13 July 2010 26 Comments

Pukul 11am kita jumpa!

Salam :)

Apa tengok-tengok? Nampak lengan ni..nak kena backhand?

Sebelum pergi vacation haritu we all gather kat rumah nani dulu.

Memandangkan rumah dia kat nilai n we’re heading to melaka, so dengan senang hati jumpa jer kat situ dulu.

Ayang n husband sampai dulu. Then kitorang pulak…biasalah janji2 ayam.. janji kul 11am..tapi dekat kul 1pm baru tercongok..haha

Thanks to mama nani..yang kitorang panggil mama jugak since 10 years ago..sebab dengan baik hati sediakan nasi dan lauk dan juga laksa..perghh.. blurp! alhamdulillah…

Project leader..hawa..ponn sampai lambat..ekekeke..takpe dimaafkan..bukan rushing kemana pun. Tak jauh nilai – melaka..check in kan kul 2pm. Yang penting semua kekenyangan..driverlah kesian..berjaga sesorang..anak bini semua melentok dalam kereta.

Baby ha’im yang kuat berfikir..hihi..kalau dia tenung sesuatu tu sungguhlah khusyuk..ni tenung awek sok memang cair habis beb!

The kids dah tak sabar. Bila nak gerak..jomlah pergi..mehlah naik kereta.. haha..pepandai jer translate dialog diorang

Hero kecik yang tidur dalam kegembiraan..heading to melaka

Walaupun dari kecil berulang alik ke melaka, sebab kampung my parents kat sana..tapi trip kali ni paling seronok sebab dengan kawan2 yang super best!


More stories esok dan esok lagi…



29 June 2010 28 Comments

saya budak montel yang baik :D

Salam…:)

Nak tengok budak bam-bam tak? Anak my bff nani..yang sedang membesar bagai johan!

Ni masa our gath few months ago..baru 3-4 bulan gitu kot..sedang hebat membina badan masa ni. Dan sekarang…

Haa amik! Dah 6 bulan..kira sendirilah berapa lipatan kat badan dia..berat around 10kg..hahahaa! Eee adik amie memang bikin aunty geram tak hengat tau..nantilah gath kat melaka next week..eee!

Baik jer landing dalam sinki..nak mandilah kot ekk nani. Sian..tak dapat nak bergerak bebas..terbatas pergerakan. Hahahaa..memang boleh sangat jadi boyguard gagah perkasa kepada kakak chica yang gebu tu..eee geram tak habis lagi ni..to nani..silalah kebalkan diri adik amie untuk dilepaskan geram next week..see ya!



22 June 2010 14 Comments

yang kahwin itu adiknya…

Salam…:)

Vroomm!! Vrroommm!! Dari Ipoh menuju ke Kuala Kangsar..yang tak berapa jauh perjalanannya tapi disebabkan cuaca sangatlah terik plus jalan yang lurus dan lengang..fuhh..bikin ngantuk tahap kritikal!

Don’t sleep and drive..erkkk

Alhamdulillah selamat sampai kat Kuala. Ada kenduri kahwin adik hawa my bff..kat KL susah nau nak jumpa. Akhirnya jumpa jugak kat luar bandar…

They’re tired. Tapi still ada saki baki tenaga yang masih boleh digunakan…

Baby ha’im dah besar!

Kaklong zulaikha, anak dara yang semakin merajin..hihi..makin besar makin cute…

Aksi stunt baby ha’im n the father. Sila jangan tiru aksi ini :D

Selamat pengantin baru adam n pasangan :) …thanks for inviting akak n family. Sorry jadi tetamu paling lambat..pukul 5pm baru muncul..tapi best sebab satu family layan! Hiks..semoga kekal bahagia yer.

Dari Kuala Kangsar singgah ke Ipoh..then singgah rumah mertua kat Teluk Intan ambil barang n shoot balik KL. Esoknya kerja..tapi both dah tengahari baru terbangun n termuncul kat ofis sambil lambai2 tangan kat bos..hihi.. good day all :)