Tak baik doakan abang masuk api MELAKA
2 Dec
Walaupun along tak sempurna macam manusia biasa, dia tetap punya keinginan nak mendirikan solat. Tu yang tersentuh hati naluri kitorang bila tengok. Naknya kalau datang angin kus-kus suka suki lewatkan solat, nampak pulak along gi amik sejadah. Lagilah tercabar keimanan.
Asal abah solat jer dia pun datang bawa sejadah. Tapi dia tunggu abah habis solat baru dia bentang sejadah depan abah. Siap tanya kat abah betul tak arah kiblat dia.
Pastu dia solat versi dia. Sukahati jer angkat takbir berapa kali, rukuk..sujud berkali2..gitulah dia ulang2. Last sekali bagi salam. Dah habis tu siap baca doa. Tapi taktahu apa doa dia..siap tutup2 mata n mulut terkumat-kamit. Along ni, berapa kali kita ajar pun dia takkan ingat. Tapi takpelah diakan istimewa. Takde dosa yang tercatit untuk diri dia.
Tetiba datang pulak budak kecik ni. Dengan tak berbaju, dengan pakai short..selamba jer dia kekonon solat. Katanya nak cepat solat takut habis waktu. Haiyooo??
Ustaz zarif iaitu abang pun mulalah bertazkirah kat depan hero kecik.
Nak tahu last2 hero kecik doa apa? Ya Allah kau hantarlah abang masuk api MELAKA. Sebab dia selalu buli saya adiknya. Amin…
Pastu apa lagi. Melompatlah abang terkam hero kecik. Dan bergustilah mereka. I pun dah takleh nak capture pic lagi sebab nak leraikan diorang. Sambil tu i cakap kat hero kecik tak baik doa benda yang buruk pada orang lain. Allah tak suka

































































Recent Comments