27 July 2010 20 Comments

Cepat bang!

Apsal mata silau ni. Ohh salah letak sunglasses rupanya

Kitorang berkampung kat kindie abang weekend lepas punya lepas. Hari sukan..excited taktau nak cakap..yerlah 1st time merasa anak bersukan. Teriak ngalahkan tengok world cup. Nasib baik tak pakai baju pom-pom girl kalau tak dah selamat beraksi kat situ. Betul.

Warm up dulu yer anak-anak, ibu-ibu, bapa-bapa

Lari abang lari! Balik kang mama belikan kasut Ben 10. Hek hekk. Tak ingat berapa acara yang abang masuk. Yang pasti suaraku dah ala-ala nyenyawa ikan.

Laju lagi abang laju! Balik kang mama belikan topi Ben 10. Hak hak. Entah berapa meter punya lari pecut ni..asal menang lari laju jer baba claim bagus cam dia..kata kaki panjangkan..poyo.

Cepat abang cepat! Balik kang mama beli jam Ben 10! Ehh..parah dah haku ni.

Isi cepat bang isi! Balik kang mama belikan thumbler Ben 10..waka waka

Kutip bang kutip! Balik kang mama belikan warehouse Ben 10 teruslah senang cerita!!

Fuhh..berbaloi aku menang banyak tadi. Mama janji memacam dah nak belikan ni. Fokus..fokus…fokus bayangkan barang tu semua

Ambil hadiah dulu..cepat pakcik nak balik ni

lagi

dan lagi

dan lagi lagi

lagi dan lagi lagi

Taraaa!!

Actually presents tu semua campur2 dengan yang ibubapa n family punya acara. Lagi haru biru acaranya..yang tu esoklah I story. Tak pun lusa. Penat hari sukan tu datang balik bila I tengok pics tu semua. Fuhhh!


19 July 2010 18 Comments

Keharuman bau bunga dan kepengsanan bau peluh

Salam :)

Happy monday guys!

Ada seronok tak weekend haritu? I pergi visit pameran bunga kat Putrajaya nunn..n also having fun at abang’s sports day! Mehh layan sepatah dua gambar dulu untuk harini.

We all pergi pameran bunga tu malam. Nak layan lampu warna warni disebalik kuntuman bunga..cewahh..hausnya kaki ni toksah cakaplah..haha..ingat tekak jer boleh haus?

Yeah! Hero kecik dah botak! New hair sempena his 4th birthday..syokness sungguh  usap kepala dia.

Sunday we went to support abang at his kindie. It’s sports day!

Teruja lebih sikit wehh. First time attend sports day anak. Maknya yang terlebih melonjak plus menjerit bila anak masuk acara. Haha..poyooo

End of weekend summary. Hehe..nanti bila mood menggila nak upload pic datang..I story mory lagi detail yer.

Have a happy monday :)


30 June 2010 16 Comments

abang takut dia lemas…

Salam…:)

Tersebutlah kisah..hehehee..ni ada satu kisah ala-ala tragis masa kenduri kahwin kat kampung haritu. Kisahnya anak buah baba..yang bertudung oren tu..nurul namanya..terjatuh dalam parit yang agak dalam kat tepi kawasan rumah mertuaku.

Haa disinilah tempat kejadian. Boleh tahan sesak nafas jugaklah kalau terendam dalam tu. So the story..biasalah anak2 kecil beriangria main kat tebing dan titian kat parit ni haa. Including abang n hero kecik..tapi baba dok ushalah dari jauh.

Tengah syok main baling batu, rendam kaki tu..si nurul ni boleh pulak tergelincir jatuh dalam parit! Apa lagi..semua dok cabut lari..hahadoiii sabar jerlah. And surprisingly abang yang penakut2 ayam tu jer yang stay kat situ..n dalam takut2 ayam tu abang beranikan diri tarik nurul yang dah ala-ala terkapai.. fuhh!

Baba dah standbylah kot anak teruna dia tak berjaya jadi hero.

And syukur he made it :)

Abang tarik tangan dia kuat2! Dia jerit2 nangis sambil minta tolong! Yang lain semua lari (including hero kecik :P )…mula2 satu tangan pastu dua2 tangan abang pegang..pastu dia boleh naik.

Mama, abang tolong dia jer..abang tak main dalam parit tu (sempat lagi takut kena marah tu).

Yer..mama percaya. And mama tak marahlah..(abang is gonna read my blog everyday lepas I balik kerja..so let him read this special entry dengan comments from readers..selalu dia tak baca comments)..mama vangga with u dear..syukurlah nurul tak apa2..cuma trauma kejaplah lepas tu plus basah lencun.

And malam tu masa nak tidur abang tanya..mama, abang act macam Ben 10 tak siang tadi? Hahahaa..aah yerlah..tapi abang hensem sikit dari Ben 10! Hiks..sampai ke pagi dia tidur tersenyum :)


26 May 2010 10 Comments

homework

Salam…:)

Ni lah reaksi abang tiap kali I balik kerja. Pretend to do homework ke betul2 buat homework ke..I taktau..hehe..tapi memang habit abang..akan tunggu sampai I balik kerja baru dia nak start buat homework. Oklah fine..dapat jugak I pantau apa yang dia tengah belajar kat kindie.

Tapi main reason dia I know. Sebab sebelum2 ni asal dia guna pc jer I bebel2 kata takde homework ke apa. So depan2 mama baru dia buat homework. Kot I balik OT sampai kul 11pm? Hehe..yang tu I kena call suruh dia buat dulu..nanti balik I check.

Tersenyum2. Tapi dalam hati meronta cepatlah habiskan homework nak on pc. Siap tanya..‘mama ada link baru untuk game for kids tak?’. Hehe..tapi memang yer pun..abang hanya akan main game yang I dah bookmark jer.

Mostly games for kindergarten..kekadang sambil search tu I main jugak..haha..teringat kisah develop game kat Macromedia Director masa study mmu. Masa tu dok berangan..ni anak2 ku takyah beli cd game..I nak develop sendiri banyak2 :P ..tapi hanya tinggal impian. Mama dah lupa lingo scripting..boleh..hihi

Terliuk lintok sana sini. Tengoklah pusar dua kat kepala tu. Memang ‘sangat dengar kata’ punya budak.

I nak story sikit kisah dia kat kindie. Bila entah tak ingat. Abang balik sekolah.. poket baju dia koyak. Nasib baik cantik koyaknya. Jahit jer balik. So behind the scene I soal siasatlah. Takkan benang boleh putus sendirikan.

Abang kata dia fight2 cat dengan kawan dia. So awal2 abang dah kata..tarik poket jer..nanti senang mama nak jahit. Sebab kalau tumbuk2 or sepak2 nanti terjatuh..kalau luka teruk kang..dengan dia2 kena jahit. So end up poket baju jer terkoyak. Pastu dedua tergelak tak jadi gaduh rebut barang. Haiyooo…


17 May 2010 16 Comments

his paper

Salam…:)

Camnilah aksi abang kalau nak suruh on kan pc. Kesnya kekadang terover limit onlinenya. Sampai kena simpan cpu tu. Dahlah berat pastu dia tak reti nak assemble sendiri..hehe..yang tu takleh ajar lagi..kang ada yang rambut macam professor back to the future tu :D …nak taknak tunggu jerlah.

So haritu abang balik sekolah dengan muka girang. Sambil tunjuk his monthly test. Yerlah sebelum ni I dok bebel kata study kena lebih dari waktu online..haha..ngalahkan budak dah primary. Oklah tapi I admit dia online pun sebenarnya he’s learning..sebab I only allow him main game yang ada kaitan dengan kindergarten punya syllabus. Interactive n fun!

He came back dengan this paper. Oklah good boy. Keep it up :) …depan abang buat2 cool lah..tapi dalam hati yang ada taman ni..I was like..eh abang dah boleh buat rupanya exercise2 camni. Meh I tunjuk..tapi bukan nak menunjuk..just nak share sebagai a happy mom..and reference untuk abang dimasa depan jugak..boleh?

I tahu ramai lagi anak orang lain yang lagi pandai. Tapi seronoknya tengok benda camni..barulah I tahu camne happynya seorang ibu tu kalau anak dapat markah cantik for exams. Eh..taktau nak explainlah :P

Abang kena pandai maths tau. Sebab mama suka maths..hehe..eh subject lain pun kena pandai jugak :P

Anak siapalah ni..makpak nya tak belikan ruler kah? Haha..aduhai abang ni..bila I tanya kat abang kenapa dia tak pakai ruler..alaa, abang nak cepat..tak sempat ambil ruler..teacher kata kena cepat..nanti tak cukup masa dah takleh jawab..see..abang tergaris ‘e’ for ‘cili’ pun abang tak sempat erase..masa nak hantar abang dah bagitau teacher abang taknak jawab cili..epal jer..ok mama dah faham. Bahaya betul pemikiranmu abang..kena tazkirah ni.

Paper ni I takleh tahan nak gelak. The teacher suruh circle makanan yang manis. Ok fine pandai anak mama pilih makanan kegemaran dia..tu yang super excited circle. Tapi dia taknak circle ‘cake’. Bila I tanya why..alaa, haritu abang makan cake yang mama beli..dah 2 hari terbiar tu..masam jer rasa dia..so abang tak circle lah..huhh?! Speechless sebentar…

Iyolah..abang kata mistake yang dia buat ada reason. So bila I tanya selamba jer dia explain. Ada yang terkena batang hidung I balik..ada yang make sense jugak..tapi kesimpulannya cikgu tadika kompem lagi kacau jiwa melayan the kids..hihi..happy teacher’s day!



25 February 2010 14 Comments

kek lep2

Salam :)

Inilah birthday cake abang yang berjaya dirembat di kedai kek masa malam birthday dia. Terpaksa beli yang bentuk love sebab birthday abang jatuh on a day before valentine’s haritu. So majority cakes semua jenis lep2..hehe. Dah tak kuasa nak menjelajah ke pelusuk kedai kek disekitar kediaman untuk cari kek kartun.

Saja suka2 belikan kek comel tu untuk abang. Tak sempat nak letak atas meja ke apa..diorang dah tarik my seluar askar suruh duduk :P

Diorang punya excitement mengalahkan celebrate kat hotel..haha! Memang nak celebrate their birthday party. Tapi bukanlah kat hotel. Pengsan haku…

Tapi tunggu sekali dengan birthday hero kecik…baru syok sekali harung..plus save budget!

Happy birthday to you! Blablabla…siap abang suruh nyanyi 2 times. Sebab the 1st one tak berapa sedap rentaknya. My sis lah..dia gi nyanyi main2..nyanyi lagu birthday ikut rentak lagu asli. Hangin jer abang…

Happy birthday handsome :) …dah 2 minggu berlalu pun mama nak wish lagi dan lagi. Be good..be good and be good dear…amin

Sesi jilat pisau..euww adik ni!

Sesi suap menyuap…

Thanks for all the wishes for my bro that day…

Sayalah pencinta kek. Kalau ada yang berhajat nak bagi kek sila minta address kat mama..hiks!

Happy long weekend and salam maulidur rasul…daa :)