Archive | Weekend RSS feed for this section

Cuaca tak menentu, guano nak picnic

15 Nov

Rindunya nak gi picnic.

Nak layan baliklah sikit candid pics masa gi picnic lepas raya haritu.

Dua budak kecik yang susah nak suruh makan

Dah kena marah, baru nak…baik bos!

Saja nak kenakan mama eh. Makin nak disuap, makin jauh dia duduk. Seb baik tak tertonggeng maknya. Anak hai anak…

Bila nak gi picnic lagi? Tapi dalam keadaan cuaca tak menentu sekarang ni better takyah dulu kot. Jap gi baru nak bentang tikar dah hujan, dah petir…picnic depan TV kat rumah jerlah jawabnya.

Bebudak yang dah bebas!

14 Oct

Harini diorang merdeka! Final exam is over. Cewahhh eksaited macam baru habis UPSR. Mama pun relaks sikit, kalau tak macam singa buat revision ngan diorang..haha. Tau2 jerlah anak lelakikan. Pitching kita memang selalu nak kena high.

Weekend ni boleh hoyeahh hoyeahh yer dak? Enjoy your weekend!

Takyah warm up, memang dah peluh

24 May

Hari biasa susah betul nak sampai rumah before matahari terbenam. Sian bebudak, hari2 ajak gi park tapi tak dan. Oleh itu, asal weekend jer kalau takde apa2 event, mesti pergi Bukit Jalil Park. Ater tu jer yang paling dekat ngan rumah.

Tak kisah tahap kepanasan camne pun, mereka sanggup hadapi.

Apaknya usha dari jauh jerlah. Kekonon nak warm up, haa betullah tu..panaskan badan yang dah memang hangat dengan cuaca. Peluh toksah cakaplah.

Diorang ni suka main benda tak ikut saluran betul. Orang naik ikut tanggalah dik, bukan menyongsang gini.

Ni lagi sorang, dia tak bagi orang lain naik. Nak buat eksperimen balancing kononnya.

Taktahulah bila nak penatnya. Tak nampak pun ciri2 kepenatan tu.

Bila ajak balik, macam biasalah. Tersengih sana tersengih sana, liuk lentok bagai. Tapi bila cakap nak McDonald Happy Meal tak? Kali ni dapat toy spongebob! Zassss terussss!

 

 

Suka jer last minute plan pun

10 May

Plan lain, lain jadinya. Masa weekend panjang sikit labour day haritu, kitorang plan nak ikut mak abah balik kampung. Ada kenduri arwah pastu malam minggunya ada bbq.

Tapi elok jer nak balik kerja petang tu, mak mertua call..katanya adik baba yang stay kat Sabah tu dah ada kat kg. Dengan anak bini dia sekali. Uishhh orang jauh bah datang tu, haruslah zasss terpaksa cancel ikut mak abah i balik melaka. Ke Perak kita yob!

Tak kisahlah janji dapat keluar dari town.

Happy tak tentu pasal. Dah panjang sikit rambut si abang. Baba tak kasi cut dulu pulak. Mama tengok pun dah naik rimas. Ada yang haku buat-buat tertobek ni kang.

Mereka sangat behave sepanjang perjalanan. Good boys!

Haa adik baba yang lelaki pakai baju biru tu. Wife dia yang pakai shirt merah tu. Nanti2 i story lagi apa aktiviti kitorang kat sana. Tiga hari bersendaloka bersama mereka, melekat sudah pelat sabah si abang ngan hero kecik. Aiyok!

 

Jangan pegang gelas besau tu

29 Apr

Jejalan dalam mall kalau tak touch benda-benda display memang tak sah.

Mama, tengok candle ni..tengok holder dia ni, blablabla.

Eh comel kecik jer cawan dia ni kan mama.

Banyak pulak celoteh budak kecik ni. Adik nak tengok gelas besau tak?

Haa tu dia! Tengok gelas besau yang maksu shirah dok gayat tu..ekekeke..tu nak buh adik dalam tu pun muat. Tapi yang ni jangan cari pasal nak pegang tak tentu hala. Kot jatuh kang, pecah! Dimanakan ku cari ganti nak oii…

 

 

Berdas-das cubitan yang singgah

8 Apr

Nak sambung sikit kisah lepas balik dari Jakel haritu. Kitorang singgah rumah sepupu abah, kat area situ jugak. Melawat dia yang baru sembuh sakit strok.

Kemain melasak tak hengat bebudak ni. Tak terkira banyaknya cubitan kat badan diorang. Tu pun tatap tak menginsafkan. Ishk ishk…

Pakcik pakai kain pelikat tu lah sepupu abah. Baru jer baik dari strok. Masa kat spital haritu mak abah ada gi visit. Pastu dengar dia dah sembuh.. alhamdulillah.

Cucu pakcik tu baru lepas habis pantang. Aloloolooo..geram jer tengok budak cenonet ni. Cer cakap budak cenonet mana yang tak comel?

I takleh dok dalam rumah, kena monitor budak berdua ni. Rumah pakcik ni bebetul tepi jalan besar. Sekali lori besar honn!! Luruh jantunggg!!

Sian tokey beli kain, ngantuk.

Enjoy your weekend!

 

Page 1 of 1612345...10...Last »