Archive | TV Programme RSS feed for this section

Astro circle bagi point setiap bulan

9 May

Tengah view online bill astro tetiba nampak ada 200 points. Eh bila masa pulak ada point2 pulak astro ni kan.

ScreenShot002

So i just clicked and diverted to astro circle. Oo program baru rupanya benda ni..astro circle bagi point setiap bulan.

DSC_0375

So belek2 catalogue redemption tu nampaklah 100 points boleh redeem 2 ticket ke konsert kilauan emas semi final. Haiii redeem jer laa.

DSC_0374

Taraaa…successful. Bolehlah bagi mak abah gi tengok hihi

ScreenShot001

So pada kekawan semua. Kalau yang dah ada online account dengan astro bolehlah pergi kat website astro circle pastu login and tengok berapa point yang ada. Pastu bolehlah redeem..kalau nak simpan untuk naikkan lagi point pun boleh. Tapi beware dengan the expiry date point tu ok.

Selamat ber-astro circle!

Sketches untuk animasi upin ipin

12 Apr

Few months ago ada pergi Pameran Upin Ipin kat Muzium Negara. Lupa pulak ai nak share sketches yang diorang pamerkan kat dalam tu. Memang the team yang hasilkan the animation series sangat2 hardworking. Clap2!

Taraaa…! Ini upin ipin bukan nama sebenar hahaha!

Nak tengok Upin Ipin yang tipu2 punya

16 Dec

Niat dihati haritu nak tengok Pameran Khazanah Kapal Karam kat Muzium Negara. Tup tap tup tap, ada Pameran Upin Ipin ler puleyyy kat situ. Bagai pucuk dicita ulam mendatang ler kennn.

pic anak beranak dalam kereta

Muka tak tentu arah bila tahu nak gi tengok 2 budak botak

kereta upin ipin

Dari jauh dah nampak Exora Upin Ipin ni

Kat luar pameran pun dah nampak syok, dalam tak tahu leyyy

poster besar upin ipin

Abang kulu kilir cari pintu masuk

terkesima tgk pameran upin ipin

Dah masuk tak tentu arah mana nak tengok dulu

BFF hawa pun join jugak. Upin ipin punya pasal demi anak2 tercinta, sanggup datang tanpa suami yang bzbee kerja. Bawa 2 budak kecik shomel tu, dengan tengah pregnantnya. Memang superwomanlah kau hawa.

Mak2 pun tak salah nak terkesima sama

Semua karakter dalam upin ipin ada, pilih2

Ini budak kicik memang clever, mulut non-stop mengomel teruja!

Anak sulung hawa, ayong kat meja study upin ipin

Siap buat rumah kampung upin ipin tau. Ada bilik kak ros, upin ipin, nenek, dapur, ruangtamu semua complete. Esok i hapdet lagi yer pics dalam rumah tu.

Asal stop jer amik pic, asal nak amik pic jer stop…haha

pentas upin ipin

I like this pic!

Game upin ipin, tapi belum launch lagi kot

Wall of Fame

Pameran Khazanah yang tinggal kenangan sebab tak masuk pun

Kapal lanun dah karam ke hape ni?

Kitorang tak masuk Pameran Khazanah Kapal Karam tu, maklumlah hawa tengah pregnant. Takut ada apa yang dipamerkan buat dia terkuzut kang.

Bila anak2 happy, mak2 pun happy!

Sekian

Watak fiona yang jahat dah tamat, Izara lega

12 Nov

Today ai nak story mory pasal pelakon baru yang tengah naik, Izara Aishah.

Siapa tengok citer Soffiya yang baru jer habis siarannya kat TV3, kompem kenal siapa minah comel ni. Pemegang watak fiona, yang jahat gila punya sebab suka menganiaya Soffi lakonan Tiz Zaqyah.

And ni pulak Fizo Omar, pasangan Izara dalam drama Soffiya tu. Dia pegang watak as Ilyas. Sangat serasi bersama gitu, kalau dijodohkan memang macam pinang dibelah dua…haha tetiba.

Izara mula terbabit dalam bidang lakonan lepas masuk pertandingan Dewi Remaja 2010. Yang turut disertai oleh pelakon baru Neelofa. Dalam competition tu, Neelofa jadi juara and Izara tempat kedua. Dua2 pun meletup naik lepas tu!

Wajah gumbira even tak dapat jadi juara.

Semoga terus sukses dalam dunia lakonan. Suka tengok dia acting, selamba dan tak nampak macam dibuat2…especially tang masa dia jadi a pregnant woman. Kemain menjadi dia punya jalan kengkang, tonggek…sejibik macam orang mengandung, hiks. You go girl!

And also Izara ni tak sombong tau, ai selalu tengok dia layan peminat kat Tweeter Izara. Tengoklah!

Harini Jumaat, MLM datang lagi!

11 Nov


Yeah! Jumaat datang lagi! Mahu layan Maharaja Lawak Mega lagi malam ni.

Dalam ramai2 tu, ada 4 peserta yang ai minat.

Kumpulan Bawal Power

Lawak diorang yang selamba memang mencuit hati sungguh. Yang Kuman tu biasa dah kenal, tapi kawan dia yang lagi sorang tu sape eh? Boleh tahan gak kelakar dia. Pasangan serasi!

Kumpulan Boboi

Comel jer lawak diorang jadi boboi. Sampai my kids pun hairan. How come boboi boleh turn up jadi sihat begitu? Sorang boboi boroi, sorang boboi tua katanya..haha, sabar jerlah. Ni pun pasangan serasi jugak.

Adlin Aman Ramlie

Pengkritik pedas ni pun jadi peserta. Masa 1st week tu, oklah dia buat lawak kisah family dia. Tapi masuk 2nd week, haha! Tak boleh tahan tengok dia jadi Sangeetha! Terbaiklah bro.

Kumpulan Saehu

Satu-satunya peserta dari Indonesia yang ai minat. Especially yang kecik tu. Umur dah 27 tahun, tapi badan comel gitu. Bak kata AC, badan kecik tapi nafsu besar…haha!

My votes’re for them…korang camne? Jom like FB Maharaja Lawak Mega!

Page 1 of 11