Aside

Ibu mana tak happykan :)

25 Nov

Syllabus kindy sekarang ni boleh tahan jugak. Dah macam masuk primary school pulak. Masa i memula register abang dulu terkejut jugak tengok banyaknya workbook dia. Nasib baik abang tak culture shocked!

Alhamdulillah abang can cope with it. Result exam dia pun seems to be ok. Parents mana tak happy kalau anak did well dalam examkan. Walaupun hanya exam di kindy. I just nak share my happiness and for reference pencapaian abang from time to time. Jom tengok result dia.

Ehh memalu pulak dia. Dahlah tak pakai seluar :p

1st..english paper 98%

Selingan sikit ekk. Dari abang kecik i suka bawa dia pergi join activiti2 camni. Memang sangat bagus untuk merangsangkan pemikiran dia.

2nd..maths paper 98%

Kalau pasal operate mainan memang his favourite. Baba kata biarkan..good for his critical thinking skill. Iyo ko?

3rd..BM paper 98%

Kalau time dia buat homework, hero kecik datang kacau..memang dia buka silat. Tapi sebelum silat dia simpan dulu buku dalam beg. Takut koyak.

4th..science paper 100%

Selagi ada ruanglah tempat dia belajar. Actually ni kat meja pc. Kalau i tengah syok online, dia pulak datang suruh ajar memacam..then i bolayan jer..dia pun duduklah bawah meja sampai i layan dia.

5th..agama paper 100%

Inilah my lil son..bila happy..muka ada senyum :)

Tapi bila nangis..kembang kuncup hidung dengan mulut dia!

Masa graduation day haritu, the teacher ada pass kat parents buku biodata student. So, dalam tu ada stated ambition abang nak jadi polis. Kenapa i tak pernah tahu? Bila tanya dia, yer memang dia nak jadi polis. In fact bukan polis biasa katanya..tapi bos polis! Hohh?? Ohh ketua polis daaa…

Apa-apalah sayang oii. Mama akan sentiasa sokong abang. Semoga menjadi anak yang soleh dan insan yang berjaya satu hari nanti. InsyaAllah :)


Aside

Kalau rasa gembira tepuk tangan!

24 Nov

Kisah graduation kindy abang dah lama terperam dalam draft. Malam tadi abang baca blog ni, pastu bebel-bebel kata mana entry tu? Wahhh..budak kecik ni dah pandai demand ekk. Katanya nak suruh kekawan kindy lain tengok jugak. Amboiii..bebudak tadika sekarang!

Oklah ni mama storylah ni…

Muka excited campur sedih. Sebab baba can’t make it. Dia kena pergi outstation pulak. Oklah taknak touching2..i nak enjoy kat sini!

Persembahan koir dan choral speaking. Fun!

Persembahan bacaan doa dan surah2 pendek. Alhamdulillah :)

Tengok anak bujangku ni. Menyengih memanjang jer dia atas stage. Sebelah kiri dia tu bestfren pompuan dia kat kindy..Jannah nama dia. Boleh tahan gak comel..bergaya sakan u dengan set mutiara dia.

Lepas tu adalah persembahan bacaan, bercerita semualah. I banyak ambil video jer. Tu pesanan utama abang, banyakkan amik video..less pics pun takpe..sabar jerlah.

Sesi penyampaian sijil untuk setiap pelajar. Abang baru 5 tahun..so kira tahun depanlah baru grad dari kindy ni. Tu tak pakai baju konvo tu..hihihi..dah nama budak lelakikan, gelebeh2 baju dibuatnya.

Then abang naik lagi sekali. Terkejut i..rupanya dia dapat pelajar terbaik untuk subjek agama islam. No wonder kalau kat rumah kemain garang dengan hero kecik. Suruh solatlah, mengajilah..kalau i lambat solat pun dia sound..ehh ehh tercabar pulak. Apepun, congrates abang :)

Bestfren abang..Adam. Dia ni 6 tahun..next year dah takde kat kindy. Mesti abang sedih..takpe geng serumah abang, hero kecikkan ada nanti. Adam tu, abang standard 1 nanti boleh jumpa balik. Insyaallah kalau satu school lah.

Ni Jannah tadi tu. Baru 4 tahun umur dia..sebaya hero kecik. Like i said, kemain bergaya dia dengan set mutiara. Siap mekap lagi. Tinggi maintenance budak ni dah besar sok.

Some of 6 years students

Mereka juga ada bersama


Pastu sambung balik persembahan joget2 lagu melayu. Kelakar habis!

The girls pun berdansa jugak. So sweet! Dah habis persembahan tu semua..acara pun habis. Then sesi bergambar pulak. Pastu makan2…tamat. Jumpa lagi next year!

Thanks kerana sudi menemani kakakmu ini. My parents pun tak dapat datang. Ada hal. Bila balik tu satu rumah abang bebel nape tak datang tengok dia..ekekeke! Haritu kata ok jer kalau mama, hero kecik n shirah jer yang dapat datang. Tetiba lepas habis tu dia touching pulak. Pastu baba dengan atuk dengan nenek dia promise nak bagi gift sebab result dia ok. Baru dia tenang.

Hope baba will be together untuk graduation kindy abang next year. Kalau tak mahu merajuk 6 bulan abang tu. Apepun enjoy your holiday yer abang..jenuh tiap2 hari nak kena bagitahu dia esok still holiday till next year. Dia tak kira nak tanya jugak esok school tak mama? Pastu dia gelak. Aishhh!

And sebagai ibu, untuk tumpang happy kat abang..esok i publish marks dia untuk final exam 5 years. For sweet memories abang jugak bila dah besar nanti :)


Aside

Buat kecoh itu bahagia untuk sesetengah situasi

23 Nov

Lamanya i drag cerita pasal aidiladha ni. Sementara ada masa ni baik i update. Kot tak kang, sampai tahun baru cina tertangguh.  Ok semalam i tunjuk pics my family jerkan..so harini i tunjuk pics keriuhan dan kekecohan bila adik beradik abah yang berjumlah 12 orang tu datang rumah kitorang bersama kaum keluarga memasing. Havoc!

Awal2 abah dah booking kerusi meja kat kedai makan kawan dia. Yerlah raya haji kawan tu tak meniaga. So, dengan baik hatinya dia bagilah pinjam..for free. Semoga murah rezeki pakcik tu.

Sebahagian dari adik dan kakak abah. Makcik-makcikku yang sangat2 sporting!

Along menghiburkan mereka

Separuh lepak kat dalam..separuh kat luar. Mana ada ruanglah..buat jer macam rumah sendiri. Kata open house..tapi bilik2 kat atas tak masuk listlah..hehehe

Kitorang buat potluck. Family memasing bawa ketupat rendang dan masakan lain. Sampai ke malam stok makan ni. Pengsan!

Family abah ni berasal dari Felda kat Melaka. Kebetulan tahun ni Felda genap 50 tahun dan tarikh aidiladha haritu jatuh pada harijadi salah seorang adik beradik abah yang berumur 50 tahun jugak. So, abah sediakan  surprise birthday cake untuk raikan.

Selamat hari lahir makcik faridah :) …terharu dia sampai nangis2 touching.

Abah anak no. 4 dari 12 beradik. Atas dia semua kakak. Kira abah anak lelaki sulung dalam family. So bila arwah atuk dan nenek dah takde, abah ambil alih tugas handle pasal urusan family. Walaupun memasing dah berkeluarga sendiri, tapi mesti akan buat family gathering. Abah memang suka part tu.

Urusan akaun keluarga, abah dan kakak sulung dia handle. Sebab walaupun arwah atuk dah takde, tapi hasil ladang dan estet arwah masih generate income tiap2 bulan. Hasil tu macam2 boleh buat untuk eratkan family. Bagi hasil sama rata, buat family day..macam2 lagilah. Kan seronok gitu :)

10 dari 12 adik beradik abah. Lagi 2 tengah on the way from Melaka.

Apa keslah shirah dok kepit2 i ni? Hihihi..masa ni dok hai2 bye2 diorang semua dah nak balik. Kira muka memang tengah tahap kepenatanlah. Penat2 pun kat rumah sendiri..lepas jer siap kemas..macam biasa merangkak naik tangga..panjat katil..kebabommm!


Aside

Aidiladha bersama mereka yang kusayang..cewah wahh

22 Nov

Seronok weekend korang? Mine was oklah..bawa the kids jalan-jalan kat KL. Cuci mata sana sini, cuci purse sikit-sikit.

Last weekend i tak sempat nak story pasal raya haji kitorang. Walaupun tak balik kampung, kemeriahan beraya masih terasa bila adik beradik abah datang berkumpul..cewah wahh!

Sebelum i proceed dengan pic keriuhan mereka-mereka sekalian, baik i tunjuk dulu pic my family masa haritu. Keluargakan perlu diutamakan..cewah lagi sekali!

I’ve to be penghuni tetap kat kitchen. Maklumlah kitorang takde maid. Buat kerja dapur tu buat jugak..tapi tatap kena bergaya dengan baju raya..boleh?

From our house with lep. Ehh tertinggal sorang…

Abang dan pc tak dapat dipisahkan. Sambil tu dok bebel kenapa tak repair lagi monitor LCD yang rosak tu. Sakit mata katanya tengok monitor gomok tu. Amboi boii…

Dengan abahku dan anakku yang super liat nak bergambar

Dengan emakku..orang kuat didapur. Seronoknya pagi raya dapat bersama parents. Walaupun hanya raya haji…syukur :)

Dan juga dapat bersama my sisters. Orang-orang kuat juga didapur..iaitu kuat makan!

Along yang sama sibuk tolong angkat itu angkat ini. Ohh abangah jer takde. Dia balik rumah mertua pastu gi holiday kat penang bersama mereka.

Puding milo yang i buat masa malam raya. Pastu letak dalam fridge bagi sejuk! Baru sedap dimakan dihari raya. Habis satu stor i geledah nak cari balik acuan ni. Nasib baik jumpa..terus i melonjak kat dalam stor bawah tangga dan terhantuk! Takpelah janji jumpa. Nanti boleh buat puding perisa lain pulak.

Haritu diorang datang raya minta resipi kuih raya. Kali ni minta resipi puding milo. I pun cakaplah i pun buat ikut resipi kat google. Thanks mr. google..senang betul, terasa tekak nak makan apa..google jer! Tinggal rajin tak rajin jer nak buat.

Ehh..very the long dahlah entry ni. Esoklah i tunjuk pic keriuhan kat rumah ekk. Selamat bekerja yer!


Aside

Birthday party baby girl Que Haidar

20 Nov

Happy weekend peeps! Kita stoplah dulu story pasal raya2 ni. Meh layan pics harijadi anak pelakon terkenal Que Haidar.

Memang hot and spicy momma betul linda jasmine ni

Tengku Ratu Haidar..the bam bam girl

Cantik jugak buat tema party yellow ni. Meh layan lagi pic yang nyum nyum!

Such a lovely family. Semoga mereka terus bahagia bersama…

Dah lama tak nampak que berlakon kat tv lagi. Sibuk uruskan family kot. Takpelah yang penting baby girl dia ni kecik2 dah jadi duta. Duta avon untuk barangan baby. Kalau tak silap i lah..sebab pic dia terpampang BESARRR kat bangunan HQ Avon. Kecik2 dah murah rezeki :)


Aside

Sepatah dua kata rayaku…

19 Nov

Salam jumaat yang mulia, dearies! Fuhh..dah 3 hari bercuti, harini terasa sangatlah malas nak datang kerja. Nak pulak esok dah cuti balik. Tapi sebab ada tugas penting kat ofis harini, so here i am today..kembali bertugas.

So, how’s ur aidiladha? This year kitorang tak balik kampung. Semua adik beradik sebelah abah berkumpul kat our house. Pepagi raya abang dan hero kecik bertenggek depan pc dengan baju raya. Selagi ada ruanglah nak main gamekan.

Nak nangis pun tak guna bila pakai baju raya ni. Masa raya puasa kat kg. haritu, warna baju raya ni lebih kurang dengan langsir kat kg. Bila raya haji kat sini, PUN sama jugak. Nasib badan.

Both kids kemain susah nak bergambar sesama. Kena paksa2, tarik2 dulu, dah beraya kat rumah sendirikan. Toys, pc, semua depan mata. Ada diorang kesah nak posing2 segala ni?


Kepada yang buat ibadah korban tahun ni, semoga ibadah yang dijalankan diberkati dan diterima Allah. Story pasal keriuhan dan kekecohan our raya haji nanti i sambung ekk. Need to end this entry secepat mungkin. Bos dah pandang2 jeling2 tu..i need to assist him for his presentation later.

Anyway, enjoy your weekend! We’re going to the Car Carnival 2010 at Matrade Exhibition n Convention Centre esok. So, kalau terserempak esok janganlah pandang2 jeling2 jer..tegur2 lah kalau i tak perasan..daa :)


Page 70 of 130« First...510...6869707172...7580...Last »