Air Tasik berwarna biru

5 Dec

Pernah tak anda lihat tasik secantik ini? Sekiranya anda berkunjung ke tasik ini pada waktu malam, jangan lupa untuk membawa lampu suluh bersama anda kerana cahaya daripada lampu suluh anda itu akan mencipta keajaiban fenomena alam yang luar biasa.

Pemandangan di siang hari pada tasik ini tidak akan memberi sebarang kesan khusus. Namun sekiranya anda berkunjung di malam hari, dan mengarahkan lampu ke arah air tasik, barulah fenomena luar biasa ini dapat dilihat.

Fenomena ini dapat disaksikan di Tasik Gippsland yang terletak di Wilayah Victoria, Australia.

Cahaya yang muncul di permukaan air tasik merupakan hasil daripada tindak balas reaksi kimia yang disebut ‘bioluminescence’ yang disebabkan oleh oleh organisma mikro ‘noctiluca Scintillans’.

Takut punya pasal belasah jerlah pakai

2 Dec

Kalau dah namanya ganas, bagilah guna barang pepun bebudak ni.

Mangsa terbaru adalah mouse

Apalah nasib malang kau wahai mouse

Terbelah dua dah jadinya. Badan terpisah dari isi. Tu pun si abang boleh selamba badak guna jugak. Balik kerja tu ai yang perasan apesal lain macam jer mouse si abang ni. Sila abaikan  meja yang dah terkopek2 tu, itupun kerja dia gak tu.

Takut kena marah punya pasal, boleh dia biar mouse ni bogel?

Aksi masuk telinga kanan keluar telinga kiri, bila kena bebel

Bertuah punya anak. Saja jer suruh mama keluar kejap malam tadi gi IOI Mall semata2 nak beli mouse. Ishk2 mama bukan suka sangat jejak shopping mall ni, hahaha!

Lambaian terakhir, panjang umur jumpa lagi

2 Dec

Saja jer ai perap kisah gi hantar mak sedara gi naik haji kat Kelana Jaya haritu. Sebab nak amik aura excited yang she’s coming back esok, insyaAllah…

Berkampung pukul 4am kat Tabung Haji, Kelana Jaya

Menjelang subuh dah makin ramai umat

Pak hitam yang dah ready, he’s going haji for the 2nd time

Mak hitam yang juga dah ready, baru 1st time nak naik haji

Agihkan barang

Thanks to kekawan abah yang on duty kat Tabung Haji masa tu. Diorang hantar all sorts of things untuk mak hitam dan pak hitam. Things yang diperlukan untuk jemaah nak check in. Tak perlu nak q panjang kat depan kabin nun. Kesian tengok lenguh orang q tunggu. They should ask to collect a week earlier ke kan.

Tulis jangan tak tulis bah

Kawtim sudah

Panggilan for check in dah bermula

Sebak, pilu, hiba semua ada

Tangisan keredhaan, panjang umur dapatlah berjumpa lagi

Lambaian terakhir

Thanks again to kekawan abah. Mak hitam dan pak hitam check in tak ikut laluan orang awam. Diorang terus dibawak masuk ke dalam ikut laluan lain. Terima kasih ya Allah kerana memudahkan urusan mereka.

Marilah pulang

Dan esok kitorang akan berkampung kat KLIA pulak, menanti kepulangan mereka. Even hampir setiap hari dapat berhubung melalui telefon dengan diorang, kerinduan tu tatap menebal. Abah dah call kekawan dia yang on duty kat KLIA esok. Semoga urusan untuk hari esok juga dipermudahkanNya. Amin…

Guys, kalau ada yang mengalami kesulitan dengan pihak kastam baik dari segi cukai ke, penahanan barangan ke, shipment ke…insyaAllah boleh minta tolong dengan my father.

Semoga hari kita diberkatiNya…

Nenek kebayan punya sirih

30 Nov

Sirih oh sirih!

Sirih semua orang pernah dengar, tapi sirih nenek kebayan pernah dengar tak?

Haa ni dia sirih nenek kebayan

Kembangkan tengok. Sama jer rupa macam sirih biasa. Tapi cuba makan…wuuuu! Makan maksudnya kunyah jer sirih tu takyah nak buh pinang ke apa. Tengok dia punya meletup kepedasan!

Salah sorang mangsanya adalah baba, hihi. Baba ni memang hantu cili api, kalau makan nasi…cili api tu dia buat ulam, boleh? So bagi dia try sirih nenek kebayan ni, hamekkk terlentok sudah… haha. Terlentok laluk plus menahan kepedasan dan keperitan. Gilos betul penangannya.

Dan akhirnya selamat tertidur. Tapi memang bibir kering habis. Makan sirih nenek kebayan ni kena banyak minum air. Orang kata bagus untuk sistem dalaman badan. Taktahulah eh. Lagi satu sebelum makan tu, niat dalam hati apa yang kita nak hajatkan. Boleh termakbul, eh boleh pulak gitu…apepun jangan percaya sangat kot, kang jatuh syirik pulak.

Mengantuk yang tak dibuat2

25 Nov

Lama betul dok dalam draft kisah ai gi hantar mak sedara naik haji. Sampai dah nak balik pun dia next week…hehe. Takpelah better late than never gitukan.

Cobaan membesarkan mata yang sleepy

Pukul 4am kitorang dah keluar rumah, pergi Tabung Haji. Seb baik tak jauh, seploh minit jer dari rumah. Tapi sleepy punya pasal, rasa berjam2 kat on the road.

Pic wajib depan entrance

Budak2 gebu

Suasana kat Kompleks Tabung Haji pukul 4am

Masa sampai tu orang tak ramai lagi.

Bolehlah baring kuak lentang, kuak bebas kat situkan.

Our all time favorite  manual GPS

Abah ada kawan kat dalam kompleks tu, awal2 dia dah datang lepak sini ngan kekawan dia yang on duty. Sambil tu dia guide sedara mara yang taktahu jalan nak ke sini. Lebih 40 tahun dia kat KL, ceruk mana ko nyorok dia leh jeling…hehe.

Mendodoi anak

Nasi lemak 2 bungkus besar baik punya

Tak lama lepas tu, maklong ai pun sampai. Dengan rombongan cik kiah yang lain. Dibawaknya bekalan nasi lemak ko. Memang macam pucuk dicita ulam mendatang sungguh.

Sambil tersengguk sambil makan nasi lemak

Lapar, tak toleh kiri kanan dah

Abang menahan kemengantukan

Bila perut dah kenyang, kita tunggu masa untuk mak sedara nak kena check in. Yang tu lain hari ai story eh. Dah banyak sangat pulak pics kat entry ni.

Angan2 yang terlebih sudah

23 Nov

Sleepy gila babas betul harini. Lunch time ai skip makan, kang lagi lena diulit intan jadinya kang. Baik update entry kat blog. Kisah orang yang berangan nak buat apa bila dah jadi kaya…layannn!

Buy moonlight

Kat bedroom ada window yang boleh nampak space

Pet akan pakai diamond teeth

Servant yang rajin plus cantik sentiasa ready

Glass only made by diamond

Play golf on the boat

Security 24 hours

Spring water from Himalaya to flush the toilet

Toilet paper

Swimming pool fill in with expensive perfume

Professional wash the gold car plated

Laptop with diamond edging

Travelling car

Holiday house

Ok dah hilang ngantuk, mari sambung kerja!

Page 6 of 122« First...45678...203040...Last »