Archive | Wishes RSS feed for this section
Aside

menelengkan kepala

12 Apr

Salam…:)

Jenuhlah nak tunggu air kat belakang memancut. Kekonon baru nampak cantiklah dalam pic nanti. Banyak kali baba shoot semua tak cun katanya. Nasib baik laki sendiri. So wajib patuh arahan :P …fullstop.

Mereka memang suka berpeluk.

Shirah suka ajar abang ambil pic sambil teleng kepala. Konon cutelah tu :P

Ni kisahnya lepas tengok F1 Pit Pulse haritu. Dah 9pm something masa tu.. baba ajak berpeleseran dalam mall jap. Niatnya nak ke kinokuniya tu lah (ishk 4 kali type nama bookstore ni baru betul the spelling..nak kono si kuniya ni.. hahaa)

Kesian anak2 menagih simpati sebab dahaga. Haha..kijam punya makpak laju jer jalan tak ingat tekak anak dah kering. Babanya mengejar takut si kino tu tutup..hehe..tapi we stopped kejap gaklah kat foodcourt atas tu. Beli ayor jer. Tapi hero kecik boleh minum sampai sendawa ko..hahaa

Tengok. Mesti nak teleng si shirah ni. Ehh haku pun ter jugak sikit tu. Hahaa.. jangan weih kang dah terbiasa..naik pelamin pun teleng kepala. Tapi betul ke orang kata kalau makan leher ayam nanti kat pelamin kepala teleng. Hahaa.. dan sebab itu jugaklah lepas kahwin baru diriku berani makan leher ayam. Sengal tul. Tak pasal2 ayam jadi kambing hitam :P



Aside

anakmu anakku

7 Apr

Salam :)

Apa tengok2?? Ada hutang ke??

Hahhaa..suka suki jer bagi caption camtu kat anak orang. Ampun nani :P .. entry ni related dengan kisah our gath haritu. Saja kumpul pics the kids n babies plak. If ada yang termiss baby gebu I dukung sampai lenguh n kebas tangan ni..baby amie namanya.

Ni kaklong dia..cikah. Cutekan her haircut..macam agnes monica gitu. But she’s a bit moody lah that day. Baru bangun tidur gitulah kan.

Sweet girl ni anak hawa. Dah boleh panggil kakyong. Sangat suka dengan baby2 yang ada masa gath tu..kakak yang protective ni.

Ni adik kakyong. Baby ha’im..sian dia tak sihat sikit masa tu. Tapi dia cool jer takde rimas2 ibu dia letak koolfever kat dahi tu. Good boy :)

Ni baby mikaeel. Anak apan..baru sorang jer anak dia. So tahun depan produce lagi yer bagi dia geng. Ahaks! Muka macam anak mami gitu. Encem ni dah besar nanti.

Mehh layan the babies berdialog secara internal :D

Baby haim (left) : huarghh ngantuknya

Baby amie (right) : ehh kita baru sampai janganlah tidur

Baby mikael (centre) : rilekslah geng! Cool down yer…

Baby mikaeel (centre) : haa meh pegang tangan..kita cuba berdiri sesama nak..pastu boleh main lari2!

Baby amie (right) : weihh tak larat nak bangun ni. Nak suruh ibu dietkan aku dulu

Baby haim (left) : ehh taknaklah aku nak dengar apa aunty apan ceramahkan tu


Haa mehh tengok pic bawah ni…

Punyalah khusyuk aunty apan membuka bicara. Sampai terteleng2 baby haim..kehkehhkehhh! Comel jer bila semua babies ni tak reti nak buat apa. Terlentang jer. Nak meniarap pun skill belum sharp. So malas sekejap disitu. Geram!

Tapi bila dah besar camni. Sendiri mahu ingat. So ibu2 yang baru melahirkan anak..jangan risau..dengan adanya anak2 lelaki gini. Insyaallah cepat korang maintain kan balik body macam anak dara dulu. Mana taknya hari2 dok berkejaran dengan the kids. Percayalah daku!



Aside

happy to see them :)

6 Apr

Salam :)

Aloloolooo molek sangatlah bermuncung gitukan hero kecik ni. Makin besar makin seronok dia buat mimik muka bila bergambar. Esok dah besar don’t blame mama kalau tengok your pics masa kecil tak banyak yang ala2 lelaki melayu terakhir..hihhii..

Ok kita tinggalkan story pasal Shah Rukh Khan..dah puas terbayang wajah dia..sudah2 lah tu :P

Last weekend my best buddies back at teknik ipoh had a gathering. Gath ni memang wajib for us dalam 2-3 bulan sekali. Just 5 of us :) …and this time turn kat rumah apan. Last I jumpa dia masa dalam pantang haritu. And now baby mikaeel dia dah almost 5 months kot.

Me-hawa-ayang. Korang tak janji pun dengan lily nak pakai purple!

Ambil berkat :) insyaallah honeymoon tahun ni korang kat over the sea kan..bawa balik isi yang boleh menguit dalam perut ok..tettt

My bodyguards. Don’t play-play harr!

Baba and baby amie yang super gebu..huhhuu..unstoppable punya geram kat dia ni!

Sesi mengasapkan rumah selepas makan. Wajib. Ehh YB Hazlim macam bagi speech ok..pasal pilihanraya kat Hulu Selangor ke..hehhee..

And last but not least acara wajib sebelum pulang. Happy to see you guys :)

To nani-hawa-ayang-apan…more pics kat FB lily yer. Melimpah ruah kang kalau buh semua kat blog. Hehhee..

Ehh ternampak kelibat shah rukh khan lah kat lobby ofis tadi. Wahh..parah2.. bilalah kau nak lenyap dari pandanganku. Terlebih sudah ni!



Aside

abang hay…shah rukh khan hay!

5 Apr

Salam :)

Hari sabtu merewang ke klcc. Tujuannya nanti2 lah I story. Banyak sangat tujuannya. Hihhii…ni ada story yang lagi meletops! Nampak tak manusia hensem kat kaunter tu?

Ishk tak nampak ekk. I zoom lagi ekk..and tempat kejadian adalah di kinokuniya klcc.

It’s shah rukh khan in the house! Haaaa! I was there masa dia tengah nak buat payment. Dug dag dig semua bunyilah keluar dari jantung ni..kehkehkeh

Dia sangat hensem ok. Dengan lesung pipit yang mahal tu dan hidung yang tinggi menggunung tu..adoiii terus lupa mana laki dengan anak2 :P

Masa tu orang lain tak berapa perasan sangat. Lagipun dah pukul 9.45pm camtu so orang dah banyak takde. Bodyguard yang botak dan tinggi itu asyik menjeling bila orang2 mengambil pic. Huhuhuu..

Selagi shah rukh khan disitu selagi tu haku dok hadap dia. Hahaa..gila tul lah..sampai the heroes dok tunjuk macam2 kat I apa yang diorang nak I just cakap ok2 yerlah amiklah. Sengal betul pastu baba yang nak pengsan bila membayor. Haiii kalau shah rukh khan senyum dan tegur I memang kompem pengsan tang tu jugak! Nehii nehiiii!



Aside

ofis dihujung minggu

2 Apr

Salam :)

Memandangkan kenduri kawen yang I pergi tu dekat dengan my office. Area Bangsar jugak..so berumahtanggalah kejap kat ofis. Tujuan sebenarnya nak salin pakaian jer..takkan nak berbaju kurung ke klcc..masuk petrosains plak tu. Hihhii..susahlah nak kejar the heroes nantikan.

Despite tu dapatlah meng-aircondkan diri kat dalam my room. Panas membahang betul kat luar masa tu. Aircond kereta tak berapa dirasai.

Hai bos kecik :)

Hai bos sederhana besar :)

Ehh bos makan lollipop lah! Sabar jerlah…

Baba yang pening layan dua budak kecik itu. I pergi salin baju kat toilet. Takkan nak salin dalam my room jugak..hahhaa..cctv ohh cctv..jangan cari pasal ekk.

Asal bawa pergi ofis mesti abang cakap..next time mama gi work bolehlah bawa abang..ada space untuk abang main toy..buka laptop..or nak tidur ke..just nice. Banyak kau punya nice..ingat ini ofis apak kau yang punya?! Kehkehkeh…!

Cak! Ok dah siap…have a pleasant weekend all :)



NOTE : Salam takziah untuk keluarga arwah din beramboi. Sedihnya dia pergi secara mengejut camni. Dah tiba ajalnya kan. Semoga arwah tenang disana. Al-fatihah…teringat kata2 arwah kepada Alex dalam program Raja Lawak lepas..‘kalau aku dah takde kat era tahun depan kau gantilah tempat aku’…:(



Aside

mari menSAINSkan diri part 2

31 Mar

Salam :)

Kepenatan u berjalan2 dalam petrosains tu. But not the heroes. They’re just so full of energy..all way long dalam tu. Tapi dok sorang2 kepenatan tak best gak. Yerlah sorang kesinun sorang kesinin..hehee. kalau ada baby dalam stroller boleh gak main cak2..ahaii

Ok I continue balik our tour dalam tu yer. Ada jugak pameran kisah zaman dulu. Pakcik dinosaur ni yang sambut kat entrance..hihii

Sangat smelly bau zaman dulu. Macam bau dinosaur punya shit pun ada. Ehh macam pernah ciumkan..hahaa..tapi sejenis bau yang tak sedap untuk dihidulah kiranya. Orang zaman dulu boleh jer survivekan. Hebatlah mereka.

Kasi spin the tyre! Ok boleh jadi crew kat track. Hiksss…

Nampak racing car ni dan2 abang nak jadi racer..boleh? Nampak platform ala2 kat tempat carigali petroleum nak jadi engineer..nampak pameran pasal angkasa nak jadi angkasawan. Rambang kerjaya betul. Hihhii…mama aminkan jer.

Sesi menepis bola di pintu gol secara digital. Fun!

They play around with the giant crayon. Ehh ada jual ke? Macam best tau.. bukan macam lagi tapi memang best pun!

The giant piano

Cermin mengejek. Hihhii..ngeri tgk body sendiri.

And last but not least. At the exit tu ada disediakan kiosk untuk kita capture pic n printout terus. Self service punya. And keluarlah wajah kita kat postcard petrosains tu. Pastu boleh balik :P

Sekian laporan dari petrosains. Tetiba rasa nak amik balik paper fizik n kimia spm. Har harr harrr!



Page 30 of 47« First...510...2829303132...3540...Last »