Sesekali timing moodku ada lari jugak

2 Feb

Harini tak kemana pun. Apaknya kerja..takde moodlah nak update pepagi tadi. Adalah terkilan sikit dengan sikap segelintir manusia yang suka melaga-lagakan orang. Kalau jumpa memang patut dicampakkan jer dalam kolam buaya! Grrrrr!! I ni jarang luah perasaan marah ke bengang ke bengong ke kat blog. Yerlah buat apa nak bagitahu satu doniakan? Ok kes ditutup.

Baik layan anak-anakku main game.

Heppp! Pepandai guna mama punya ni. PC abang kat hall bawah, pc hero kecik i letak kat atas. Diorang ni takleh letak dekat2 pc..bunyi speaker memasing kang berlawan2 pastu gaduh sebab memasing tak dapat dengar sound sendiri. Huhhh! Tu yg bila online..abang sesorang kat bawah..terus zasss rembat pakai mama punya. Takpelah janji aman.

Pastu nak cerita pasal baju pulak. Dah macam baju bundle pulak rupanya. Kan 2-3 hari lepas asyik hujan jer..haa ginilah jadinya..tak kering. Baju kalau tak kering few days mesti semacam jer baunya kang. Aishhh nak beli electric dryer nangis tengok harga. Tapi alhamdulillah sehari dua panas terik pulak..zasss kering rangup baju semua :)

Heyyy you! Don’t play2 with me haa…ok bukak sikit kes geram ni..kalau kena buku dengan ruas nanti tahulah nasib kau! Korang hangen tak kat orang yang suka jadi penyampai ni? Melaga-lagakan orang. Kalau mangsa tu tak ampunkan dosa kau..makanlah daging2 busuk kat akhirat sok..ko carilah orang tu balik nak minta mahap. Makanya, jangan biarkan hidup anda diselubungi title barua.



Antara stress untuk tahun ini

1 Feb

Cak! Hai rindunya nak online, nak ber-FB, ber-ym, ber-forum, ber-blogwalking. Tapi apakan daya cuti2 ni pun masa tak mengizinkan..sob sob.

Bukan apa sekarang ni kalau ada jer masa, adik i akan drag i suruh tolong pasal preparation kahwin dia. Tinggal berapa bulan jer lagi ni. Yang paling i concern adalah pasal body dia. Bilalah mahu dikecikkan sikit..hik hik

Dia tahu enjoy jer..ekekeke..yerlah bakal pengantin mana boleh stress2. Biar orang yang tolong handle jer stress. Boleh gitu?

And yang paling bz dah tentulah both of my parents. Apepun, semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Same goes to you guys..semoga apa yang telah dirancangkan untuk tahun ni dipermudahkanNya..amin :)



Sesekali nak kata kubahagia..boleh?

31 Jan

Morning! Kerja ke? Hehe..jangan marah haa! Aishhh bestnya pepagi bangun dah tertenggek kat tepi kolam. Tapi jap2..kolam tak best lagi..yang lagi best adalah bersantai kat laut.

Macam ni!

Nak2 pulak dengan family terchenta.

From A Famosa Resort, Melaka with lep :)


Bawa bertenang, pada yang kena kerja pada hari2 yang ramai orang dah mula cuti..jangan tension jangan stress. Sesungguhnya pahala korang bekerja mencari rezeki itu adalah lebih mulia dari kami yang pergi enjoy bercuti.



Rita Rudaini dan mertua dah berbaik

30 Jan

Hai, nak keluar kemana tu? Jap jap..nak dengar cerita bahagia pasal artis Rita Rudaini tak? Meh meh…ni pasal berita petikan daripada mStar online pagi tadi yang Rita dan mertua dah berbaik..alhamdulillah :)

Semuanya bertitik tolak dari usaha Aidil Zafuan yang telah membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad dan Abdul Radzak Salleh, untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan Prince Court akibat demam panas.

“Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.

“Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata.

Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini.”

Aishhh..touching betul pulak rasa. Syukurlah sengketa 3 tahun tu dah berlalu. Harap dengan kelahiran bakal anak kedua diorang ni akan memberi lebih kebahagiaan kepada mereka. Pasnih nak tunggu Rita dengan biras dia..Ayu Raudhah pulak laga pipi.



Paperworks? Sorry, ai dah cuti panjang :P

28 Jan

Hai haii haiii! Harini hatiku banyak gumbira *_* kerana harini adalah hari last day working. Sebab the whole next week diriku bercuti..trang trangg tranggg!

Planning nak kesana sini tu adalah tapi depends on baba. Kalau he’s available then sukanya hatiku tapi kalau tak..it’s ok i boleh wrestling with the boys! As long as dapat off-hand from paperworks.

So, kepada yang dah planning nak cuti2 malaysia/obersea tu..enjoy your vacation. Jangan notty2 ok..kotlah kita terlaga bahu saylah hii..hiks!

And also kalau ada masa i akan update this blog as usual. Ehh! i dah rasa macam nak aktif balik twitter tau..so pada yang ada twitter jugak..jom jom jom kita chit chat together-gether! My id –> rillys..and kalau sudi leave your id kat comment box so i can follow u! Daaaaaaaaaaaaa :)



Empatploh kali baca pun tak ngape

27 Jan

Masa kekecik dulu i suka sangat baca komik. Budak kecik mana tak sukakan? Kalau buku ilmiah tu, baper minit jer bertahan pastu mulalah tetiba jadi buta huruf sementara dan terus terlena dibuai mimpi. Tapi komik kaluuu! Empatploh kali dah khatam ponnn tatap syok mahu baca.

Same goes to abang dan hero kecik. Sukerrr sangat baca komik. Bukan kat buku punya, tapi kat online. Lagi2 yang ada voice over. Kira diorang takyah tenyeh2 mata nak baca wording yang halus mulus tu. Tapi kena set timinglah jangan lelama sangat. Not good untuk mata.

Diorang punya pc kan kat hall. So certain times i boleh dengar jugaklah apa kejadahnya kartun2 tu cakapkan. Kekadang i pun tergelak sekali dengar, dah kata komikkan. Haruslah kelakar!

PC ada satu jer kat hall bawah ni. Abang dan adik pun take turnlah nak baca komik pilihan hati memasing. Yang tak tahannya abanglah, suruh i belikan dia iPad…wallahhh! I sanggup turun naik temankan dia guna pc kat bilik atas jer u.

Tapi yang bagusnya i nampak kat sini, penggunaan bahasa inggeris both of them adalah sesangat memberangsangkan. Komik tu in english, option untuk other language pun ada. Tapi malay jer takde..sedih betul.

Dan yang tak bagusnya, i nak ajak belajar ngaji pun susah. Yang sorang tu ketayap dah ada kat kepala, tapi dok tang tu jugak. Yang adik tu tak habis2 dengan one more minute mama! one more minute please! Haa kalau dah gitu i keluarkan rotan jer..zasss kat dinding sikit..berdesuppp gi masuk bilik ngaji!

Diorang ni dengan baba jer takut. Tapi tu lah, baba selalunya around 10pm++ camtu baru sampai rumah. Tu sebabnya dari balik kerja i dah start jadi hulk sampailah baba balik baru jadi normal balik. Boleh?



Page 53 of 122« First...102030...5152535455...607080...Last »