Aside

Final preparation kata orang

11 Mar

Fuh fuhh..pejam celik pejam celik kejap jer dah weekend. Tu takpe lagi, yang excitednya weekend ni kitorang akan bergumbira raikan our Family Day kat PD. Tapiii..takleh hepi2 sangat, kena bersederhana kata orang. Yang penting niat untuk merapatkan hubungan kekeluargaan tu tercapai…amin

Memacam preparation dah buat. Ngalahkan corporate punya family day.

Ni masa kitorang balik melaka haritu. Gi rumah adik abah. Tolong siapkan video presentation, paperwork2 dan benda yang berkaitan untuk printing.

Sampai kul berapa pagi pun taktahulah masa ni. Kemain lena orang bujangku berdua ni. Tidur pulak kat serambi..perghhh angin dia!

Pastu yang ni pulak masa sesi wrapping hadiah haritu. I amik half day, temankan abahku gi cari segala jenis hadiah berkaitan. Malam tu ramai2 kumpul kasi bungkus itu hadiah.

Meninggikan hamper. Jimat betul wrap hamper sendiri. Suka suki jer tinggi mana ko nak.

Taraaa! Clap clap! Hadiah dah siap.

Lagi dan lagi

Dan lagi..i amik mana yang dah siap wrap. Pengsan nak tunggu semua siap wrap. Elok jer bungkusan terakhir tu, i terus pengsan sebelah hadiah2 ni..hahaha!

Stickers untuk dilekat pada tempat yang patut. Pengaruh anak anakku yang masih kindy, so design pun dah macam kekanak ribena jer. Gasak.

Sijil. Saja takde kerja buatkan cert ni. Buat kenangan :)

Segala jenis mak nenek form pon dah ready. Tu mesin tu nampak tu.

Mesin tu untuk laminate apa2 yang patut. Best best! I memang suka betul buat kerja kerja camni. Lagi tak cukup tidur lagi memacam benda tak patut ada diadakan. Boleh?

Kot i letak muka tak cukup tidur kang korang pengsan pulak..hahaha! So replace dengan muka shirah jerlah. Ohh malam ni kena tidur awal. Mau recharge energy untuk sukaneka petang esok. Simple simple pun family day ni yang penting mesti happening! Have a pleasant weekend!

 

Aside

Nak yang fresh meh ke sini

10 Mar

Pasar borong memang kitorang selalu jejaki selang 5 hari gitu. Yang dekat dengan our house is Pasar Borong Selangor. 24jam dibuka. Kekadang 2-3am pun i ajak baba pergi. Pastu lepak kedai mamak. Dah macam bersahur pulak rasanya.

Harga memang sangat berbaloilah..lelong lelong!

Berlambak lambak u. Rasanya kalau buang kucing kat sinilah tempat paling munasabah. Mewah kucing kucing yang hidup kat sini.

Macam macam ada

Pilih jer mana nak ikut budget. Budak berdua ni kalau pasal masukkan ikan dalam plastik memang faberet. Selagi ko tak suruh berenti memang habis ikan dalam bekas tu.

Maa, yang ni elok tak? yang ni yang ni? Tu dia pak nam kepochi ni. Pada yang tak biasa bau bau mucuk macam, tak kiralah bau ikan ke bau penjual ikan ke..kehkehkeh..gi lah beli kat pasaraya jer. Ada jugak yang datang sini pastu non stop dok tutup hidung siap buat muka nak muntah. Ehh ehh haa kang dapat dosa free jer i dok mengata. Kalau geli dan loya dinasihatkan jangan datang yer.

Apepun, kalau nak yang fresh…disini semuanya ada! Sekian laporan dari pengunjung setia Pasar Borong Selangor :)

 

Aside

Bila lalang dah sama tinggi dengan orang

9 Mar

Rumah sebelah kitorang ni dah bertahun sudah kosong. Ramai jer buyer yang datang jenguk tapi nan ado yang melekat. Mahal sangat kot. Yang tu tak kisahlah, tapi keadaan rumah yang tak dijaga langsung oleh si tuan tanah kedaung ni yang menghangenkan kami.

Tengok ni. Kat belah depan rumah dia punyalah menggunung tinggi lalang jembalang yang tumbuh. Siap dah menjalar kearah rumah kitorang. Vaavaavaaa..ini sudah lebey!

Yang ni kat belah belakang. Sama tinggi u lalang tu dengan kitorang. Tak ke seram pemandangannya. Nak sidai baju ke apa mesti dengan penuh debaran. Yerlah takut kot ada binatang berbisa ke kan. Mintak dijauhhhkanlahhh…amin.

Bila dah tak tahan, bapakku pun take action. Gi report kat MPSJ. Ikutkan jerlah prosedur diorang, yang penting ada respond. For the first two weeks tu MPSJ bagi notis kat tuan rumah tapi no respond. So, MPSJ sendiri datang clear lalang lalang semua tu. Dan kos pembersihan akan dimasukkan dalam cukai pintu tuan rumah tu. Good.

Tadaaa…! Syukur dah clear. Dah tak ngeri pemandangan.

Belah depan pon dah clear. Baru senang ana punya hati. Thank you MPSJ for your tip top service! So, kepada sesiapa yang ada problem sama camni bolehlah gi report kat Majlis Perbandaran tempat memasing. Demi keselamatan dan kesejahteraan keluarga kita :)

 

Aside

Ting tong! Station seterusnya, Port Klang

8 Mar

Oleh kerana dah bosan gi jejalan naik kereta, maka weekend lepas punya lepas abang ngan hero kecik request nak naik tren. Pikir punya pikir kitorang pun decidelah naik komuter from Petaling to Port Klang. Jauh sikit bunyinya.

Lepas satu2 station abang dok baca. Pastu termenung cakap..manyaknya station kita kena setoppp..haa tawuuu ponnn!

Yeah! Adik suka jer!

Mula2 naik kena berdiri, komuter penuh..bagus..maintain jer diorang. Ni kalau sampai ke port klang kena diri mahu diorang tobat takmoh naik lagi.

Selang 2-3 station orang dah kurang, seat pon dah banyak empty. Hero kecik asal nak cakap jer dia tundukkan kepala baba, tak kuasa nak jerit gamaknya.

Penjakun gak ni..hahaha

Kejap duduk kejap diri. Tak tentu arah nak tengok pemandangan kat luar.

Kat station mana entah ni, ada shooting. Beriya anak anakku dok lelambai.

Maaaaa tren ni kann..ini itu begini begitu…!

Abang yang rongak pon nak bising gak. Maaaaa..kat luar tu..ne no ne no ne nooo! Sudahnya mamanya yang nak muntah. Bukan mabuk naik tren, tapi mabuk layan anak pok pek pok pek…

 

 

Aside

Kereta yang takkan kena speedtrap

7 Mar

Cerita untuk diri sendiri takde, maka marilah baca cerita pasal budak budak veteran dan yang tak cukup umur ni.

Shirah dan elmo kaler biru. Ni masa i cuti panjang untuk raya cina haritu. Seriously termati kutu. Tu yang saja bawak the kids gi Jusco IOI.

Lambakan toys yang ala ala dilelong kat pasar malam. Murah amoii malii malii murahhh…

Sesi mencari alien2 Ben 10. Ngeri tengok muka alien sekor sekor tu.

Tempat wajib. Memang kayo tokey kereta2 mainan bagak ni ekk. 5 minit RM3..10 minit RM5. Abang ngan hero kecik main minimum mesti doploh minit. Sengih jer tukang jaga tu. Ko dapat komisenkah?

Motor…vroom Vroommm!

Memula motor lepas habis 20 minit, nak kereta pulak. Sambung lagi 20 minit. Sabau jerlah. Rasanya lagi berbaloi beli main kat rumah. Bateri pun charge jer. Mainlah korang sampai lebam bijik mata. Nak speed laju mana pun takpe, bukan kena saman ekor pung. Tapiii paling murah berapa ekk sebijik kereta gini? Fuh fuhh..lagi bagus kalau buy 1 free 1. Pastu pastu…kat mana boleh dapat yang murah murah tu??? Please help me, thank you.

 

Aside

Rindu saat budak berdua ni kecik

4 Mar

Semalam buh sikit pics lama my kids kat entry, tetiba harini macam nak buh banyak sikit pulak..hiks..rindu sangat moment diorang kecik kecik dulu.

Hero kecik bam bam sangat suka masukkan barang besar besar dalam baju dia, pastu buat muka cengang cengang.

Abang dari kecik suka amik pic sambil control encem. Tapi bawah cekci sangatlah..haiyooo

Diorang ni beza umur setahun jer. Tu yang agak close. Kemana saja berkepit. Kepitlah apa apa yang dapat sambar dulu.

Buku apa yang abang baca, adik pon nak jugak. Mesti sebijik sejibot, kalau tak..dua dua jangan baca.

Hari hari abang suka ajar adik stunt baru

Dan juga skill baru untuk jahanamkan toys

Pic ni masa kitorang baru pindah rumah. Katil belum pasang, so abang ajar adik untuk cari alternatif lain kalau apa yang kita nak tu takde.

Tu yang adik sayang sangat kat abang. Hari hari pun suka kiss abang, tapi gaduh tatap perkara wajib yer!

I’m happy and feel blessed with my two kids. Kalau ada rezeki memang nak bagi diorang adik baru. Both rasanya dah boleh sangat tolong mama jaga adik sekarang ni. Amin :)

 

Page 56 of 130« First...510...5455565758...6570...Last »