Archive | Visit RSS feed for this section

Ada sesapa jumpa mood kerja saya?

30 Jan

I’m back at work. Tapi dengan mood yang masih ting tong, hiks. Teringat2 kisah holiday yang rasanya macam sentiasa tak puaslah senang cerita. Apepun tetap bersyukur sebab diberi kesempatan spent time with bff and family sepanjang off 1 week haritu.

ladang teh boh cameron highlands

Breakfast kat Ladang Teh Boh, Cameron Highlands

Lagi2 kalau telek balik pics masa gi Cameron haritu, lagiii kedaung mood. Fuh fuhh takleh jadi ni ai better stop here, esok2 lah ai start story pasal the holiday eh. Jaga diri, tata…

Keranamu kamera, kudapat jejak kembali ke sini

4 Jan

Masa pergi pameran fotografi november tahun lepas, my sis bought olympus camera. Pastu dengan seronoksnya dia gi lah kedai nak pasang screen protecter. Sekali tu, apek kedai tu punya kuku subhanallah panjangnya. Masa pasang tu kuku panjang melantun tu dah merosakkan LCD kamera my sis haaaa. Habis tompok2 hitam jadinya LCD tu. Even tak effect kat gambar, tatap terguris jugak hati…hihihi.

olmpus service centre reception counter

Olympus Malaysia Service Centre

Luckily ada warranty 1+1 year. Kalau tak, memang kena bakor kedai apek tu kalau dia takmo ganti…ngeh ngeh. Menononglah pergi service centre, dahlah bukak hari kerja jer. Kenalah amik half day.

kompleks 1 mont kiara landmarkService Centre Olympus ni located kat Kompleks 1 Mont Kiara

Masa dapat tahu service centre olympus ni kat kompleks 1 mont kiara, ai dok fikir haaaa ler katne tu? Macam tak pernah dengar jer haha. Rupanya new building kat depan Plaza Mont Kiara. Waaaa kenangan terindah kat situ!

Kenangan manis di Plaza Mont Kiara tatap dihati

Dulu, ai practical kat sinilah. Pastu after graduate, terus kerja permanently kat the same company. Banyak betul kenangan kat sini. Yerlah masa tu baru nak berjinak2 dalam bidang kerjaya. Dalam tahun 2003-2004 camtulah kot. Kenangan2…

Pakcik botak huluq kamera

Ok2 dah habis pasal Plaza Mont Kiara. Kita masuk balik service centre. Cantik deco dalam tempat ni. New office katakan, cat pun bau baru lagi…hehe

Orang lain dok kaunter, orang lain kena isikan form?


My sis and husband pun ada tapi diorang merewang kat shopping mall bawah tu. Dah kata Mont Kiara, gilo babas mahal barang2 yang dijual…sekian.

My pink day!

After 1 hour dah siap the camera. Punyalah dah lama rupanya ai tak lalu area sini, sampai tak perasan dah naik Kompleks 1 Mont Kiara ni. Dulu tanah kosong jer. Bila dah tengok building tempat kerja lama, teringin nak merisik khabar bos2 lama. Bos2 yang banyak bagi ilmu kat insan ini yang fresh grad masa tu. InsyaAllah, one fine day.

Hiasan dalaman rumah upin ipin

28 Dec

Haritu ai ada cakap nak tunjuk apa ada dalam rumah kat pameran upin ipin, muzium negara.

So, here it is…

bilik upin ipin

Bilik upin ipin

bilik upin ipin

Pemandangan sekitar bilik upin ipin

meja belajar upin ipin

Meja study upin ipin

toy dalam bilik upin ipin

Toys dalam bilik upin ipin

ruangtamu rumah upin ipin

Ruangtamu rumah upin ipin

bilik kak ros upin ipin

Bilik pink kaler kak rose

bilik nenek upin ipin

Bilik nenek upin ipin

dapur rumah upin ipin

Dapur rumah upin ipin

dapur rumah upin ipin

Pemandangan disekitar dapur lagi

dapur rumah upin ipin

Dan kat dapur lagi

Comel jer bebarang kat dalam rumah buatan upin ipin ni. Semuanya barang real, cuma upin ipin jer tak real hiksss!

Konon2 nak happening, last2 jadi pening

4 Nov

Kitorang ni nama jer kampung kat Melaka. Tapi kalau suh tunjuk jalan nak gi sana sini dalam Melaka tu…haram taktahu jalan. Balik dari kenduri haji mak sedara haritu, kitorang gatal2 nak gi bandar Melaka. Saja nak tengok malam minggu kat sana camnekan. Pastu abah nak lukiskanlah map, uishhh berlagak cakap takpe ada gps. Cehh takde maknanya!

Ishk ishk shirah ni tak habis2 ajak posing ;P

Memula guna gaklah papago ni haa. Tapi sudahnya kitorang pusing2 situ, pusing2 situ…hahaha. Agogo betul! Aper daa, semedang jer salah jalan. Ke kitorang tak tahu guna? Gasaklah. Terpaksalah menebalkan muka call abah tanya jalan. Wat malu den yor!

Deepavali show kat Mydin Melaka

Akhirnya sampailah jugak kat tengah bandar Melaka. Kitorang singgah Mydin kejap. Kebetulan ada show deepavali masa tu. Punyalah ramai umat. Macam best jer tengok diorang dancing…huhuhu.

Semua orangku tak kenal, cuma Sathiya ni jer…hahaha. Sempat lagi kitorang berhenti tengok show diorang ni. Meriah hokayyy!

Lepak makan sekerim kejap

Berbunga2 hati abang nampak toys

Ntah sampai kul baper kitorang lepak. Orang ramai dah susutlah jugak. Seb baik bukan balik KL, kitorang balik rumah adik kat Seremban jer. Tapi balik tu tak sesat, sebab nak keluar gi highway dekat jer kat situ…hahaha terus berlagak ngan abah.

Itu jerlah citernya. Kita tukar citer lain…

Latest family portrait, kat Kompleks Tabung Haji

Takdelah citer apa cuma rillys sekeluarga nak ambil kesempatan wish semua umat Islam, selamat menyambut hari raya Aidiladha. Selamat menghayati erti pengorbanan yang sebenar… assalammualaikum!

Kenduri yang touching sikit

3 Nov

Rasanya majoriti jemaah haji Malaysia dah selamat sampai kat Mekah. Syukur, semoga semuanya berjalan lancar. Mak sedara ai pun pergi jugak, one week before depart kitorang balik kampung…ada kenduri.

Shirahlah ni tak habis2 ajak camwhore…haha

Kitorang pergi pagi hari nak kenduri tu, sebab laki memasing bz dengan kojo. Mak abah dah few days memang kat kampung. Rindu betul baper hari tak dengar mak abah gaduh2 manja…hihi.

Comel jer pakcik baju hitam tu sengih kat kamera

Sampai jer kat kampung tak sempat nak capture pic dulu, tolong apa yang patut kat dapur. Bila orang masjid dah sampai baru dapat relaks sikit. Dan bolehlah bersesi klik sana sini.

Makan time

Terima kasih pada mereka2 yang sudi hadir. Semoga sesama kita mendapat keberkatan dariNya…amin. Syahdu jugak time kenduri ni, sebab sebelum balik tu diorang salam2 peluk2 dengan mak sedara yang nak pergi tu. Tapi tak sempat snaplah sebab ai pun dok touching sama. Yerlah kot panjang umur dapatlah jumpa lagikan.

Kalau sebaliknya?

Mereka yg sangat behave, good boys

Kakak abah yg sulung

Abah (kemeja hijau) dan adik dia, pakteh (kemeja oren)

Mak dan makteh yg sesama oren

3 jejaka VS 1 dara pingitan

Good babai kampung

Dah habis kenduri tu, kitorang balik dulu. Mahu pigi bandar Melaka ronda2. Mak abah besok pagi tu baru balik. One week lepas tu kitorang berkampung pulak kat Tabung Haji. Yang tu lain hari ai story yer. 

Murah rezeki pergi haji ditaja

20 Oct

Nak ikut adik ngan mama gi jalan lagi tak? Jom jom jom!

Jalan-jalan bukan gi shopping mall yer.

Tapi pergi kenduri pakcik sedara yang nak pergi haji.

Pakcik yang baju biru gelap tu lah yang nak pergi haji. Sepupu abah, ai panggil pakcik hassan. Murah rezeki pakcik hassan ni, masuk ni dah 3 kali dia naik haji. Tapi semuanya percuma, atas tajaan JAIS. Pakcik ni imam kat Masjid Jamek Lama, Serdang. Rumah dia kat kawasan dalam masjid tu jugak. Berkat betul rasa hidupkan..

Haa ni cucu bambam pakcik hassan..

Close up sikit! Grrrrr!

Dah petang sikit ai ajak hero kecik gi goda baba, nak ajak gi Midvalley tengok pameran fotografi. Nak gi tengok pameran jer, janji tak shopping mopping..ngeh ngeh.

Pameran fotografi punya story lain hari kay!

Apepun, semoga pakcik hassan dipermudahkan urusannya..amin

Page 1 of 2112345...1020...Last »