Tag Archives: kampung baba

Jumpa besan nun jauh disana

15 Sep

My family datang beraya kat kampung baba sehari lepas kitorang balik sana. Angkut my brothers and sisters sekali. Meriah! Nak jumpa besan raya2 ni kan, hehe..tapi pic takde pulak, ada dalam camera shirah.

Lepas makan minum segala, kitorang semua gerak ke Ipoh rumah besan mertuaku. My family pun i angkut sekali, sebab diorang nak gi Sitiawan tapi i ajak lajak sikit ke Ipoh dulu..hehh

Along, even umur dah 35 tahun, collection duit raya memang sentiasa mewah every year.

Pok pek pok pek sambil makan minum.

Ini budak 2 orang, lemau sebab lama sangat tidur kat keta.

Alaa gegar pulak pic ni. Sebelah kiri i tu lah my SIL, nana..yang kahwin ngan adik baba last year. And now tengah pregnant 3 months, congrates! Rumah yg kitorang pergi ni rumah parents dialah.

Meh i kenalkan balik, from right..emakku, adik kembar baba (taktahu ana ke ain), mak mertuaku, adik kembar baba lagi, mak nana and adik nana. Seronok mak mertuaku dapat jumpa 2 besan sekali. Time rayalah paling syok jumpa mereka2 yang jauhkan..

Vroom vroom versi baru

25 Aug

Arghh! Stop jap buat kuih raya, dah naik kebas tangan. Mari kita exercise jari jemari dengan hapdet entry pulak. Selingan masa berpuasa kat kg. baba haritu.

Budak kecik berdua ni asyik dok hadap tenet.


Asyik main game jerkan, baba pun panggil diorang gi dapur jap.

Haa tolong mesin kelapa ni lagi bagus!

Sudahnya diorang buat macam stereng kereta pulak.

Siap ngan sound effect lagi.

Si kembar bershopping

24 Aug

Tahun ni giliran beraya kat my hometown. Makanya last weekend kitorang balik kampung baba. Dan pergilah bawak mak mertua ngan adik kembar baba shopping sikit.

Bebudak yang tak habis-habis dok nyanyi lagu Balik Kampung, huhuhu..

Adik kembar baba PMR tahun ni. Sambil shopping raya tu sempatlah gi rembat buku rujukan sikit. Kalau nak cakap pasal pelajaran diorang, alhamdulillah ok. Kalau exam sorang no. 2, sorang lagi mesti no. 3. Baik punya planningkan?

Pastu kitorang gi kat bazaar raya. Kat KL tak dan nak gi, kita redah kat sini jer.

See, mereka sentiasa bersama. Apa yang adik nak, kakak pun nak.

Hahaha, pesal lah muka camtu. Baru lepas cubit sedas dua kat bebudak tu. Kat situ pun nak berlawan ala transformers gitu. Kalau shopping kat KL dah lama kena tinggal kat my mom, dia tolong jagakan. Tapi kat sini kena angkutlah pasal mak mertua pun follow, hihihi.

Adik kembar baba, ana dan ain. Pada yang belum tahu, baba bukan ada adik kembar ni jer tau. Tapi ada lagi sepasang adik kembar yang dah berumahtangga. Sorang laki sorang pompuan. Mak mertua 2 kali lahirkan pasangan kembar. Bestkan. Nanti i cari pic diorang ekk.

6 days to go! Raya raya Raya!

 

Suka jer last minute plan pun

10 May

Plan lain, lain jadinya. Masa weekend panjang sikit labour day haritu, kitorang plan nak ikut mak abah balik kampung. Ada kenduri arwah pastu malam minggunya ada bbq.

Tapi elok jer nak balik kerja petang tu, mak mertua call..katanya adik baba yang stay kat Sabah tu dah ada kat kg. Dengan anak bini dia sekali. Uishhh orang jauh bah datang tu, haruslah zasss terpaksa cancel ikut mak abah i balik melaka. Ke Perak kita yob!

Tak kisahlah janji dapat keluar dari town.

Happy tak tentu pasal. Dah panjang sikit rambut si abang. Baba tak kasi cut dulu pulak. Mama tengok pun dah naik rimas. Ada yang haku buat-buat tertobek ni kang.

Mereka sangat behave sepanjang perjalanan. Good boys!

Haa adik baba yang lelaki pakai baju biru tu. Wife dia yang pakai shirt merah tu. Nanti2 i story lagi apa aktiviti kitorang kat sana. Tiga hari bersendaloka bersama mereka, melekat sudah pelat sabah si abang ngan hero kecik. Aiyok!

 

Cobaan merangkak bawah kereta

27 Oct

Rasa macam nak demam harini. Mana taknya, hero kecik boleh pulak bangun pukul 2am nak layan ben10 kat youtube. Sebabnya dia dah tidur dari pukul 6pm sebelum tu. Bukan kat pc tapi kat my hp, dia nak layan sambil baring2 gitu. Baba yang tengah stay up buat kerja pun geleng kepala tak kuasa nak layan.

Dahlah i baru crack my head buat revision dengan abang. Harini dia ada paper maths n bm. Kindie punya syllabus pun boleh tahan sekarang ni ekk. Nak taknak layanlah hero kecik, dia minta nasilah..air milolah..searchkan apa dia nak kat youtubelah. Nearly 5am baru dia surrender. Haiyooo!

Ni lah budak yang tak boleh nak dibaca perilaku dia. Anyway pic atas tu masa kat kg. baba awal tahun haritu kot. I baru ternampak pulak dalam draft ni. Dia tengah main kat bawah terik mentari. Pandai pulak ambil towel tutup kepala.

Tengah2 main dia lari tinjau bawah kereta adik ipar i. Nak kejar kucing rupanya. Padahal kucing tu bukannya main kejar2 dengan dia pun.

Bila i jerit kotorlah lutut dengan kaki tu. Pastu sakitlah kang kena batu2 kat tanah tu kan. Dengan selamba dia alas pulak towel kat kepala tu kat kaki dia. Adik!!!

Ada dia kisah i jerit2 marah dia? Takde maknanya..pic seterusnya i tak dapat nak ambil sebab hero kecik dah mula merangkak nak masuk bawah kereta tu. So i pun melompat kijanglah tarik dia!


Bila rillys beraya…

20 Sep

Selamat beraya sakan :) …ya Allah liat sungguh nak mulakan entry raya ni..kat FB pun tak upload apa lagi..memang baik punya malas

Tahun ni turn beraya kat kampung baba..happy2 jugak tapi sob sob jugaklah dipagi raya bila terkenangkan family sendiri dikampung halaman..cewah wah!

Tambah syahdu dipagi raya bila baju raya sama dengan langsir raya..hahaha!

From perak with lep :)

My cheeky heroes dipagi raya..sampin hilang..songkok pun hilang

Good boys! Dah pandai layan diri ambil ketupat sendiri. Senang lenang betul i beraya tahun ni..the heroes dah besarkan

Sesi bermaafan amalan wajib dipagi raya

Air tumpah kat bajulah..lap saki baki kuih coklat kat bajulah..perkara biasa

Windu hero kecik tak?

Windu abang tak?

Yang penting i windu banget kat blog sendiri ni! Cukup takat ni dulu ekk.. nanti2 sambung lagi..selamat beraya sakan :)



Page 1 of 212