisa pulak memang orang Sabah. Diorang dah ada 2 heroin yang tak berapa nak kenal dengan kitorang makcik pakcik mereka ni. Yerlah setahun 2-3 kali jer jumpa bila balik semenanjung.

Insyaallah nanti kitorang fly kesana yer. Tunggu :)

Ehh jap jap ada lagi..seriau betul ler nak bayangkan meneran budak lebih 4kg. Fuh fuhh fuhhh!!


Aside

Tak mandi pun tetap bau harum

14 Dec

Semalam kisah orang kahwinkan, harini kisah newborn baby pulak. My cousin baru jer deliver baby boy. Apalagi angkat kaki jalanlah pergi visit.

Orang lain yang dapat baby, orang lain yang excited terlebih. Sorry for the pale face. Koser heyyy nak mekap bagai pergi kiss baby. Kat belakang tu lah my cousin.

Suka sangat bau baby. Tak mandi pun harum..huhuhu

Wan Joshua Indra..budak bam bam.

Ni lah ibu to baby bam bam tu. Pic 1st tadi tak clearlah. Masa ni baby bam bam dalam perut lagi. Congrates kak :)

Dan ni abang to baby bam bam. Berkepit jer dengan ibunya.

Kalau tak dilayan dia masuk bawah kerusi..hihi..abang dah ada baby keciklah. Jangan notty2 kay. Tolong ibu jaga adik. Ehh nama abang dia pun sedap..Wan Zachery Aduka :)

Ok dah habis kisah newborn baby. I sambung sikit pasal my cousin lain pulak yang baru jer pregnant! Bestnya mereka…

Ingat tak ika yang i cerita semalam kat wedding tu? Haa ni lah ibu dia..my cousin..tengah pregnant 4 months. Congrates kak :)

Kalau nak tahu my cousin ni last dia pregnant was 12 years ago! Anak ada 3 orang. Dah rezekikan dapat pregnant lagi. Yang baju kotak2 tu anak bongsu dia. Ika pulak anak sulung, nak spm dah..and anak kedua dia kat bawah ni.

Aiman anak kedua my cousin ni. Baru lepas pmr. Semua dah besar-besar. Senang betul nak suruh tolong jaga adik baru nanti. InsyaAllah :)



Aside

baby girl dynas…

19 Jun

Salam…:)

Halooo! Seperti yang dijanjikan..inilah baby girl dynas. Nama dia Khyra Khalyssa..baru habis pantang so umur dalam 3 bulan lebih gitulah kot. Ikut rupa siapa u guys rasa? I think ikut the father kot..wah dah besar boleh jadi racer macam daddy dia tak..hiks..kitakan ketandusan pelumba kereta wanita :D


***pic credit to Cari Forum



Aside

Baby girl kepunyaan artis Yatt

12 Jun

Salam…:)

Comel tak? Comel lahai! Baby ni anak artis Yatt yang comel jugak tu. Dahlah comel..putih gebu pulak tu. Kalaulah budak kecik ni boleh share rahsia kecantikan dia..hihi..tettt!

Budak comel ni nama dia unik tau…Suci Hanania Malika :) . Dalam pic ni masa umur dia 3 bulan kot. She was born on February lepas.

Fotogenikkan? Oh dah tentulah. Kata anak artis..hehe..I dapat pics ni semua dari Forum Cari. Ehh..korang kenal tak artis Yatt ni yang mana satu? Haa meh tengok pic hot-momma ni pulak…

Taraaa! Dah ingatkan? I suka tengok lakonan dia. Gosip pun tak banyak..tapi lately macam dah tak berapa nampaklah dia berlakon. Nak beri tumpuan untuk family kot.

Apepun tahniah dah dapat baby. Semoga kekal bahagia yer…

So nak tengok baby artis mana pulak lagi. Haa..nanti I tunjuk baby dynas pulak..kalau ada jumpalah..hehe..dia dah habis pantang. Maybe akan expose baby dia dalam masa terdekat ke.

Till then…daa :)



Page 1 of 212