Hantu pun nak tumpang mandi pool…
15 Jul
Salam
Pakcik2 kecik, nak terjun pool ke tak?
Berdesuppp! Sekilas pintas dah ada kat bawah. Pool kat Mahkota Hotel ni boleh tahan jugak meriahnya. Siap ada 2 set. Satu kat blok lain..satu lagi kat blok lain. So kitorang pergi yang kat sini..nampak macam seronok jer. Yang blok lagi satu nampak macam untuk yang nak berduaan jer..haha.. pemandangan tak elok for the kids
Tapi tu lah diorang strict sikit. Kena pakai proper suit untuk mandi. So ibubapa sila monitor dari tepi jerlah yer.
Seronok tak ingat2…
Lepaking by the pool side.
Kesian takleh join terjun pool. Takpe nanti kita balas dendam kat Desa Waterpark ke Sunway Lagoon ke..hihi..and kali ni kena pastikan cukup korum.. Apan kena ada! Lupa nak cakap..this trip Apan tak dapat join..ada sports carnival at her workplace..diakan atlit seumur hidup..hehe
Actually ada cerita misteri kat sini ‘created’ by hero kecik. This is his last pic sebelum dia lari lintang pukang kat I dengan muka takut yang sangat2. But then dia pergi balik nak masuk pool..tapi lari balik kat I sambil jerit takut..2-3 kali jugak dia camtu.
My bff semua perasan. So I dah agak something wrong. I peluk2 dia n bacakan ayat kursi..jantung dia punyalah laju berdegup. Then baba amik dukung dia..muka dia dah memang suspen habis. Pastu dia jerit2 ajak balik. End up..semua balik naik atas. Lagipun the kids pun dah kecut2 kulit memasing.
Hero kecik kata dia nampak benda besar sangat..jalan slow jer dalam kolam tu..tuju kat dia sambil bagi arahan suruh balik..jangan mandi kat situ. And I know dia nampak lagi. Before this few times jugak dia pernah takut camtu..so baba tenangkan dia baca apa2 yang patut. Tapi dia taklah histeria2 jerit2 kuat2 sampai takleh ditenangkan..tapi dia keep on looking on ‘that’ thing.. tenung lelama gitu.
Bila balik KL my mom tanya..dia kata nampak macam raksasa yang berlawan dengan Ben 10 tu..haha!
p/s : ehh chop2! ramai pulak yg gasak I..story hero kecik tu betul ke tak..the story adalah betul bukan cobaan..yg part Ben 10 tu dia dah bengang sebab semua orang dok tanya rupa benda tu camne. Sekian.



















Recent Comments