Tag Archives: kids
Aside

Ku berlari mengejar mereka

25 May

Diorang berdua ni kalau bawak gi park, memang non-stop berlarinya. Bukan lari seslow macam jogging tu, tapi lari macam acara lari 100m tu. Ya Allah, pengsan nak ngejarnya.

Diorang tak letih pun, tapi i yang letih ngejar..i suruh diorang stop. Tak kasihan ke kat mama, kepenatan..hihihi..yang baba ok jer..seronok lagi ada ngejar diorang. Sabar jerlah.

Tak kiralah tahap keterikan panas camne pun, yang penting diorang rasa bebas berlari. Oklah oklah mama akur. Demi kesihatan, boleh gitu?

 

Aside

semangatlah sangat…

11 Jun

Salam…:)

Tup tap tup tap..kejap jer dah nak seminggu school holiday. I’m sure ramai yang ambil leave panjang minggu ni for vacation (jeles2!)

Diorang ni kalau tak diam seminit memang tak sah. Kalau pergi kedai makan.. kecoh! Ada jer idea nak kenakan each other. Tengok budak belakang tu..usha jer..macam nak join the korum jer..hiks

Ngeee! Notty2 ayam pun mama tatap sayang!

Ohh tadi tu story kat kedai makan. Ni story pasal pergi The Mines haritu. Baba nak gi cari software apa ntah. Kan kedai pirate melambak kat atas tu.. huhhuhu! Bilang saja software apa yang mau dicari..tapi jangan yang old version sangat pulak.

Yang pic I dok terpacak macam nyanyi lagu kebangsaan tu..I dok usha pet shop kat LG Floor tu. Kalau gi sini mesti I singgah kedai ni. Geram u tengok hamster2 yang kiut miut tu. Tapi I takleh bela lah..tak sampai 3 jam kompem menemui ajal dikerjakan my heroes :D

Dan yang sebenarnya pakcik ni fenin. Ada tugasan yang perlu disettlekan berkaitan technical things yang I tak dapek nak nolong..hehe..nak tau apa??

Haa ni ada 3 laptop. Kesemuanya perlu diperbaiki untuk diserahkan kepada tuan tanah kedaung memasing keesokan harinya. Tu nampak ada 2 cpu bawah meja tu..pun menunggu giliran jugak. Hahadoiii..tak tolong kang kesian pulak kekawan..takpelah u..I tolong temankan sambil nyanyi2 lagu black metal kat telinga u..hahahaa..siapa lagi nak bagi semangat kat laki kalau bukan bini sendiri.

Enjoy ur weekend..!



Aside

bertenang

19 May

Salam…:)

I nak tunjuk email lawaklah harini. Bukan apa..tengah2 tegang segala urat mengurat ni haa..eloklah ditinggalkan kejap kerja2 yang takkan habis selagi nyawa dikandung badan…

Kisah ni…karangan yang bertajuk  “keluarga saya”.

…etc, etc. Hahaha..cool habislah lu budak.

…gasaklah ibu dia..haha..kantoi!

…Marilyn Monroe pun masuk dalam drama ni kay..

…ni abang dia yang kaki perasan ke..dia yang perasan?

Haha..kalau I lah cikgu yang marking ni..kompem nak bakar paper budak ni..kehkehkeh

Kehkehkeh..harap maklum yer semua. Hahaha..amik..2 setengah jer markahnya. Jadilah dari ’0′ kan. Adoiii..sengal betul..entahlah ni karangan betul budak tu buat ke or ada orang dewasa yang takde kerja gi reka. Cuma cikgu2 sekolah jer yang boleh share betul ke tak ada karangan camni :D

Apepun tergelak gaklah baca..hehe..so nak releasekan lagi tense yang dah kureng sikit ni..I layan pic nostalgia masa zaman kanak2 ribena dulu..happy jer takde masalah…

Gaya gayut camni mmg favourite kalau gi tepi laut. Kalau para monyet nampak kompem gaduh rebut tali tu..haha :P

Haha..entah apa I gelak sakan masa mandi manda ni haa..aishhh bestnya kalau kenang zaman kanak2 dulukan. And now it’s my turn to gumbirakan my kids pulak…ingatlah..sayangi anak anda..jangan dera2…bye!



Aside

their lil world

5 Feb

Salam jumaat yang mulia :)

Makin comel qistina ni. Sejak2 dah masuk kindie ni kan. Lagi keletahhh mulut dia..hehe..tu yang buat orang lagi geram tu. Nanti nak request kat her mom lah pic dia pergi school. Siap bertudung rapi lagi..comel jer..dia belajar kat taska dalam Masjid Abu Bakar As-Siddiq Bangsar. Tempat I belajar juga dulu! That time sebelah tu ada shopping mall..Hankyu Jaya! Ada sesiapa still remember tak?

Hero Hindustan naqib ni belum sekolah lagi. Same like hero kecik. Masih bergelumang dalam alam fantasi..hehe.

Muqri and his dad. Tengoklah rambut dia yang halus mulus tu..huhu..sayang wooo nak kasi potong kata bapanya.

Ni masa birthday party haritu. Both abang and kakak muqri nak potong kek juga. Kalau ada 10 budak kecik take turn potong kek memang super lunyai jadinya :D

Sehati berdansa! Bukan sehati memfitnah yer..oppss!

Ada macam ibu beranak ramai tak..hehe..dah penat melayan the kids ingatkan I boleh baring tidur2 ayam jap. Kemsalam ekk..diorang dah ambil port memasing dulu..huhu..dah macam ibu kucing nak susukan anak2nya :D

ehh…happy weekend!


Aside

anak2 kecil

21 Oct

1-17102009086

salam riangria ;)

kita leisure2 sikitlah harini bersama 4 kanak2 riangria ni..3 kumbang dan 1 bunga..cewah..abang, naqib, qistina n hero kecik..kanak2 nya 4 orang jer.. riuhnya macam 10 kali ganda

2-17102009098

ok kita u-turn a bit pasal entry ni..lepas rumah kat kuarters yang luas tu..we dropped by rumah my cousin..kak nor..niatnya nak pick up my mom jer n terus pergi rumah nani..tapi dah nama jumpa yang lain..lepaklah kejap..tak sedap pulak nak terus pergikan

3-17102009084

3 anak kak nor..all in black tu..ika, aiman n amsyar..yang si manis berbaju kurung tu adik kak nor..kak norli..she’s the mother to naqib n qistina..faham tak?? hahaha

4-17102009085

ok..mari I peningkan lagi u guys..yang ni pulak my maklang n paklang..parents kak nor n kak norli..yang baby cute mute tu..muqri..anak kak norli..kehkehkeh

5-17102009099

let’s get back to the kids..this time baba yang rajin mengekor diorang..I dok chit chat kat depan..as I said before kak nor ni baru jer pindah rumah..so belum deco bersama eric lagi..tu yang super duper luas plus menjadi kesukaan kanak2 beriangria

6-17102009089

7-17102009095

lari jangan tak lari..tapi horror gakkan tengok diorang lari2 gini..sebab tangga tu agak seksi..hehe..takpelah kak nor bukan ada anak kecil pun..cuma kalau anak2 buah datang haa ginilah..kena ada pak guard kat tangga tu

just one thing..kalau nak naik atas..pakai plak mini skirt..haruslah kepit2 sekepit2 nya..kan kakkk?? huhuhu..

8-17102009094

tetiba rasa sedihnya syawal dah berlalu pergi..cewah..insyaAllah panjang umur kita jumpa lagi tahun depan..dengan suasana yang lebih meriah..pada yang planning nak tambah ahli keluarga sebelum raya tahun depan..haa selamat mencuba!

note: eh..I baru jer letak ‘follower’ kat sidebar tu..so sesape rasa nak follow my blog..meh laa..hihi..baru gatal nak letak..sebelum ni rasa macam sapelah daku..hik hik


have an awesome day people ;)


Page 1 of 11