Archive | Visit RSS feed for this section
Aside

Kenduri yang touching sikit

3 Nov

Rasanya majoriti jemaah haji Malaysia dah selamat sampai kat Mekah. Syukur, semoga semuanya berjalan lancar. Mak sedara ai pun pergi jugak, one week before depart kitorang balik kampung…ada kenduri.

Shirahlah ni tak habis2 ajak camwhore…haha

Kitorang pergi pagi hari nak kenduri tu, sebab laki memasing bz dengan kojo. Mak abah dah few days memang kat kampung. Rindu betul baper hari tak dengar mak abah gaduh2 manja…hihi.

Comel jer pakcik baju hitam tu sengih kat kamera

Sampai jer kat kampung tak sempat nak capture pic dulu, tolong apa yang patut kat dapur. Bila orang masjid dah sampai baru dapat relaks sikit. Dan bolehlah bersesi klik sana sini.

Makan time

Terima kasih pada mereka2 yang sudi hadir. Semoga sesama kita mendapat keberkatan dariNya…amin. Syahdu jugak time kenduri ni, sebab sebelum balik tu diorang salam2 peluk2 dengan mak sedara yang nak pergi tu. Tapi tak sempat snaplah sebab ai pun dok touching sama. Yerlah kot panjang umur dapatlah jumpa lagikan.

Kalau sebaliknya?

Mereka yg sangat behave, good boys

Kakak abah yg sulung

Abah (kemeja hijau) dan adik dia, pakteh (kemeja oren)

Mak dan makteh yg sesama oren

3 jejaka VS 1 dara pingitan

Good babai kampung

Dah habis kenduri tu, kitorang balik dulu. Mahu pigi bandar Melaka ronda2. Mak abah besok pagi tu baru balik. One week lepas tu kitorang berkampung pulak kat Tabung Haji. Yang tu lain hari ai story yer. 

Aside

Murah rezeki pergi haji ditaja

20 Oct

Nak ikut adik ngan mama gi jalan lagi tak? Jom jom jom!

Jalan-jalan bukan gi shopping mall yer.

Tapi pergi kenduri pakcik sedara yang nak pergi haji.

Pakcik yang baju biru gelap tu lah yang nak pergi haji. Sepupu abah, ai panggil pakcik hassan. Murah rezeki pakcik hassan ni, masuk ni dah 3 kali dia naik haji. Tapi semuanya percuma, atas tajaan JAIS. Pakcik ni imam kat Masjid Jamek Lama, Serdang. Rumah dia kat kawasan dalam masjid tu jugak. Berkat betul rasa hidupkan..

Haa ni cucu bambam pakcik hassan..

Close up sikit! Grrrrr!

Dah petang sikit ai ajak hero kecik gi goda baba, nak ajak gi Midvalley tengok pameran fotografi. Nak gi tengok pameran jer, janji tak shopping mopping..ngeh ngeh.

Pameran fotografi punya story lain hari kay!

Apepun, semoga pakcik hassan dipermudahkan urusannya..amin

Aside

Kalau nak nyaman, sila berumah ditepi air terjun

11 Oct

Syok betul kalau rumah dekat ngan air terjun ni. Pakcik baba ada buat makan2 haritu. Rumah dia betul2 dekat ngan Bukit Belacan. Sejuk nyaman dan tenang betul rasa.  

Bila cakap kat the kids tak jauh dari situ ada tempat mandi manda, terus terpacul muka berangan memasing. Macamlah lepas tu nak pergikan..huhuhu. Ada tempat lain nak pergilah lepas tu, next time kita datang terus pakai baju mandi hokay..pastu kita jalan kaki berdedai2 gi situ, hihihi.

Mak pun ikut sekali. Saja nak bagi lebih mesra dengan makcik pakcik sebelah baba. Asyik visit sedara sendiri jer, hehe..kena kasi fair n square gitu.

Budak yg berebut makan kek cekelat ngan mama dia. Grrrr!

Yang baju putih tu pakcik baba. Adik pada bapa mertuaku. Yang baju hitam tu wife dia. Both sangat frenly. Yang anak dara 2 belakang tu, anak2 dia. Pun frenly jugak!

Shirah pinjam my baju. Eh! Muatlah katanya, hahaha..bagus itu tandanya badan kau telah mengembang sama denganku. Suka suka! Sekarang ni berat shirah beza dua kilo jer. I’m 48kg, she’s 46kg. Lalaalaaa…

My berat yg ideal is 45kg, 3kg more to go. Tapi sekarang tak berapa eksaited nak aim ke arah situ sebab sedang berusaha ke arah lain..iaitu pregnant! Tapi sekarang belum ada rezeki lagi, kalau ada rezeki insyaAllah…bolehlah kembangkan badan secara ikhlas hati.

Aside

Berlumba-lumba katanya

6 Oct

Sian si abang, dah kebosanan masa jejalan kat umah orang..mainan budak umur setahun pun jadilah dia buat main.

Hero kecik takpe lagi, layan jer berceloteh jadilah..

Hello semua, nama saya icha..dia ni anak tuan umah.

Mom and sis, orang pompuan..kalau gi umah orang kompem berkampung kat dapurkan. Best apa amik aura makanan tu yg menjadi2 bina badan.

Budak ni jer tak kembang2..

Kisahnya kitorang beraya kat umah sepupu (yang baju hitam tu..nana namanya). Husband dia yg baju hijau tu. Nana ni anak kepada adik abah (yang baju oren tu..ai panggil pakteh). Besau umah dia, sekarang nana tgh pregnant 2nd baby..semoga semuanya dipermudahkan yer!

Ayat mak yang paling power pada haritu ialah ‘…mak2 orang lain semua berlumba tambah cucu, korang bila lagi nak tambahkan mak cucu?’ InsyaAllahhh mak, tengah in progresslah ni..huahuahua!

Aside

Keranamu FB, kami dapat berjejak kasih ngan jiran lama

4 Oct

Bebaru ni mak dapat jumpa balik jiran lama kitorang masa tinggal kat Bangsar dulu. Ai panggil dia makcik ani. Rumah selang 3 buah jer dari rumah kitorang. Lama gak berjiran, since i was in standard 1 till form 2 gitulah.

Thank you to FB sebab jumpakan balik ai dengan anak makcik ani ni. Ni masa kitorang gi open house rumah anak dialah. Kebetulan makcik ani tu ada, wahh berjejak kasihlah apelagi.

Selingan kejap, lepas jer bagi diorang makan..terus lesap masuk bilik.

Tapi makcik ani ngan kak mas tak ingat langsung pasal shirah. Yerlah rupanya masa shirah lahir kitorang dah move out from Bangsar daa..

Tak sangka dapat jumpa balik, berbunga2 hati bila teringat kenangan manis masa berjiran dulu. Memang takde langsung kenangan pahit. Yang bertudung hijau tu kak mas..anak makcik ani yg ai jumpa kat FB, again..thanks to FB kerna menemukan kami semula!

Aside

Takut tak bertempat di Tanjung Keling

3 Oct

Gaya hero kecik yg kuat ajak berjalan, macam mama dia..eh eh!

Bestkan round2 kat kawasan kampung? Sambil tu boleh kejar ayam, itik, kambing..silap2 kita yg  kena kejar balik ngan ibu ayam yg mengamuk ke, lembu yg mengganas ke..huhuhu

Masa ni kitorang gi visit mak sedara mak. Kecik molek jer orangnya..

Tempat ni kat Tanjung Keling, Melaka. Dulu kekecik kalau kata nak ke sini, takut jer sebab ingat ke banyak keling!

Yang ni sepupu mak, ai panggil makcik esah. Makcik ni anak nenek tadi tu. Suka layan makcik esah ni, sebab dia kalau dah start sembang..sampai ke sudah susah nak berhenti, hihihi..seronokkan layan orang banyak cerita ni.

Family portrait…lagi.

Abang nanges nak ajak balik, dia sudah kangen sama computer game. Tapi bila ai suruh dia baca signboard nama tempat ni Tanjung Keling, terus dia diam seketika. Pandai pun paham, takyah sesusah nak explain..hihi

Page 2 of 2112345...1015...Last »