Mandi diterangi sinaran bulan

26 Jan

Bosan tak mandi guna air panas kat rumah? Sesekali layanlah air panas yang semulajadi. Nak tahu kat mana..jom gi Kolam Air Panas, Selayang.

Maaf muka ‘bogel’…hehe..kata nak gi mandi manda, takkan nak mekap tebal seploh inci kot. Secalit pun tarak. Lantak pi lah…


Kitorang pergi malam minggu lepas. Boleh tahan gak ramai orangnya.


Hero2 kecik dan hero besar. Lep them so much!


Kan dah kata ramai manusia sejagat. Siap pakai kain pelikat, kain batik, towel semua completelah. Pastu bawak pulak baldi, gayung dan seangkatan dengannya. Meriah u!

Kat sini cahaya lampu tak berapa nak ada. Memang macam mandi diterangi sinaran bulan gitu. Tapi takyah nak seram..bising nak mamps kat situ.


Diorang ni either nak jimatkan air kat rumah or memang suka mandi air panas semulajadi kat sini. Kata orang memacam penyakit boleh beransur pulih. Insyaallah dengan izinNya :)


Kat sini ada 3 telaga besar. Careful yer yang bawa kids tu. Jangan bagi diorang terjun pulak, air kat dalam tu memang panas!


Nampak tu..berasap2 berkepul2..scary pulak tengok..hiks!


For intro kita lap2 jerlah. Kang melompat pulak bebudak ni kena air panas.


Bila dah agak2 suam sikit panas tu bolehlah mulakan mandian. Niat datang pun memang nak mandikan bebudak ni. Diorangkan baru baik gatal2 teruk satu badan. I tak mandi pun, just rendamkan kaki dalam baldi. Pastu siram  kat tangan, basuh2 muka..pastu wap2 kan muka..ohh best!


Budak susah nak mandi pagi ginilah. Takut air..hahaha!


Kitorang pergi lepas maghrib. Sampai 11pm lebih baru balik. Serious punya letih dan ngantuk. Tengok mata memasing pun dah layu. Balik tu memang lena habis tidur.

Mak dan abah i pun follow. Diorang mandi kat situ..esok tu bangun rasa ringan sangat badan katanya. Mak i selalu lenguh2 kaki, kebas2 tangan.. alhamdulillah ada kurangnya. Kena rajin pergilah kot. Ada orang tu dari lumpuh sampai boleh jalan! Kuasa Allahkan..bagi penawar melalui air mata air tu :)


Pasir mainan yang kalerful

25 Jan

Mood untuk bercerita tentang diri sendiri belum mari. Oleh itu mari berstory mory lagi pasal buah2 hati pengarang jantungku :)

Masa ni jejalan kat Ikano. Pantang betul nampak benda alah pasir ni. Mesti nak nak nak. Takpelah, kot bagi main pasir betul kang kotor. Bagi jerlah main pasir mainan ni.


Kekecik dulu takde pun mainan cenggini. Kalau ada boleh main lambung2 baling2 kat kekawan. Ehh kalau buat istana pasir mesti cantik! Sebab the pasir is very the colourfulkan…


Penjaga setia the kids. Dia tunggu mereka i pergi cuci mata jap. Pastu i belikanlah dia flip flop gambar lep-lep yang 12 hengget tu. Kemain suka..hihihi


Ingatkan sorang sekeping jer diorang buat benda ni. Ropanya kemain banyak pulak pics Ben 10 yang available! Pengsan nunggu. Abang kata nak buat wallpaper kat bilik diorang. Haiyooo..boleh nightmarelah mama gini kalau tidur kat bilik korang.


Come to adik, mama! Alahai anak manja mama sorang ni. Kalau pasal mencairkan orang memang number one. Dah 5 tahun dia pegang title bongsu..bilalah agaknya nak handover the title.


Bagi tazkirah lebih sikit

24 Jan

Dah lama tak story pasal hal sekolah the kids. Hari2 ada jer cerita baru diorang..pok pek pok pek..kekadang tak sempat tunggu mama baba balik rumah. Time tengah kerja kat ofis tu diorang call story mory. Kata anak tengah semangatkan..layankan jerlah. Sometimes boleh release tension kita kat ofis :)

3 budak yang masih bersekolah. Abang rongak sebatang gigi depan..masa bebaru tercabut haritu dia nangis sebab gigi baru belum keluar tapi gigi susu dah tercabut. Tak hensem katanya..ekekeke.


Ni pic masa hari jumaat lepas. Memang pakai baju sukan..ada outdoor activity setiap friday. Kalau tahu haritu dah jumaat kemain semangat lebih memasing. Dapat main2 lebih sikitkan…tazkirah untuk haritu pun lebih jugak i bagi. Lari lek lok..lompat lek lok..semua2 lah seangkatan dengannya. Tapi diorang selamba jer pakai kasut memasing sambil tenyeh2 hidung yang tak gatal.


Ok dah siap! Pergi school bawak air kaler purple. Selalunya habislah. Tapi kekadang balik rumah air tu dah jadi air oren. Kekadang jadi air sirap. Cikgu topup katanya..ok takpelah tenkiu teacher. Cuma i pesan janganlah diorang main share2 minum air orang sudah. Memacam penyakit boleh berjangkit kata doktor especially batuk. Kong! king! kung!


Wedding Ayu Raudhah n Zaquan Adha

22 Jan

Minggu ni kecoh pasal wedding pemain bolasepak Zaquan Adha dengan pelakon wanita Ayu Raudhah. Diorang nikah petang semalam, pastu sanding malam tadi. So i dah budget pepagi ni kompem pic kahwin diorang dah ada kat forum cari. Hihihi..i pun tolonglah enterframekan kat sini. Layannn…


Woww! Baju nikah dia kembang u. Notty tau ada yang kata macam parachute..ekekeke!


Nervous pakcik nervous!


Rita tak datang. Tak sihat kata husband dia..Aidil Zafuan..Ritakan pregnant 5 months. Anyway dah kahwin dengan kembar ni jangan keliru sampai tertukar husband pulak ekk..hiks!


Setelah sah menjadi pasangan suami isteri. Still nampak a bit tembam jugak Ayu Raudhah ni. Rasa macam ada terbaca news yang dia dah langsing melangsing pakai produk pelangsingan. Donno..takpelah janji dia bahagia.


Yang ni pulak masa persandingan malam tu. Pic kat pelamin diorang tak tepek pulak.


Kakak dia Rozita Chew Wan pon harus glamor u!



Uiks..monyet manalah yang bertuah ni..ekekeke..binatang peliharaan merekakah? Again..donnolah janji diorang bahagia. Persandingan sebelah lelaki minggu depan. Apepun congrates to both of them. Selamat melayari bahtera perkahwinan. Semoga kekal abadi dan bebas dari segala kontroversi…amin!



Kalau beli barang kena bawak tuan punya body

21 Jan

Balik dari ikea dengan bff haritu, terus macam terngiang2..eee cantiknya barang ni cantiknya barang tu. Tu yang keesokan harinya..cewahhh..terus sembur ayat2 cinta kat baba..pergi balik kat ikea tu.

Taraaa! Here we are! Apepun kasi sapedek dulu..ayam comel sekor, meatball n salmon adalah menu wajib kalau kesini.

Ohh this time diorang request spaghetti as well. Nyum nyum!

Dan nyum!

Bangun mak su! Bangun!

Actually, i repeat datang sini balik sebab nak cari things for the kids’ bedroom. Tu yang kena bawak tuan punya badan. Kot masa gi dengan bff tu i beli kang diorang taknak…ater camne?? And the budget kena bawak bapaknya pulak. Kot beli dulu kang tak diapprove..camne nak claim??

Masa passby bahagian kitchen tu ada demo. No wonderlah dari jauh bau ada sedap!

Dengan soft toy mouse tu beranilah. Coba yang betul punya??

Fuhh memang nasib baik tak bawa diorang masa dating dengan bff haritu. Kalau tak pengsan! Kecoh macam anak seploh! Diorang ni kalau ada baba baru sopan sikit.

Their favorite spot

Baik punya landing. Setelah penat memilih barang untuk bilik sendiri. Cakap pasal penat..bestnya harini friday..dah nak weekend! Shopping mall kompem sesak dengan mereka yang nak shopping for CNY. Apepun have a pleasure weekend!


Malas pergi cinema? Jom layan astro first!

20 Jan

Syoknya cuti harini. Nak keluar kang balik dah penat. Esok dah sekolah balik. Baik melepak dan melepet kat rumah jer. Lagi bagus. Pada yang rasa nak tengok movie kat shopping mall tu tapi macam kemalasan, bolehlah langgan Astro First. Dah dengar tak pasal produk baru astro ni?

Tapi tak semua movie kat wayang ada kat sini. Untuk permulaan ni astro bagi pilihan 2 movie ni jer..Ngangkung, Aku Masih Dara n Damping Malam. Setiap filem berharga rm15. Masa tayangan 48 jam dari waktu kita subscribe.

Caranya mudah jer..pergi kat channel 480..klik ok..pastu akan keluar code untuk kita sms pada nombor tertera kat tv tu nanti. Bila dah success..tontonlah bebanyak kali. Filem yang terpilih biasanya dah ditayangkan kat pawagam selama 2 minggu. Oklah tu!

Lepas ni sambil makan maggi, sambil punggah2 baju pun boleh layan filem kat wayang rumah. Tak caya?


Siap makan maggi tu dengan berbagai posing lagi!


Dan punggah baju sampai nak pengsan mamanya tengok pun takpe. Ater dah leka sangat tengok wayang versi rumah kat astro firstkan. Selamat menonton!



Page 54 of 122« First...102030...5253545556...607080...Last »