Tag Archives: dynas

Corat coret ABPBH 2010 versiku

4 Apr

Orang lain bz pok pek pasal Anugerah Bintang Popular ABPBH 2010 semalam, i pun nak tumpang kepochi gaklah. Tapi mana yang mencuit hati jerlah.. hehe..pics i grabbed from Cari Forum. Credit to the portal.

Sejuk mata tengok Irma ni. Nabil jeling dari jauh jerlah..hiks. Tapi masa Irma kat pentas nak sampaikan anugerah tu dia ada cakap kat Jehan Miskin.. taknaklah try yang popular2 ni, bahaya. Heee!

Kamal Adli ni funny jugak ekk. Masa kat stage, diakan sekali dengan artis2 lelaki lain yang nama ala2 western gitu..so dia pronounce nama dia jadi ‘Kamal Adle”..pastu buat muka blur..haha..cute!

Congrates to Fasha Sandha, menang dia tahun ni. Even dihimpit, dilanggar, dihentam ngan pelbagai kontroversi..tatap menjadi pujaan peminat. Tapi memang takleh sangkal, lakonan dia memang superb!

Phewittt! Dynas antara artis yang i rasa agak seksisss malam tu. Halus mulus gebus kulit dia u…

Adik mia pun ada jugak. Rasanya kena ada kategori Artis Kekanak Paling Popular pulaklah tahun depan. Kan kita ramai artis kekanak sekarang ni.

Serius lain nampak Raja Azmi masa ni.Maybe sebab berjambul dan berambut panjang kot. Yang Rita Rudaini lagi best, katanya..dalam sibuk2 kontroversi pun sempat lagi berisi..ahaks..i like! Kat event ni, penganjur siap sediakan ambulans tau..standby for Rita kot2 nak deliver.

And last but not least pasal pemenang Anugerah Artis Paling Popular 2010 malam tu..Shaheizy Sam! Big congrates!

Kehlasss u, diserbu lepas habis tu. Kata paling popularkan..hehe

Shaheizy disamping Nissan Teana yang dia dapat. Cayalah derrr!

 

Corat coret AJL 25. Pak Aziz Satar the best!

10 Jan

Sana situ sini orang celoteh pasal AJL25 semalam. I pun nak mencoret sikitlah. Best ke tak best ke, keputusan adalah muktamad. Nak taknak silalah telan yer. Kalau tak puashati apa kata gi apply jadi juri next year? Tettt!
Jangan marah haaaa…

Pengacara2 AJL25 ni oklah. So so kata orang. Faizal kot i rasa banyak hidupkan suasana. Even lawak dia agak tuttt sikit, tapi bolehlah nak releasekan sikit ketegangan penonton yang tak senang duduk sebab semua finalist AJL25 adalah terbaik!

Tapikan cheryl kalau pakai agak tertutup yang lebih sikit i rasa ok kot. Sorry tak jumpa pulak pic masa diorang mengazara malam tadi. And faizalkan, kenapa ‘kot’ dia macam pendek sangat jer? Terserlah keketatan dibahagian depan seluar. Tuttt again!


Pengacara for red carpet. Cantikkan baju dynas? Kalau orang dah tinggi.. pakai hokkk gini pun kelasss!


Siti, few hours before the event. Dia tak sihat actually semalam. Batuk, kahak, sakit tekak semua completelah. Kasihan…


Tapi apepun, tatap show dia yang paling meletup semalam! Lenggok dia tak boleh tahan weiii..senget2 kepala dato’2 gatal yang melihatnya :-D


Ni masa shahir dok rehearsal dengan nasha. Nangis tak rozita che’ wan? Ngee!


Apepun, congrates to Ana Raffali! Siapa sangka pada mulanya dia hanya main nyanyi2 n post video kat youtube. Sekali tup-tup aidit alfian, komposer tu..minat pulak tengok. Terus ambil dia jadi recording artis! Rezeki rezeki..and malam tadi dapat pulak jadi juara :-) ..bila tengok ana raffali terus rindu sama Nora Jones!

So, siapa yang ada bakat terpendam ke terendam ke terlemas ke..bolehlah boleh jadikan youtube sebagai landasan kay.


Pesaing terhebat malam tadi, Yuna. Minat tak? Minat tak? Oklah..takdelah minat gila babis gitu. Suka jugaklah dengar lagu-lagu dia. Tapi mengapakah dia sanggup berfesyen begitu. Tett!


And last but not least, i rasa persembahan paling touching malam tadi adalah Faizal Tahir dengan lagu Selamat Malam. Dan yang paling cute atas pentas mengiringi lagu tu of course Pak Aziz Satar kita dan isteri! Romantik dan kelakar :-)

***pics credit to Cari Forum


baby girl dynas…

19 Jun

Salam…:)

Halooo! Seperti yang dijanjikan..inilah baby girl dynas. Nama dia Khyra Khalyssa..baru habis pantang so umur dalam 3 bulan lebih gitulah kot. Ikut rupa siapa u guys rasa? I think ikut the father kot..wah dah besar boleh jadi racer macam daddy dia tak..hiks..kitakan ketandusan pelumba kereta wanita :D


***pic credit to Cari Forum



Page 1 of 11