Archive | Vacation RSS feed for this section
Aside

Sesukahati kami bersukaria

12 Jul

Salam :)

Beriya hero kecik dok bercerita pasal our vacation..pok pek pok pek!

Seronok sangat my weekend haritu. Pergi vacation dengan my best frensss ..memandangkan ada ratusan pics yang disnap..I cilok sikit jer dulu untuk enterprame kat sini.

Tengok pic ni jer dah rindu balik saat ni..hehe..every moment that we had adalah sangat best!

And so do the kids!

Makan seafood sampai nak pecah perut..haha

Yeah! We celebrated birthday hero kecik didepan kandang harimau u..aumm aummm pak belang pun nyanyi sama :D

Vacation 2 days 1 night sahaja di Melaka. Tapi kepenatan bapa2 melayan kerenah anak2 dan isteri mengalahkan vacation seminggu! Apepun we lep u lah mr. husbandsss…

More stories esok dan esok esok..sekian.



Aside

sungguh2 bersantai

28 May

Salam…:)

Hi guys. Seronok cuti harini? I tak kemana pun..tapi lepas tengok those pics kat bawah ni!  Aduhaiii..bestnya dapat santai2 camni..dengan cuaca hangat hangit sekarang ni kan. Meh sesama layan dengan I..pics from email.

Ini bukan kawasan banjir yer..hehe..tengok pic bawah ni pulak

Haa..ini adalah tempat percutian kat Filipina. Kedai makan kat air terjun!

Takyah susah2 nak bawa barang2 picnic. Kendong tikar..angkut bakul2..hihi..dok makan jer kat sini. Layan masyuk beb!

See..wahhh bersantai habis korang ekk..hihi..jangan ada benda2 tak diingini jatuh dari atas tu dah..haha..ok dengan bantuan pakcik google I dapat tahu tempat ni kat pusat peranginan Villa Escudero Resort, Manila. Ada yang pernah sampai tak? Ishk..nak tidurlah..nak mimpi pergi situ..jadilahhh. Selamat bercuti!



Aside

berjalan situ sana sini

20 May

Salam…:)

Phewww…manalah perginya semangat kerajinanku yang takdelah rajin mana pun..hehe..lately diriku tersangatlah bz bergomol dengan kerja ofis..sampai tahap nak kelip mata pun sayang takut kerja tak siap on time..haha..tipu!

I really need a vacation. Sangat2 lah memerlukan..so takpelah I bawa u guys sekali pergi flashback zaman2 I pergi vacation dengan family tersayang pada suatu masa dahulu…mehhh layan entry yang meriah dengan pics ini.

Ceh..poyo jer jalan sambil tangan seluk poket :P …tengah fenin lalat sebenarnya lepas turun flight.

Bestnya dapat bersiar2 atas kapal. Sambil tengok ikan lumba2 bermain lumba lari sesama sendiri :D

Pastu kalau malas nak naik kereta dijalanraya bersiar2 dipusat peranginan.. best jugak kalau sekadar bersiar2 dalam resort yang super luas..tapi careful jangan layan corner baring pulak..habis semua orang berterbangan nanti..hehe..

Next! Tak semestinya pergi vacation kat tempat yang super indah jer. Pulau yang ditinggalkan pun boleh saja. Tapi kena pesan kat mereka2 yang berkenaan..kalau dalam seminggu tak balik2..hantarlah pasukan penyelamat untuk mencari..huhu..bahaya2..

Kalau rasa nak termuntah sebab bapa bawa kereta speedy sangat..260km/h.. boleh saja layan kereta yang dipandu en. lembu..memang sangat mengajar erti kesabaran.

Weewitt! Ohh rindunya kat topi kembang setaman tu..hihi..kalau pergi ke negara orang..jangan lupa buat muka tercengang2..and jangan buat muka berlagak pandai..haha..

Penatnya menaip. Rest jap.

Padan muka. Suka sangat berebut nak duduk kat seat tepi tingkap. End up satu pic pun tak nampak muka sendiri :D …huhu…kijam!

Bayangkan kalau batu2 kat atas jatuh bergolekan. Uii..sila hindari kawasan yang boleh mendatangkan bahaya.

Selebet betul mukaku. Takpelah janji dapat gi holiday..haha..

Semua orang yang gi Langkawi adalah wajib untuk ambil pic kat sini..dapur rumah mahsuri.

Dulu2..asal sampai airport jer I fenin..padahal belum naik flight pun..wenggg.. so diriku dah macam orang tua..minyak cap kapak sentiasa dipoket. Kesian.

Ok..I dah puas flashback. Memang best gi vacation dengan family masa kecik2 dulu. Ko tau enjoy jer..takyah nak fikir pasal duit..nak packinglah..nak booking flightlah..nak booking hotel lah..dan blablablaaa.

Sayangilah keluarga anda :)




Aside

lebih garang dari selat melaka

27 Apr

Salam…:)

Haritu I story pasal Teluk Batikkan..sebabnya lepas tengok pics my parents n my sisters bersendaloka kat Teluk Cempedak ni lah..taknak kalah..nak jugak pergi ke lautkan..hehe..bila shirah sent me this mms..wahh bau air laut pun ada sekali u!

Mahu tak tergoda. They went there to attend  a wedding. I pulak ada hal apa ekk that time..ahh lupa ingatan sudah. Tapi memang cantiklah laut china selatan ni…lebih garang dari selat melaka. Boleh gitu?

Alahai..comelnya. Parents siapalah ni..har harr..takpekan I puji sikit mereka. Shy2 cat pulak mak. Tempat ni was one of their honeymoon place masa muda mudi dulu…happy to see their happys faces :) ..siapa tak happy tengok parents happy kan.

Kesimpulannya disini…hahaa..I taktau nak end the entry camne..ok2.. sayangilah ibubapa..bahagiakan mereka sepertimana mereka bahagiakan kita sewaktu kecil dahulu..sayang mak dan abah!



Aside

dimana ada laut..disitu ada pisang goreng

20 Apr

Salam…:)

Alahai lemaunya rupa hero kecik..hehe..mehh I bawa u guys pergi Teluk Batik. Jalan2 cari ketenangan..ewahh

Dari jauh dah nampak laut. Terus feeling ohh nyamannya udara…

I terjah sini masa balik kampung baba haritu. Jauh tak jauh pun dalam setengah jam the journey..taklah jauh sangat..so taklehlah mengendeng nak overnite kat Rumah Tumpangan Ah Leong kat situ :P

Pic wajib…cuaca adalah sangat terik..so jangan cuba2 melawan pandangan sinaran matahari..boleh buta warna jadinya!

I angkut sekali mak mertua. Adik2 kembar baba kat hostel..so mereka ter-rugi sudah..hihii..dulu masa stay hostel..time2 petang weekend camni adalah waktu terbaik untuk qada’ tido yang tercicir. Kiranya kalau bilik runtuh pun tak sedarlah…kalau sedar pun kompem dah ada kat ward :D

Tengok hero kecik makan pisang goreng. Macam makan ayam goreng kfc!

Tak mandi manda pun kat sini. Saja datang ambil angin laut…kalaulah boleh simpan angin2 tu dalam plastik..dah lama I bawa balik kl

Tapi sebelum balik gi lah lalukan kaki kat air laut. Kang merajuk pulak laut dah singgah taknak masuk pulak katanya…boleh??

On the way pergi carpark nampaklah beberapa ekor monyet..sedang rancak mencilok makanan2 manusia yang sedang leka dibuai angin laut..hiks.. kalaulah boleh pelihara dah lama I rembat sekor bawa balik..hahaa..macam2 nak bawa balik kalau kat tempat orang..ada yang kena hijack dengan orang2 kampung yang vogue2 tu kang.

Salam kerinduan dari kami…cewah :)



Aside

keasyikan angin laut

15 Dec

1-Image016

salam all ;)

cehh..buat2 tak tergoda pulak dengan ABC yang baru sampai tu.. complete dengan aiskrim lagi..huhuhu..marilah terliur bersama2..

2-Image003

we all dropped by kat chalet kawan abah..masa gi kenduri kahwin kat Melaka haritu..kat area pengkalan balak..iaitu tempat abah dibesarkan.. cewah

yang berambut putih tu lah kawan abah..dato’ yunus namanya..agak2 kemalasan nak tidur kampung we all berkampung jer kat chalet dia..tapi masa ni bukanlah nak overnite ke apa..saja nak makan ABC tepi laut tu..

3-Image000

abang yang merenung jauh..bilalah mama nak bagi terjun laut ni..

4-Image001

same goes to hero kecik..hehe..tapi taklehlah sayang..masa tu panasnya uiii.. sangatlah terik..plus semua kepenatan..so main2 air jer sudah..

5-G1

apepun kita layan dulu ABC! I rela suapkan sendiri rather than mereka membasahi sekaligus mengotori pakaian dengan warna warni ABC itu..

6-Image004

syoknyaaa layan angin tepi pantai..terus rasa diri berada di alam yang penuh ketenangan dan keindahan semulajadi..tengoklah abang tu..uii baekkk punya layan jiwa ;)


Page 8 of 9« First...56789