Tag Archives: email

Apo? Add maths?

20 Apr

Minat tak add maths dulu? I suka the textbook. Cute jer, alaa yang purple kaler tu. Dahlah pendek, gomok lak tu..ekekeke..tapi sekarang not sure how the textbook look like. Alaa tak kisahlah, ni nak u all recall balik…

Ingat tak? Ingat tak caner nak buat ni?

Tension? Tension ke? Hahaha conteng2 jer cenggitu!

Pastu lukis camni. Kugantung diriku dalam buku add mathsku. Hahaha! Sorry, saja takde kerja..dok layan funny emails memalam ni.

Nite peeps!

 

Parents that fail

25 Jul

Salam :)

Layan pics from email lagi. Kali ni story mory pasal parents that fail. Kelakar ada geram pun ada cute pun ada!

Comel trolley dia tapi gi buh beerlah pulak. Bad parents no. 1

Boleh pulak sediakan tempat nak buang anak yang hodoh. Bad parents no. 2

Kalau berputarlah benda alah tu tak ke haru. Bad parents no. 3

Kotlah tercampak anak tinggal kerusi jer padan muka. Bad parents no. 4

Baguslah buat gini, senang rimau nak terkam anak tu. Bad parents no. 5

Better buh anak tu tepi jalan rather than gi sumbat kat boot tu. Bad parents no. 6

Samalah ni pun. Takde akai punya orang. Bad parents no. 7


Sila jangan tiru aksi-aksi diatas. Titik.



kita putar lagi dong!

4 Jul

Salam :)

Story dari email. Pernah naik Eye On Malaysia tak? Kalau ada yang gayat bolehlah cuba naik Eye On Jakarta kat bawah ni haa..lagi cool!

Fantastic! Bombastic! Haha..tabik springlah pada pencipta benda alah ni.. ekekekee..ni betul2 ke mock-up jer? Best banget kalau dapat naik niii! Mesti laju jer pusing dia..kita putar lagi :D



laluan gondola yang menyeramkan…wuu wuu!

13 Jun

Salam…:)

Siapa tak pernah naik gondola? Hehe..mesti ramai dah pernah naikkan. So adakah anda rasa cool..gayat..atau taubat taknak naik lagi..ekekeke! Meh I nak tunjuk antara gondola yang paling menyeramkan didunia..kira kalau jatuh (ya Allah selisih…) memang kebabommm.

China’s Tianmen Chan / Heaven’s gate mountain

Masada cableway in Masada, Israel

Haifa’s Stella Maris Cable

The Mont Blanc Massif of the French Alps

Hong Kong Skyrai cable car ride

Ya Allah! Kalau gini pemandangan dari dalam gondola..see thru punya lantai.. sesak nafas weiii..hihi..ada berani? I tabik springlah! Rasanya silap2 haribulan mahu basah lantai cermin tu..pastu bau hancing..haha..ada yang terkucil beb.. ohh nehi!!



10 amalan terbalik…

10 Jun

Salam…:)

Harini I nak share sikit artikel pasal 10 amalan terbalik atau bertentangan dengan apa yang dituntut oleh Islam. Kita muhasabah diri pulak yer…mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Contohnya :

Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.

Amalan bersalam dikenduri kahwin. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah.

Amalan pakaian ke masjid. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju.

Amalan makan dijamuan keraian. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

Amalan solat sunat. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

Amalan perbelanjaan berbuka puasa. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun.

Amalam kenduri naik haji. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri  pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.

Amalam mendidik anak. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM200.00 tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan  pun menggeletar tangan.

Amalan asyik bekerja. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi  peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid.

Amalan penampilan isteri. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain.


Haa termangu jugak sekejap bila baca semua amalan terbalik yang selalu berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Apepun semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua :)



tidur biar kena tempat

4 Jun

Salam…:)

Bestnya dah nak weekend. Tapi mengapalah Agong’s birthday jatuh esok? Hehe..kalau tak, dapat long weekend berturut.

I nak qada’ tidur jer weekend ni..haha..takyah kemana..dengan the heroes I suh bantai tidur jugak. Tapi nak qada’ punya pasal jangan sampai tidur kat memana sesuka suki hati pulak..hohoho..meh sini I nak tunjuk contoh :D

Tidur kat lobby. Siap berselimut lagi haa…

Tidur kat longgokan luggage. Jangan sampai termiss ur flight!

Tidur kat masjid. Eh..baik punya posing budak ni. Jangan terlepas angin sudah..hehe..tapikan baik dia tertidur camni dari dok melalak lalok mengganggu jemaah lain.

Tidur kat buaian di bawah lori. Cari nahas betul..haha..tapi ok jugak kalau lori tu jalan sesenang jer dapat natural swing. Takyah suruh orang hayunkan.

Tidur kat atas timbunan kotak dalam kilang. Jangan termasuk sekali dalam kontena nak gi shipping sudah.

Tidur dalam kelas. Yang ni semua orang pun pernah..tipu ahh siapa tak pernah..cikgu pun kekadang tertidur u!

Tidur kat tangga. Alahai siannya..kompem nak naik bilik tidur kat atas tapi tak dan..baru satu anak tangga dah tewas. Babab kat bam2 tu sedap gak tu..haha.. macam2!

Last but not least, tidurlah ditempat yang sepatutnya..bersama orang yang sepatutnya..ehh..hahaha..happy weekend!

**pics from email


Page 1 of 212