Archive | Raya RSS feed for this section

Segerombolan berpicnic

18 Oct

Hello semua! Kami on the way nak gi picnic ni…

Tadaaa! Dah sampai…

Picnic ni masa dalam bulan raya haritu kat PD. Semua adik beradik abah join.

Ada sesi bakar membakar sampai rentung..haha

The boys apelagi, nampak kawasan luas terus main bola. Selamat gaklah 2 bijik bola masuk kat laut tu, hihi..pastu nampak terapung2 ditengah lautan. Dan termenunglah kejap mereka ditepian pantai.

Foods yang super banyak, alhamdulillah..

Ikan bakar cecah ngan air asam..slurppp!

Taktahu mana the kids pergi. Shirah jaga diorang..

Sambil tu ada sambutan besday. Kali ni for may-september babies..

Abah, orang kuat acara..tenkiu abah sebab rajin plan gath camni.

Dari pukul 10am we were here. Dalam pukul 5pm camtu baru start packing nak balik, tu pun dok melepak lagi. Sambung chit chat..sambil tu abah hulurkan form kat sesiapa anak buah yang nak beli saham Felda, terbuka untuk generasi ketiga. Arwah atok memang peneroka asal, generasi pertama..abah dan siblings generasi kedua, and kitorang cousins semua generasi ketiga. Yeah, mari melabur! Dividen 15% u…

Mak takleh sebab bukan anak Felda, kehkeh..menantu2 pun takleh.

Sekian dari kami yang dah penat tapi hepi, zzZZzzzZZZ…!

Takpe, yang penting sihat!

13 Oct

Belek punya belek kat dalam draft, jumpa entry pic posing mosing my family masa beraya kat Kelab Darul Ehsan haritu.

Mak dan abah yang forever sporting kalau bab2 posing ni. Lep u both!

SIL, shirah, adik n me. Masa amik pic ni gelak sakan kitorang sebab adik n my SIL berlari gi belakang ai ngan shirah. Nak nyorok badan katanya. Alaa hilanglah shomel camtukan? So i paksa amik pic lagi sekali, but this time diorang kena kat depan..hehe

Haa baru gagah perkasa gitukan. Tak kisahlah badan camne, yang penting sihat!

And yang ni of koslah yang paling aii lep very very much!

Shomel jer hero kecik nak peluk abang tapi tak sampai..hihi. Abang ni lately kuat betul makan, sehari boleh 4 kali makan nasi. Tengahari, petang, lepas maghrib n before sleep. Setiap kali makan tu mesti 2 kali tambah! Tapi tak gemuk2 jugak. Meninggi jer ada kot, baru 6 years old dah paras bahu mama. Kemetotlah mama sok abang masuk secondary school nanti. Tak kisahlah yang penting semuanya sihat..

Kalau nak nyaman, sila berumah ditepi air terjun

11 Oct

Syok betul kalau rumah dekat ngan air terjun ni. Pakcik baba ada buat makan2 haritu. Rumah dia betul2 dekat ngan Bukit Belacan. Sejuk nyaman dan tenang betul rasa.  

Bila cakap kat the kids tak jauh dari situ ada tempat mandi manda, terus terpacul muka berangan memasing. Macamlah lepas tu nak pergikan..huhuhu. Ada tempat lain nak pergilah lepas tu, next time kita datang terus pakai baju mandi hokay..pastu kita jalan kaki berdedai2 gi situ, hihihi.

Mak pun ikut sekali. Saja nak bagi lebih mesra dengan makcik pakcik sebelah baba. Asyik visit sedara sendiri jer, hehe..kena kasi fair n square gitu.

Budak yg berebut makan kek cekelat ngan mama dia. Grrrr!

Yang baju putih tu pakcik baba. Adik pada bapa mertuaku. Yang baju hitam tu wife dia. Both sangat frenly. Yang anak dara 2 belakang tu, anak2 dia. Pun frenly jugak!

Shirah pinjam my baju. Eh! Muatlah katanya, hahaha..bagus itu tandanya badan kau telah mengembang sama denganku. Suka suka! Sekarang ni berat shirah beza dua kilo jer. I’m 48kg, she’s 46kg. Lalaalaaa…

My berat yg ideal is 45kg, 3kg more to go. Tapi sekarang tak berapa eksaited nak aim ke arah situ sebab sedang berusaha ke arah lain..iaitu pregnant! Tapi sekarang belum ada rezeki lagi, kalau ada rezeki insyaAllah…bolehlah kembangkan badan secara ikhlas hati.

Baby mix melayu-korean..cute!

7 Oct

Shomel tak saya? Saya ni anak kacukan melayu-korean. Mama saya melayu, papa saya korean. Nama saya Nor Azirah dan nama korea saya Chun Yun.

Last weekend kitorang gi kenduri rumah baru sepupu mak. Yang baju purple ni lah mama baby shomel tadi tu. Kak ani ni kahwin ngan korean.

Haa ni lah husband kak ani, papa to Azirah a.k.a Chun Yun..

Diorang baru pindah rumah. Kat area Melaka. Pic atas ni rumah sebelah diorang, disebabkan harga rumah murah kat Melaka diorang beli sekali dengan yg sebelah ni. Sebijik banglo tak sampai rm300k harganya, phewww!

Yang ni mak dengan mak sedara dia. Mak kepada kak Ani tadi..

Dedua nak amik aura..hihi..kemain kuat melopong budak tecik ni. Abang pada kak ani ni pun kahwin campur. Wife dia orang China. Haa nanti dah ada baby kita terjah! Kompem sepet2 mata mereka..cute!

Berlumba-lumba katanya

6 Oct

Sian si abang, dah kebosanan masa jejalan kat umah orang..mainan budak umur setahun pun jadilah dia buat main.

Hero kecik takpe lagi, layan jer berceloteh jadilah..

Hello semua, nama saya icha..dia ni anak tuan umah.

Mom and sis, orang pompuan..kalau gi umah orang kompem berkampung kat dapurkan. Best apa amik aura makanan tu yg menjadi2 bina badan.

Budak ni jer tak kembang2..

Kisahnya kitorang beraya kat umah sepupu (yang baju hitam tu..nana namanya). Husband dia yg baju hijau tu. Nana ni anak kepada adik abah (yang baju oren tu..ai panggil pakteh). Besau umah dia, sekarang nana tgh pregnant 2nd baby..semoga semuanya dipermudahkan yer!

Ayat mak yang paling power pada haritu ialah ‘…mak2 orang lain semua berlumba tambah cucu, korang bila lagi nak tambahkan mak cucu?’ InsyaAllahhh mak, tengah in progresslah ni..huahuahua!

Anak kawan, parents pun kawan

5 Oct

Ni lah kawan terbaik shirah..mimi namanya.

Haritu gi makan2 kat rumah dia. Rumah kitorang dekat2 jer, parents kitorang pun saling mengenali. Dia kata buat makan sampai kul 7pm, tapi kul 7.10pm kitorang sampai..huhuhu. Bukan sengaja, tapi sebab kitorang dari Banting masa tu.

Kat Kinrara ni mmg merata cendol dan rojak bergerak ni. Kat depan rumah dia pun ada? Oh diorang sewa khas rupanya untuk open house ni..hihihi..seb baik tak hulur duit masa amik.

‘Gerai’ chicken chop pun ada. Pun free jugak…

Ni mak mimi, very frenly aunty ni..masa kitorang sampai husband dia gi amik jemputan yg sesat, so tak sempat jumpa. Bapa mimi pun frenly..

Bakar nyamuk ditepi belukar..

Too many foods kat rumah dia. Lepas makan, makan lagi!

Eh sama pulak warna baju. Serious masa pakai tak perasan, ai main amik jer bagi baba pakai sebab rushing nak gi Banting masa tu. Cewah wahh wahh..kitorang tak lama kat rumah mimi ni, nak balik tu pun rushing nak ke Seremban pulak lepas maghrib..haa semput!

Page 1 of 1312345...10...Last »