Tag Archives: adik baba

Ibu saya selamba meneran saya keluar seberat 4.1kg

29 Dec

Tak koser heiii nak godek template ni. Biarlah gini dulu. Seru nak mendesign tak mai lagi. Tapi seru nak share khabar berita baik pasal anak buah baru i ni memang sudah mari. Mari mari..mari bau babyyy!

Muhammad Ariq Adli..baby bam bam baru in husband’s family. Adik lelaki baba..fauzi.. baru jer selamat dapat anak lelaki. Bertambahlah lagi hero-hero kecik mertuaku menjadikan 6 orang semuanya. Heroin jugak yang masih ketandusan..baru 2.

Sambung balik pasal baby baru ni. Boleh tahan jugak semangatnya masa lahir 4.1kg u! Dan keluar secara normal! Normal yer..bukan ikut tingkap. Memang kuattt semangattt wife dia meneran budak bam bam ni. Fuhhh!


Hajat dihati memang teringin nau ler nak gi melawat. Tapi diorang nun jauh kat Sabah..hehe..fauzi ni polis marin kat Sabah. Nisa pulak memang orang Sabah. Diorang dah ada 2 heroin yang tak berapa nak kenal dengan kitorang makcik pakcik mereka ni. Yerlah setahun 2-3 kali jer jumpa bila balik semenanjung.

Insyaallah nanti kitorang fly kesana yer. Tunggu :)

Ehh jap jap ada lagi..seriau betul ler nak bayangkan meneran budak lebih 4kg. Fuh fuhh fuhhh!!


sewa satu flight mahu pergi Sabah bahh…

9 Jul

Salam :)

Oit pakcik2 intai apa tu?

Tup tap tup tap keluar pic kat KLIA pulak. Memang tunggang terbalik dah my entries. Masa ni on the way to Johor..we dropped by here..nak hai2 bye2 adik baba yang nak balik Sabah lepas attend kenduri kat kampung haritu. Panjang nau explanation..ada ke orang kisah..haha

Baba and his brothers. Yang nak balik Sabah the one yang kat tengah tu..fauzi.. dia ni adik baba no.2..ada kembar perempuan tau..muka sama cuma versi perempuan..hehe..nanti I tunjuk dilain hari..yang kitorang nak gi Johor tu rumah kembar perempuan dialah.  Yang kiri sekali tu yang baru kahwin haritu..farid

Diriku tak keruan melihat kedai2 yang patut diterjah..haha

Apesal bodyku macam belon mengelembung..ekekeke..salahkan sweater tu..I beli masa pregnantkan hero kecik..mahu tak besau jadinya..tetiba rindunya nak kembungkan perut..haha

Hero kecik suka cium2 my tummy camtu. Tapi bila I buat joke kata..dik, ada baby dalam tummy mama ni tau..pap! pap! dia bantai perutku…huhh..still taknak adiklah tu

Biras baruku..nana..lepas kahwin sorang dok KL sorang dok Johor. Weekend baru jumpa..sedih.

Dengan makcik baba yang paling sporting dan sempoi.

Bye fauzi! Adik baba ni polis marin kat Sabah. Kahwin pun dengan orang Sabah..anak dah dua. Insyaallah ada rezeki kami sewa satu flight pergi Sabah.. haha

Sesi pic keluarga di KLIA 2010. Tapi bertuah punya anak2..dah elok susun macam keretapi melintang..boleh pulak dedua lari gi belakang I. Bak kata abang..ehh, betullah mama..kata susun macam train..tu yang diri belakang mama..pinn pinn ponn ponn betullah haiii!

Dua2 jalan dah taknak pimpin tangan makpak. Aishhh..rindunya zaman diorang baru pandai jalan..sob seb sob seb :(

Dan hikhmahnya..makpak lehlah jalan2 pimpin2 macam doniaaa ini ana yang punya! Nak lari kejar anak yang dah tersalah lorong pun sambil pimpin tangan..ohh sweet sour betul :P



kelapa golek..kepala geleng

7 Jul

Salam :)

Nak beli kelapa tak?

Memang peninglah orang yang makan hasil kelapa ni. Habis dibuat macam bola baling dek diorang ni…

Puaslah I dok suruh diorang lambung2 sabut kelapa tu jer dahlah. Takde feel katanya..sabut tu ringan melayang..haa kalau baling terkena kat kaki kelapa berat tu lagi masyuklah feel tu kang!

Underneath pokok kelapak sawit

Dah nak masuk senja baru terasa perut kelaparan. Licin boliau pinggan..bagus!

Sesi bertenet dimalam hari. Dok pulak santai2 kat beranda tepi rumah..asal dengar jer bunyi2 yang tak diingini, I cabut dulu!

With aunty timah. Isteri kepada pakcik baba..pakcik nan. She’s an african.. tengok anak dara dia..hehe..rambut dia mahal u!

To aunty timah..I know u’re reading this..hehe..sorry tak dapat sembang lama haritu (eh..she can speak malay fluently tau)..apepun nanti we all turun johor lagi kita jumpa yer..rindu kat ur roti ermm..ape nama roti yang u buat masa breakfast dulu ekk..memang yummy..no wonder badan u maintain slim jer.. very healthy diet u had :) …I jugak yang dah kembang lebih dari biasa..hehe

Have a lovely wednesday guys!


Oren mata hitamku dipanah pengantin

6 Jul

Salam :)

To my BIL n wife..sorry yer..drag lama nau nak publish pic korang sanding kat kampung..hihi..lately entry2 disini agak tunggang terbalik..haha..ikut mood makcik limah lenggang jer mana nak publish dalam draft.

Apepun korang memang pengantin terhangat (cewah cover makcik jangan tak cover)…mana taknya..dahlah hari keterikan kepanasan..pengantin pulak pakai busana oren..hihi..berlawan2 dengan cuaca yer. Memang terbuntang biji mata tetamu yang hampir layu..cehh pandai jer haku :P …haha..ni kes sampai dah taktau nak tulis apalah ni dientry kenduri kahwin yang super banyak lately.

Apesal I sanding dulu macam takde jer minum silang2 ni..haha..takpelah janji tidur kaki bersilang2 laki bini..hahaha! Asal buat jer entry pasal pengantin baru mesti jari ni nak taip benda notty2 ayam..peace :P

Ehh..selamat pengantin baru to farid n nana! Silalah cepat2 tambah cucu untuk mak abah kat kampung. Ok I better stop sebelum jari ni kembali notty.



Pernah kena rendam dalam parit?

2 Jul

Salam…:)

Nak tahu kenapa my kids suka sangat balik kampung baba?

Sebab tempat permainan yang luas terbentang. Ditambah pulak dengan parit besar yang boleh memancing dan berendam..dikelilingi kebun sawit nan menghijau..haha.. rumah kat KL mana ada?

Biarlah bukan rumah banglo 4 tingkat yang dibina. Bukan lanskap  sentuhan tukang kebun professional yang dihasilkan. Bukan pagar tinggi bak istana yang didirikan. Yang penting…kena tanam sifat humble dalam diri anak2 bandar yang masih kecil. Biar mereka rasa boleh hidup walau dimana pun tempatnya. Wahhh..dah macam dokumentari ini kampung saya :P

Tetiba tunjuk khemahkan..hehe..ni masa awal pagi kenduri kahwin adik iparku haritu. Tu yang seronok jugak kat kg. kan..awal pagi orang kampung dah datang jenguk apa yang boleh dibantu :)kalau takde apa boleh start ‘anyam ketupat’..gosip panas minggu ini!

Mak mertuaku yang bertudung pepel standby kat pintu rumah jer. Dah tak larat nak kesana sini..biasalah orang tuakan. Tetamu yang datang kat dia lepas makan or masa baru sampai.

Hiburan hari ini :)

Caterer yang menyajikan makanan yang sedap :)

diriku : amboi baba..bz ke hulu ke hilir..ingat anak bini tak?

suamiku : ehh..bini ingat..tapi ada anak ke? bukan harini baba pengantin baru ke?

diriku : ehh pakcik ni!…pernah kena rendam dalam parit besar depan rumah mak ni tak??!!

Menantu hantu penjaga duit kaut-mengaut dengan 2 bodyguards cilik.

Dah panjang sangatlah entry ni. Pic pengantin lain tahunlah..yang penting pic I dah enterprame..haha..tapi masa berarak I tak dapat tengok sebab abang n hero kecik bolehhh pulak time2 tu nak terbuang air besar! Yennadeiii!

Selamat berhujung minggu :)



mari jadi kampung boy

21 Jun

Salam…:)

Pic before start the role sebagai menantu yang menjaga duit kaut-mengaut dihari persandingan BIL


Selamat memulakan minggu baru :) …selamat bersekolah juga yer anak2 murid semua. Malam tadi around 10pm I sampai rumah from kg. baba. Budget tentu jem yang terhangat kat lebuhraya..tapi macam ok jerlah pulak cepat jer sampai..hehe..ke sebab I terliuk lentok masa dalam kereta..ehh!

Anyway syukur kenduri semua dah selamat. Dalam family mertua..I jadi kaklong..walauponnn ada 2 adik ipar dan 2 biras yang lebih berumur. Huhu.. masa memula dulu kekok jugaklah diorang panggil kak lily gitukan. Tapi sebab abanglong mereka adalah suamiku..hahhaa..so jadilah kaklong muda untuk mereka.

Inilah kerja my heroes sepanjang hari kat kg. Memang saja bagi lepas masuk kebun sawit..main disekitar parit..tapi still ada orang dewasa yang mengawasi gerak geri diorang.

Baba nak diorang bergelumang just like him masa kecik2 dulu.. takdelah kang asal kena gigit nyamuk dah jerit2 nak balik KL. Tak pun terpijak lopak ke tanah merah ke geli geleman macam jakun. And abang totally lupa about his computer game ke pspot ke game boboy nintendok ke..yang pasti memang mandi peluh habis.

Sambil tu tolong atok kopek kelapa. Atokkan bz masa hari kenduri..hihi..tapi yang kelakarnya tempat longgokan kelapa ni kat tepi semak..tinggi jugaklah semak tu. Bila berbunyi jer macam ada benda berjalan dalam semak tu semua lari lintang pukang..including me! Lasak2 pun..sifat pentakut tu tatap ada!

Ehh..back to the kenduri. Macam biasalah esok lusa tulat ke I update yer. Have a pleasant Monday :)



Page 1 of 212