Jenis pewangi yang tahan lama
14 Nov
Siapa suka pakai minyak wangi? Siapa siapa siapa? Ni ada info sikit yang ai dapat from email. Pasal jenis minyak wangi yang tahan lama.
1st kena tahu jenis perfume :
1. Cologne
2. Eau de Toilette (EDT)
3. Eau de Perfume (EDP)
4. Parfum
Yang bezakan jenis perfume ni adalah kepekatan minyak harumannye, sama ada daripada ekstrak semulajadi, sintetik, dicairkan menggunakan air atau alkohol bergred tinggi. Dan haruman yang mempunyai kepekatan minyak yg tinggi akan tahan lebih lama.
Cologne mengandungi 4% minyak pati
Eau de Toilette (EDT) - mengandungi 8% – 15% minyak pati
Eau de Perfume (EDP) mengandungi 15% – 22% minyak pati
Parfum mengandungi 22% minyak pati
Makanya, yang lebih tahan lama adalah Parfum kerana kandungan patinya lebih pekat.
Cara memilih perfume. Selain menyemburkan kat atas kertas then kibas² kertas tu, perfume jugak boleh dispray pd sapu tangan..to smell camne bau perfume tu pada fabrik. Boleh juga spray ke udara di mana anda berdiri. Then bile titis minyak wangi tu jatuh..tarik nafas dalam² dan hayati keharumannya…pergh!
Tips untuk memakai perfume. Waktu siang - semburkan pada pergelangan tangan, sendi kaki dan perut. Cara ini utk mengelakkan tindak balas wangian itu dengan sinaran UV dan mengelakkan iritasi pd kulit. Waktu malam - sesuai disemburkan pd bahagian tengkok atau blkg leher.
Tips lain : Untuk membuatkan perfume yg dipakai tahan lama baunya, pakai bersama lotion dan gel mandian dlm satu rangkaian yg sama (biasanye disertakan dlm set perfume). Dan untuk mengetahui sama ada perfume yg dibeli tu original atau tidak, goncangkan botol perfume then tgk buihnya..jika buih sikit dan cepat hilang tu tak ori..dan jika banyak buih dan lambat hilang..haa ni bru ORIGINAL.
































Recent Comments