125 Ad spot 125 Ad spot

Rillys Cyber Mansion

May the sunrise fill ur day with warmth, may the day bring you many reasons to smile...have a happy day ;) -rillys-

24 July 2010 18 Comments

Sharifah Aleya’s cute twins

Salam :)

Dah pernah tengok anak kembar artis Shariifah Aleya tak? I mean their latest pic ..I dapat kat email ..cute sangat!

Aza Ameena and Asha Ameena

Kompemlah I taktau mana satu adik mana satu kakak ..rupa mereka sangat seiras ..rambut pun sama ikal :)

Pic ni masa celebrate their birthday on 26th June lepas ..kek sorang satu hokay ..kalau kembar 4 mesti lagi meriah kek!

Si comel

Si adorable

Happy birthday cute twins :) …semoga menjadi anak2 yang solehah yer ..maintain cute jer mommy dia aleeya tu kan. Seronok tengok happy family camni ..semoga kekal bahagia selamanya ..amin



23 July 2010 16 Comments

Lemas dalam lambakan bunga

Salam :)

From Putrajaya with lep

Welcome to Pesta Floria Putrajaya 2010

Ada yang pergi tak pesta bunga-bunga cinta ni on last Saturday? Kalau berlaga bahu kompem tak perasan. Sebab manusia pencinta bunga punyalah ramai. Hebat penangan bunga ni. Pastu masuk pulak free :D

Rasa macam kat taman bunga diraja pun ada. Cantik sangat the garden’s deco.. siap dikelilingi pagar..siap ada buai..siap ada air pancut..siap ada jambatan yang kalau naik 5 langkah dah sampai seberang. Kreatif!

Cartoon character yang dibungakan..cute!

Ni yang indoor punya. Tak tentu arah betul nak jalan. Sini ada sinun ada. Yang kat luar tak habis tawaf lagi. Mak aii…

Cantikkan pemandangan taman bunga dihiasi lampu diwaktu malam. Tapi yang pergi siang pun cantik juga..nampak warna warni bunga tu.

Tak tahulah berapa puluh ratus langkah kitorang dah lalui. Yang pasti memang penat..sian kat maklah. Asal jumpa pangkin jer duduk kejap..ada jugak diorang sediakan tram dalam tu. Tapi q dia panjang sungguh plus taklehlah nak bercanda sebarang seminit dua kat setiap garden :D

Si botak yang dah kepenatan

Katanya kat situ tutup pukul 10pm tapiii by the time kitorang habis tawaf dah 10.30pm and ramai lagi pencinta bunga yang baru datang. Hehh..

Kesimpulannya, memang best. Cuma I tak perasan dimana letaknya kuntuman bunga lily..hihi. Favorite flower my mom tuuu..tu pasal kitorang 3 girls in the family nama pangkal lily. Lily besar, lily tengah, lily kecik. Nak letak jugaklah lily kalau I dapat baby girl..hiks. Ehh..cempaka pun ok gak..dahlia ke..kenanga ke :D



22 July 2010 14 Comments

Melawat haiwan yang dapat PR Melaka

Salam :)

Pernah masuk Zoo Melaka tak? I ni nama jer tok nenek asal sini tapi tak pernah lawat pun binatang yang dapat PR Melaka ni haa..oleh itu meh ler layan lawatan tak rasmi kami kesini.

Excited pergi Zoo macam dapat pergi Disneyland

Hero kecik kata ini dinosaur!

Abang kata zirafah ni tekak dia tinggi!

Euwww! Sesi ciom montotkah!

Burung warna-warni kat belakang tu relaks jer. Takde gedik-gedik nak terbang bebas macam dunia ini ana yang punya! Sangat berdisiplin..dok jer bertenggek kat dahan kayu tu haa..padahal takde pun takdir hidup dikelilingi sangkar. Feeling nak bergambar dengan pengunjunglah tu…

2 gadis comelsss yang keletah (cilok from blog nani)

Binatang pujaan hati hero kecik..elephant! Tapi sabar jerlah..bila dia dah tengok live..dia kata laa takdelah best mana pun tengok gajah ni..sama jer macam dalam buku..boleh dia bagi statement camtu? Nasib baik elephant tu tak dengar. Sudahnya abang jerlah bergambar dengan penuh keikhlasan senyuman dia.

Singa yang dah tua bangka. Sungguh. Tua betul nampak dia..takdelah nampak beruban ke hape..tapi nampak macam dah uzur sangat pastu badan adalah sangat kerempeng. Rasa nak campak surat layang suruh diorang ganti dengan singa baru..singer..menawan keluarga bahagia..ehh :D

Burung berjambul putih. High maintenance ni..gel rambut dia bukan cokia punya hokay.

Yeah..menghampiri garisan penamat a.k.a pintu keluar. So inilah family pic di Zoo Melaka. Menyesal ambil masa dah nak habis tawaf..muka semua tak cukup perisa. Letih. Moral of the story..sila bergambar di entrance kalau nak lawat sesuatu tempat tu. Kompem pic macam..senyum seindah suria..yang membawa cahaya..senyumlah dari hati..duniamu berseri..haha..teringat nyanyi lagu ni masa join sambutan Hari Kekanak kat Stadium Negara tahun 1994. Ok ter-meleret dah…

Memasing jalan lenggang kangkung macam Zoo sendiri. Siap singgah surau dalam tu lagi solat asar pukul 7pm. Padahal dah tahu Zoo tutup pukul 6pm. And haritu pulak takde Zoo malam. End up semua jenis pintu masuk keluar kat situ dah dikunci. Rasakan! Nasib baik ada guard yang kami jumpa..itu pun dia dah nak blah gi round kat kawasan lain..kalau tak..dapat pakej 2 days 1 night lah dalam Zoo tu.

Anyway anyhow..dah habis daa story mory pasal our vacation. Best sangat. Sangat best. Jumpa lagi :)


21 July 2010 22 Comments

Kandang harimau menjadi saksi

Salam :)

Family pic birthday hero kecik ke-4

Tapi mengapa hanya diriku yang pandang camera? Ohh gini kot..baba penat kejar the kids keliling Zoo. Abang sleepy sampai terlena kejap and hero kecik excited bilalah nak tiup lilin. Kottt…

Our port. Dihadapan kandang harimau. Main gamble jer pun cari port. At first hero kecik nak kat tempat gajah..haiyooo dahlah bau ‘enak’ banget..cari punya cari tak jumpa mana port gajah. Memasing dah letih pulak tu. So sampai jer sini terus kowtim.

Happy birthday sayang :)

Masa ni around 5pm++…and kebetulan hero kecik lahir pun memang waktu ni jugak..good timing.

Tak tentu arah potong kek. Kiri kanan tangan kepochi. Diriku sejak azali memang kidal yer. Tapi makan dengan tangan kananlah..hehe

2 gadis comel yang sudah terliur

Aummm..sedap!

Uishh..ha’im pun terliuq gak ibu oii!

Bekalan air kami yang lebih dari cukup

Hazlim buat lawak gilos. Soalannya sejak dari tadi kitorang masuk zoo sampai kat port ni sebutkan 5 binatang yang bermula dengan huruf  ‘L’??? Macam nak gila kitorang fikir ok..tak cukup gak 5. Sudahnya dengan muka nak kena baling dengan kek dia jawab..‘lilafah = zirafah’…’luda = kuda’…’lusa = rusa’… ‘luaya = buaya’…’lulung = burung’…dush dushh!!

Apepun thanks guys kerana sudi menjayakan hari bersejarah hero kecik..and also thanks for all your wishes..you guys rocks!



20 July 2010 20 Comments

Kek..cekelat..aumm!

Salam :)

Sian makcik baju merah tu..takde siapa nak layan dia kat Secret Recipe.

I continue lagi sikit yer pasal our trip to Melaka. Haritu stop sampai our lunch kat Mahkota Parade kan. Then we all berpecah belah kejap..shopping itu wajib yer dinegeri orang. And I bertenggek kat SR..beli birthday cake for hero kecik. Mahu kasi celebrate di Zoo!

Pakcik besar dan pakcik kecik keletihan.

Same goes with pakcik sederhana besar ni.

Hoyeahh! Dah siap..yummy! I beli yang brownies tu jer..chocolate walnut ke apa ntah namanya. Satu slice rm5. So I grabbed yang baru buat punya. Cukuplah nak potong2 dalam 10 slices yang besar. Mereka yang terlibat akan dipaksa makan sampai habis.

Belum makan kek coklat sedap tu badan dah menggembol. Pasrah.


Have a pleasant day :)



19 July 2010 18 Comments

Keharuman bau bunga dan kepengsanan bau peluh

Salam :)

Happy monday guys!

Ada seronok tak weekend haritu? I pergi visit pameran bunga kat Putrajaya nunn..n also having fun at abang’s sports day! Mehh layan sepatah dua gambar dulu untuk harini.

We all pergi pameran bunga tu malam. Nak layan lampu warna warni disebalik kuntuman bunga..cewahh..hausnya kaki ni toksah cakaplah..haha..ingat tekak jer boleh haus?

Yeah! Hero kecik dah botak! New hair sempena his 4th birthday..syokness sungguh  usap kepala dia.

Sunday we went to support abang at his kindie. It’s sports day!

Teruja lebih sikit wehh. First time attend sports day anak. Maknya yang terlebih melonjak plus menjerit bila anak masuk acara. Haha..poyooo

End of weekend summary. Hehe..nanti bila mood menggila nak upload pic datang..I story mory lagi detail yer.

Have a happy monday :)