Aside

Wedding ceremony berehat seketika

12 Aug

Huarghhh!!!

Inilah fe’el hero2 kesayanganku..enggak bisa diam walau seminit setengah

Ok back to the story. Inilah wedding terakhir masa last weekend yang I pergi before start puasa. Wedding kawan I masa study kat mgskl dulu..ajibah yang forever sweet 18..congrates dear!

Ohh by the way, husband dia adalah sangat bersemangat..happy go lucky sokmo..so agak susah nak tunggu dia calm kejap..I suruh jer shirah snap :D

This is ajibah’s father. And also kawan baik to my father jugak masa kekecik dulu..last year kot baru berjejak kasih balik sebab lepas I habis sekolah mereka pun lost contact. Assalammualaikum pakcik :)

Pelamin ni sangat cantik. Masa ni dah habis kekompang n tepung tawar segala. So kira dah habislah sikit gabra mereka..tengok pengantin lelaki tu..fuhhh legaaa katanya.

Kalau terror carilah hero kecik. Jumpa? Camtulah gaya orang takde kerja cari kerja. Entah apa dia nak kira kat karpet tu agaknya.

I just can’t skip this :P

Kalau dah pergi kenduri kawen anak kepada kawan baik abah. Dah tentu jumpa jugak kekawan baik dia yang lainkan. So, berumahtanggalah kejap we all kat situ. Macam nak roboh gaklah dewan tu dek hiruk pikuk my heroes.

From pantai hillpark with lep :)

So how’s your puasa? Masih kebal iman didadakah? Syukur kalau gitu..ke ada yang dah pasang lagu raya kat ofis :D



Aside

Sabar..dan terus bersabar

11 Aug

Tak kira dimana mereka berada..asal boleh berlawan mereka on saja

Ni masa I balik dari kenduri bakal ipar I haritu. Kitorang singgah rumah sepupu abah..kawasan kampung kat Seremban. Punyalah super luas lamannya..mahu tak meroyan the kids.

Bapak borek anak rintik..memang semua nak kena titik.

Punyalah takleh dengan senang hati nak amik pic berdua camni. Abang n hero kecik pantang tengok kitorang lepa sikit..berdesuppp sorang ke utara sorang ke selatan. Dan berdesuppp jugak baba and I gi kejar diorang..tak pepasal terbakar kalori.

Memang mencabar jaga anak2 yang hyper ni. Lagi2 bulan puasa ni kan.. menguji keimanan betul. Nanti I share story pasal gelagat diorang dalam bulan puasa ni.

Apepun how’s your first day puasa? Harap2 keimanan sentiasa terpelihara dalam menjalani ibadah puasa ni yer..kat ofis ni kalau lalu depan pantry jer tutup mata dengan hidung. Apetah lagi bila tengok muka2 kekenyangan bebudak ofis bukan Islam yang baru balik lunch..siap sendawa kekuat. Sabarrr…


Aside

Sahaja aku puasa…

10 Aug

Kata dah nak puasa..so meratalah sana sini orang buat kendurikan..sebagai orang yang dijemput dan takde aral melintang..sampai jugaklah kami ke tempat kenduri yang diadakan di Seremban haritu. Gila takde mood nak buat entry harini..tu pasal jadi bahasa mandarin melayu..

Tahun ni nak paksarela the kids berpuasalah. Macam biasalah tengok sampai tahap pukul berapa dia mampu tahan. Dan upahnya duit raya yang akhirnya jadi duit makpak mereka jugak. Korang kekecik dulu camtu gakkan?

Lupa pulak nak kenalkan tuan rumah kenduri yang kitorang pergi haritu. Siapa lagi kalau bukan rumah family bakal menantu mak yang baru ni..hidir..si gagah yang rock..kenduri2 pun sarung baju rock..memang rocklah kau!

Pastu adalah sorang anak buah dia ni haa..umur baru 3 tahun tapi besarnya Ya Rabbi! Asal siapa nak dukung dia tapi tak larat, dia akan bantai gelak..hahaha.. so siapa yang berjaya tu memang hebatlah..tapi terhuyung-hayang gaklah weiii!


Thanks for inviting us hidir

Sungguh macam takde moodlah harini. Malas betul nak buat apa2. Aura nak puasa kot. Anyway I nak ucapkan selamat menyambut kedatangan bulan ramadhan..jangan notty2..jangan puasa yang yuk..selamat berterawikh..jaga segala2 yang perlu dijaga and korang ingat lagi tak niat sahur n berbuka puasa :D


Aside

Syukur…kebahagiaan yang berusia 35 tahun :)

9 Aug

Happy anniversary to mak dan abahku :)

Harini genap 35 tahun usia perkahwinan mak dan abah :)

Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat…amin :)

Ni pic last weekend masa we all satu family celebrate makan2 seafood kat PD sempena my parents anniversary. Haiyaaa..terjauh pulak candle tu..hihi..

To mak dan abah (yer mereka baca my blog atas bantuan shirah)..thanks for being a great parents kepada kami 5 beradik. Semoga kita sekeluarga akan terus bahagia dan hidup sentiasa diredhaiNya…amin. Touchinglah nak tulis pepanjang. Ok dah2..yang penting kaklang sayang mak dan abah :)



Aside

Pics santai lagi..dan lagi..

8 Aug

Salam hujung minggu :) …tengah layan bersantai dengan family ke? Ni I nak share funny pics yang dapat from email…


Selamba kodok jer bawa kereta ni kan. Cool!

Hehh..reaksi2 muka yang dikakikan.

Si dolphin yang bijak melukis..kot banyak songeh instructor mahu si dolphin tu cucuk mata dia dengan pen.

Semangat yang terpesong..haha

Haiyooo..don’t let your kid try this at home.

Sengal..lada sulah ke yang dia curah kat the kid tu? Baik curah minyak panas terus :D



Aside

Tok Ti kat gathering her ex-school

7 Aug

Salam sabtu :) …kita bertemu lagi diruangan artis..cewahhh..ok minggu ni I nak share latest pic pasal penyanyi no. 1 negara..siapa lagi kalau bukan..siti nurhalizalah! Walauponn I bukan die hard fan dia..tapi bolehlah layan sepatah dua tiga coretan pasal berita terkini dia.

Ni masa dia join gathering kat ex-school dia in Kuala Lipis. Mengapakah perlu pakai topi cowboy pencen tu?

Dia bekas pemain netball kot masa sekolah dulu

Berapa kali pandang pun tetap manis cik siti ni. Haiii..bertuah betul.

Dengan ex-teacher dia kot? Rasanya tu ala2 wall of fame kat ex-school dia..kiranya deretan pics ex-student yang dah menjadi VIP di Malaysia

The dinner..adik beradik semua ex-school situ jugak. So tumpang 4 kakilah terfamous sekali dengan siti.

And that nite dah tentulah dia jadi one of VIP guests. Tapi takdelah pic Tok K..anyway ada ke sesiapa yang satu sekolah dengan siti ni? Or perhaps sekelas dengan dia ke..bolehlah buat special entry pasal her school life dulu camne..or tak kisahlah you guys pernah bersekolah dengan memana artis ke..bolehlah story mory buat tambah bahan bacaan kat blogkan..kalau I dulu masa MGSKL yang I ingat Sheila Majid, Azean Irdawaty..siapa lagi entah.

Sekian laporan pasal siti…

***pics credit to Cari Forum



Page 80 of 130« First...510...7879808182...8590...Last »