Aside

Dah tahu seram nak jugak?

8 Feb

Family day untuk sebelah abah insyaallah dalam 2-3 bulan kot. Venue jer yang masih terkontang kanting. So, cuti haritu abah sajalah ajak pergi one day trip to Melaka. Survey A Famosa Resort kat sana…

Yer puan2 dan tuan2 sekalian, kita sekarang berada di A Famosa Resort yer!

Kes dah tak tahu nak posing camne

Family sebelah abah ramai gilos. Makanya kalau nak buat kat sini, kenalah amik 2 banglo sesebelah gini kot.

Suka betul abang n hero kecik. Mana taknya kawasan keliling kemain luas. Dapat beli sebiji banglo camni best jugak..har har har! Entah bila mampunya den pon taktau! Amin amin amin…

Tempat bbq pun dah siap ada..terletak elok2 kat sebelah pool..ohh pic pool kat bebawah lagi yer

Kebetulan masa ronda2 tu ada worker diorang tengah buat cleaning. Kitorang minta izin nompang nengok ler! Memang besau memang luas dalamnya.

Ok tak? Nampak ok..tapikan actually macam scary..hihihi! I adalah menggatal gi baca kat forum pasal kisah seram kat banglo2 dalam A Famosa ni. Tapi lepas i balik dari survey ni lah baru baca. Kalau sebelum pergi i dah baca memang cari nahas..hahaha!

Taktahulah abah nak suggest tak kat family dia buat kat sini. For me, baik buat kat chalet2 tepi laut jer..macam family day sebelah mak haritu buat kat Ismah Beach Resort, Pengkalan Balak..memang best!

Nak bagi abah baca forum kisah seram kat banglo sinilah…jeng jengg jenggg!


Aside

Nasib baik urat liat tak aktif

7 Feb

Pagi2 kat ofis ni layan balik pics melepak kat tepi pantai masa cuti haritu memang mengujakan!

Budak 2 orang ni pun dah start sekolah balik. Alhamdulillah tak liat urat2 tu nak bangun pepagi tadi. Bulan depan dah cuti sekolah seminggu balikkan. Ehh nak jugak!

Haha! Kelakarlah masa ni, mak tak dapek nak duduk atas pondok tu. Sampai 3 orang nak ngangkatnya! Bukan tak larat, tapi sebab dok tergelak2 tak hengat tu yang dekat setengah jam tak naik2 mak atas tu.

Badan abah gatal2, so guna cara lamalah..terjun laut! Yang shirah tu badan tak gatal tapi posing menggatal.

Yang along ni takyah cakaplah..happy sokmo!

Dimana jua berada..blogku tetap diingati.

Ok dah2..jangan nak berangan bersantai..coti dah habis, jom buat koroje!


Aside

Udah ler tu!

6 Feb


Sudah-sudahlah tu bercuti. Jom balik jom balik…esok dah nak sekolah dah nak kerja!

Dah puas bercuti? Dah puas berseronok? Selamat bekerja dan selamat bersekolah kembali esok yer!



Aside

Menyentuh iPad

3 Feb

Harini mood dah baekkk punya. Bolehlah update dengan hati yang gumbira! Semalam jejalan kat IOI Mall. Tu jer pun shopping mall yang dekat dengan rumah besides Giant. Jalan punya jalan singgah tengok iPad. Tengok jerlah…

First time diorang dapat merasa pegang iPad. Jakunlah sikit…

Ditujal-tujalnya benda alah ni.

Syok memang syok. Harga pun syok jugak. Pada yang ada iPad ni..boleh share tak..ok tak guna dia? Macam terjatuh chentalah pulak.

Model tak diundang. Ada hati mahu pau iMac kat belakang tu sebijik. Banyakkk duittt ahkakkk kauuuu!



Aside

Sesekali timing moodku ada lari jugak

2 Feb

Harini tak kemana pun. Apaknya kerja..takde moodlah nak update pepagi tadi. Adalah terkilan sikit dengan sikap segelintir manusia yang suka melaga-lagakan orang. Kalau jumpa memang patut dicampakkan jer dalam kolam buaya! Grrrrr!! I ni jarang luah perasaan marah ke bengang ke bengong ke kat blog. Yerlah buat apa nak bagitahu satu doniakan? Ok kes ditutup.

Baik layan anak-anakku main game.

Heppp! Pepandai guna mama punya ni. PC abang kat hall bawah, pc hero kecik i letak kat atas. Diorang ni takleh letak dekat2 pc..bunyi speaker memasing kang berlawan2 pastu gaduh sebab memasing tak dapat dengar sound sendiri. Huhhh! Tu yg bila online..abang sesorang kat bawah..terus zasss rembat pakai mama punya. Takpelah janji aman.

Pastu nak cerita pasal baju pulak. Dah macam baju bundle pulak rupanya. Kan 2-3 hari lepas asyik hujan jer..haa ginilah jadinya..tak kering. Baju kalau tak kering few days mesti semacam jer baunya kang. Aishhh nak beli electric dryer nangis tengok harga. Tapi alhamdulillah sehari dua panas terik pulak..zasss kering rangup baju semua :)

Heyyy you! Don’t play2 with me haa…ok bukak sikit kes geram ni..kalau kena buku dengan ruas nanti tahulah nasib kau! Korang hangen tak kat orang yang suka jadi penyampai ni? Melaga-lagakan orang. Kalau mangsa tu tak ampunkan dosa kau..makanlah daging2 busuk kat akhirat sok..ko carilah orang tu balik nak minta mahap. Makanya, jangan biarkan hidup anda diselubungi title barua.



Aside

Antara stress untuk tahun ini

1 Feb

Cak! Hai rindunya nak online, nak ber-FB, ber-ym, ber-forum, ber-blogwalking. Tapi apakan daya cuti2 ni pun masa tak mengizinkan..sob sob.

Bukan apa sekarang ni kalau ada jer masa, adik i akan drag i suruh tolong pasal preparation kahwin dia. Tinggal berapa bulan jer lagi ni. Yang paling i concern adalah pasal body dia. Bilalah mahu dikecikkan sikit..hik hik

Dia tahu enjoy jer..ekekeke..yerlah bakal pengantin mana boleh stress2. Biar orang yang tolong handle jer stress. Boleh gitu?

And yang paling bz dah tentulah both of my parents. Apepun, semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Same goes to you guys..semoga apa yang telah dirancangkan untuk tahun ni dipermudahkanNya..amin :)



Page 60 of 130« First...510...5859606162...6570...Last »