Tag Archives: gelagat hero kecik
Aside

Aira vs hero kecik

4 Nov

Hari isnin lepas i cuti. Jaga abang yang tak sihat. So alang2 menyeluk pekasam i babysit sekali the lil girl yang mak jaga…aira. Ohh dan juga my hero kecik sekalilah. Bagi chance mak rehat for the day.

Dah makin bijak budak kecik aira ni. Tahun depan dah nak gi kindie ekk..nenek dah tak jaga airalah yer. Tapi petang2 kalau free ajak mama datang main2 dengan abang tau!

Dimana ada aira, disitu ada hero kecik

Mereka melepak sambil makan maruku (entah camne eja). Dia suap dia..dia suap dia. Pastu gelak2 suka2..amboiii :)

Abang tak join pun. Even kalau dia sihat pun dia tak join. Cewah..kekonon macam dah besar sangatlah tu. Dia lebih rela hadap pc main game. Tu baju2 berlonggok tu budak kecik 2 orang tu lah tolong angkat. Kekadang nampak timbunan baju jer terhoyong hayang. Orang yang mengangkatnya dah kena tutup dek baju2 tu.

Wekkk! Terimalah ucapan selamat hari deepavali dari aira dan hero kecik kepada semua yang menyambutnya. To the rest, enjoy your long weekend :)



Aside

Cobaan merangkak bawah kereta

27 Oct

Rasa macam nak demam harini. Mana taknya, hero kecik boleh pulak bangun pukul 2am nak layan ben10 kat youtube. Sebabnya dia dah tidur dari pukul 6pm sebelum tu. Bukan kat pc tapi kat my hp, dia nak layan sambil baring2 gitu. Baba yang tengah stay up buat kerja pun geleng kepala tak kuasa nak layan.

Dahlah i baru crack my head buat revision dengan abang. Harini dia ada paper maths n bm. Kindie punya syllabus pun boleh tahan sekarang ni ekk. Nak taknak layanlah hero kecik, dia minta nasilah..air milolah..searchkan apa dia nak kat youtubelah. Nearly 5am baru dia surrender. Haiyooo!

Ni lah budak yang tak boleh nak dibaca perilaku dia. Anyway pic atas tu masa kat kg. baba awal tahun haritu kot. I baru ternampak pulak dalam draft ni. Dia tengah main kat bawah terik mentari. Pandai pulak ambil towel tutup kepala.

Tengah2 main dia lari tinjau bawah kereta adik ipar i. Nak kejar kucing rupanya. Padahal kucing tu bukannya main kejar2 dengan dia pun.

Bila i jerit kotorlah lutut dengan kaki tu. Pastu sakitlah kang kena batu2 kat tanah tu kan. Dengan selamba dia alas pulak towel kat kepala tu kat kaki dia. Adik!!!

Ada dia kisah i jerit2 marah dia? Takde maknanya..pic seterusnya i tak dapat nak ambil sebab hero kecik dah mula merangkak nak masuk bawah kereta tu. So i pun melompat kijanglah tarik dia!


Aside

Bila belon itu meletup!

20 Aug

Malam kelmarin hero kecik minta belon. Tapi nak belon yang ada pic Ben 10 katanya. Sampai mengigau I dek request itu. Tengah syok tidur boleh pulak melompat bangun sebab mimpi ada belon pecah kat depan muka. Yang pecahkan belon tu adalah Ben 10 tu sendiri! Tah apa-apa.

For your info, I ni pentakut belon sejak azali. So bila dah terbangun tu ngam2 waktu sahur, so selamba jerlah I steady jer berdiri n jalan macam biasa lepas melompat tu.. sambil meninggalkan baba yang terpinga2 kenapalah bini aku ni?

Ceruk mana pulak I nak cari belon Ben 10. So I beli jer yang biasa punya. Janji boleh tiup sudah. Banyak songeh pulak..tapi in return I belikan dia yo-yo Ben 10..haa yang tu adalah. Peninglah asyik Ben 10 jer..kang mama belikan toys brand barbie kang?

Tiuplah sampai subuh pun. Janji jangan depan muka mama.

Oklah just a light entry harini. Insyaallah I balik kampung baba lepas berbuka harini. Rindu pulak nak mandi air tempayan..haha..saja nak tease baba..kecik2 dulu u curi2 minum air tempayan masa puasakan :P …ehh tapi syoklah mandi air tempayan..sejuk bangat!

Have a pleasant weekend :)



Page 1 of 11