Baju bidan terjun

19 May

Kisah kat kampung baba lagi ni. Kali ni pasal wedding pulak. Tu pun wedding terkejut, i taktahu pun ada..tetiba jer MIL ajak. Aiyokkk dahlah dalam beg baju bawak jeans ngan slack saja.

Luckily MIL agak sama saiz denganku. Makanya, mak..pinjam baju yer.

Wedding ni kat kampung sebelah jer. Boleh tahan grand tau wedding kat kampung sekarang ni. Don’t play-play.

Ayu dan Sara, rindu bah sama kamu berdua.

Hihihi see seb baik muat baju MIL. Pilih punya pilih, pink jugak yang jadi pujaan hatiku. Tak sempat tengok pun pengantin berarak. Panas menyusuk kalbu sungguh. Rasa nak terjun parit depan rumah.

Apepun tahniah pada pasangan pengantin…

 

Wheelchair dalam kenangan

18 May

Sayu pulak hati tengok wheelchair yang ada kat kampung baba haritu.

Wheelchair ni lah. Actually atok baba ada kat rumah kampung baba masa kitorang balik haritu. Kisahnya, wheelchair ni atok i yang punya. Tapi dah lebih 6 bulan meninggal dunia, so wheelchair ni takde siapa pakai.

Atok baba jatuh haritu, sekarang takleh nak jalan. Abah i suruh ambik jer wheelchair ni bagi atok baba pakai. Tu yang touching masa i balik kampung baba nampak pulak wheelchair arwah ni.

Wheelchair ni sumbangan dari Ketua Menteri Melaka, masa tu under Datuk Seri Ali Rustam. Lama gak wheelchair ni. Memula arwah nenek yang guna, lepas meninggal..arwah atok pulak pakai. Alhamdulillah boleh lagi digunakan untuk orang lain.

Semoga arwah atuk dan nenek aman disana. Al-fatihah.

 

Saya yang bambam

18 May

Pasal baby lagi. Kali ni yang bambam versi 4 bulan lebih.

Syyyy, dia tengah titun. Kita tunggu dia bangun.

Yeah! Dia sudah bangun, ini dia baby ariq. Anak bongsu to adik baba yang dok Sabah tu. Tengok muka dia penuh jer..huhuhu..leher pun tak nampak dah.

Mahu rasa ini penumbuk tak? Hihihihi…

Or mahu kena try dengan ini kaki?

Ariq ni baru 4 bulan tapi semangatnya mak aii. Abang teringin sangat nak pangku dia, see macam mahu terlentang ke belakang sudah..hihihi

Yang ni muka kau dipaksa aku terpaksa. Tu pun dia suh pangku gitu jer. Pastu jerit baby ni berat! mama angkat dia, angkat angkat!

Akhirnya lepas berposak-posak, dapat jugak captured pic bertiga gini. Ohh sangatlah teringin nak melengkapkan quota 3 camni. Amin.

 

Andai dapat bersantai

16 May

Esok cuti. Even sehari jer pun, tatap feeling bestnya tu..wuuu hanya Tuhan yang tahu. Teringat masa mandi manda kat Teluk Batik haritu. Bestnya kalau dapat bercanda ditepi pantai tika dan saat ini.

Tengah2 berkepak kepuk mandi laut, tetiba jadi sopan gitu si abang ni.

Yang ni, forever horeyyy horeyyy bersuka suki!

Dah settle, penat dan kelaparan. Tapi tatap merenung kearah laut, macam nak terjun balik jer.

 

 

Buat mama rasa bertambah sayang

16 May

Penat. Tired. Letih. Exhausted.

Yer itulah yang sedang kurasakan sekarang. In fact, bukan i sorang jer. Tapi including baba and also dua budak kecik bertuah itu. Semuanya kerana sesi cat mengecat dirumah baru adikku yang bakal berumahtangga in just few more weeks.

Memandangkan terlalu kepenatan, malaslah pulak rasanya nak upload pics disepanjang sesi itu. Esok2 lah, perhaps. So harini i tepek pics lama yang agak2 related jerlah yer.

Sungguh tak kusangka, bila adikku nak kahwin..beli rumah baru, anak-anakku yang akan tolong cat rumah dia. Nak nangis rasanya mama. Seronok.

Kejap2 mintak rehat, kejap2 mintak air, kejap2 mintak makan. Takpe mama tak kisah. Mama layankan jer. Mama terharu sebenarnya.

Kitorang mengecat 2 hari, sabtu ngan ahad lepas. Tu pun tak siap lagi, harini lepas balik kerja we all akan shoot off to Seremban again. Sambung balik ngecat. Luckily esok cuti.

Semalam balik rumah, tengah malam baru sampai. Sian penat betul diorang. Nak naik bilik atas pun tak larat. Baring jap kat tangga.

2 days hand-off dari pc, balik rumah dapat peluk kejap pun jadilah. Haiii..abang abang!

This morning, before diorang nak gi sekolah..i pesan yang petang ni kita akan gi sambung painting lagi. Terussss mereka horeyyy! Ohh masih semangat lagi yer. So, on your mark..get set….!

Go!!!

Tetiba tak sabar pulak nak upload pics diorang mengecat last weekend. Apepun mama really proud of you guys. Cinta hati mama selamanya.

 

 

 

 

 

psstt, nak join i buat survey pastu dapat duit tak? jomlah..senang jer. klik sini yer –> my.ipanelonline

Ayu raudhah dan Zaquan Adha selepas berkahwin

14 May

First time i nampak pics artis Ayu Raudhah ngan husband dia Zaquan Adha lepas diorang kahwin.

Nampak so loving u. Of the courselah kan.

Cuma tak pasti dah ada isikah si ayu raudhah ni..biras dia rita rudaini dah selamat deliver anak kedua bebaru ni.

Jom kita doakan untuk rezeki mereka berdua pulak. Amin…

Dah kahwin rambut karat habis u…hiks!


Page 36 of 122« First...102030...3435363738...506070...Last »