Archive | Shopping RSS feed for this section
Aside

Makin lama makin besau

23 Feb

Toys bebudak sekarang memacam pesen. Bebaru ni kan birthday si abang, so pakngahnya bagilah hadiah spesel kononnya. Hahaha tak bersyukur punya mak :D

Toys apa lagi kalau bukan Ben 10. Kena bagi dua walaupon birthday sorang jer. Kang si adik sentappp satu halll pulak.

Hairan betul lah..benda macam jam gini pun boleh cecah sampai dekat rm150 satu. Tapi adalah keluar bunyi2 lampu2 benda gerak2..interactive gitu. Idok ler kalau mama yang nak belikan..ngeh ngeh. Baik bayau kindy fees korang nak oii..lepas jugak sorang half fees tu. Kalaulah boleh gadai benda ni..hahaha!

Macam bagus jer. Dapat2 terus tengok instruction. Paham kah??

Tett tett tott tott tett tott!

Pastu benda patung tu keluar ler dari lobang tengah tu. Sambil cakap apa benda ntah nama alien tu. Seb baik sedap sound effectnya. Memang sejibik sejibot lah macam dalam cartoon network tu.

Elok ler tu. Makin lama makin besau jam tangan korang. Lelama sok besau macam jam dinding gamaknya. Sangkut ler kat leher pulak..hahaha!

Apepun tenkiu bro for the gift. Lenkali beli lagi toys yang memahal..hahaha.. save sangat budget aku. Sementara ko belum ada anak lagi ni kan..ke mana lagi nak dicurahkan duit beli toys kalau tak ke anak buah. Sekian :)


Aside

Menyentuh iPad

3 Feb

Harini mood dah baekkk punya. Bolehlah update dengan hati yang gumbira! Semalam jejalan kat IOI Mall. Tu jer pun shopping mall yang dekat dengan rumah besides Giant. Jalan punya jalan singgah tengok iPad. Tengok jerlah…

First time diorang dapat merasa pegang iPad. Jakunlah sikit…

Ditujal-tujalnya benda alah ni.

Syok memang syok. Harga pun syok jugak. Pada yang ada iPad ni..boleh share tak..ok tak guna dia? Macam terjatuh chentalah pulak.

Model tak diundang. Ada hati mahu pau iMac kat belakang tu sebijik. Banyakkk duittt ahkakkk kauuuu!



Aside

Pasir mainan yang kalerful

25 Jan

Mood untuk bercerita tentang diri sendiri belum mari. Oleh itu mari berstory mory lagi pasal buah2 hati pengarang jantungku :)

Masa ni jejalan kat Ikano. Pantang betul nampak benda alah pasir ni. Mesti nak nak nak. Takpelah, kot bagi main pasir betul kang kotor. Bagi jerlah main pasir mainan ni.


Kekecik dulu takde pun mainan cenggini. Kalau ada boleh main lambung2 baling2 kat kekawan. Ehh kalau buat istana pasir mesti cantik! Sebab the pasir is very the colourfulkan…


Penjaga setia the kids. Dia tunggu mereka i pergi cuci mata jap. Pastu i belikanlah dia flip flop gambar lep-lep yang 12 hengget tu. Kemain suka..hihihi


Ingatkan sorang sekeping jer diorang buat benda ni. Ropanya kemain banyak pulak pics Ben 10 yang available! Pengsan nunggu. Abang kata nak buat wallpaper kat bilik diorang. Haiyooo..boleh nightmarelah mama gini kalau tidur kat bilik korang.


Come to adik, mama! Alahai anak manja mama sorang ni. Kalau pasal mencairkan orang memang number one. Dah 5 tahun dia pegang title bongsu..bilalah agaknya nak handover the title.


Aside

Kalau beli barang kena bawak tuan punya body

21 Jan

Balik dari ikea dengan bff haritu, terus macam terngiang2..eee cantiknya barang ni cantiknya barang tu. Tu yang keesokan harinya..cewahhh..terus sembur ayat2 cinta kat baba..pergi balik kat ikea tu.

Taraaa! Here we are! Apepun kasi sapedek dulu..ayam comel sekor, meatball n salmon adalah menu wajib kalau kesini.

Ohh this time diorang request spaghetti as well. Nyum nyum!

Dan nyum!

Bangun mak su! Bangun!

Actually, i repeat datang sini balik sebab nak cari things for the kids’ bedroom. Tu yang kena bawak tuan punya badan. Kot masa gi dengan bff tu i beli kang diorang taknak…ater camne?? And the budget kena bawak bapaknya pulak. Kot beli dulu kang tak diapprove..camne nak claim??

Masa passby bahagian kitchen tu ada demo. No wonderlah dari jauh bau ada sedap!

Dengan soft toy mouse tu beranilah. Coba yang betul punya??

Fuhh memang nasib baik tak bawa diorang masa dating dengan bff haritu. Kalau tak pengsan! Kecoh macam anak seploh! Diorang ni kalau ada baba baru sopan sikit.

Their favorite spot

Baik punya landing. Setelah penat memilih barang untuk bilik sendiri. Cakap pasal penat..bestnya harini friday..dah nak weekend! Shopping mall kompem sesak dengan mereka yang nak shopping for CNY. Apepun have a pleasure weekend!


Aside

Meatball seploh ketul! Karipap sedozen!

18 Jan

Kalau dah nama berdating dengan bff, dah tentu-tentulah best banget yer dak?! Pastu memasing tak bawa anak n husband pulak tu. Lagilah double triple enjoy! Please don’t get me wrong yer..hehehe..pepaham sudehhh.

Aisehhh tuan punya camera nampak hujung spek jerlah pulak.

Mulanya si hawa ni lah..dok layan gi Ikea sesorang haritu. Dah tak semena-mena digodanya kitorang yang lain. Kan dah terset nak dating terus hari jumaat lepas.


Ok dah nampak tuan punya hujung spek tadi..hawa. Dengan nani..haa nani terpaksa bawa both ‘handbag tambahan’ dia. Haritu kebetulan negeri sembilan cuti, so babysitter diorang pun haruslah cuti. Maka jadilah anak-anak nani sebagai anak tunggal kami temporarily.


Tempat luas kat Ikea, tapi tak bagi dia turun nak gi celah bedah sana sini..dah tentu-tentulah nangis sekuat hati!


I suka jer melayan bebudak lasak ni. Kata mother to 2 heroes yang super lasakkan. So bagi chance ibu dia gi shopping jap. I handle amie bam bam. Tu nampak tak arrow tu..haa tu masa i tengah dok berposak-posak nak keluarkan dia from the cabinet! Thumbs up lah amie..memang boleh geng dengan abang n hero kecik.


Chica ni senang jer melayan dia. Pok pek pok pek dengan dia..pastu gelak-gelak..dia ok jer..best2! Seronok tengok mini kitchen mainan ni. Kalaulah kekecik dulu ada mainan ni kompem dah lama terer masak. Hiks!


Bila tengok diorang berdua ni tetiba rindulah pulak kat my 2 heroes tu. So i bought them few things for their bedroom. Takdelah diorang bebel banyak sangat bila i balik nanti.


Nak beli things for diri sendiri macam tak masuk akal pulak..haha..sebabnya bak kata baba any big things yang nak beli dia kena datang tengok dulu. Iyolah..maka pendam jerlah dalam hati.


Yang penting dapat makan meatball dan karipap Ikea!

Dan esoknya i datang balik ikea. With baba n my heroes..hihihi..takleh tidur malam wooo terbayang2 things yang menjadi pojaan hatiku. Tapi yang within budgetlah. Nantilah story the mory. Apepun i really enjoy the date with my bff..muah muahh!


Aside

Pok pek pok pek with a lil girl

17 Jan

Ya ampun sori banget takde entry gosip masa weekend haritu. Mana taknya baru harini nampak kibod dengan mouse. Dari hari jumaat i cuti tompang cuti orang nogori sampai tengah malam tadi baru habis berdating plus outing. Dan harini baru balik ke dunia nyata.

Harini nak update sekontot mungkinlah. Manyak kerja pending dehhh. Nak highlight pasal seorang budak perempuan kecil yang comel ni. Anak to one of my bff.

Hello! My name is Nur Asyiqah Hani. I’m 3yrs++..and am schooling at Smart Reader Kids..best tau dah sekolah ni! Saya makin kuat pok pek pok pek..banyak tanya itu ini..banyak imaginasi..sampai pening ibu saya!


Kisahnya last friday i cuti. Semata-mata nak join dating dengan my bff. Semua jadi anak dara sementara cuma nani jer have to bring her ‘handbag tambahan’.

Tu yang seronok dok melayan kakak chica ni. Pok pek pok pek tak habis2. I tolong jaga minah keletah ni. Ibu dia bz ngendong adik bam bam dia lagi sorang tu. Aduhai seronok betul melayan dia. Camtu ekk anak pompuan ni? Maklumlah jaga 2 anak lelaki ni lain. Nak bergusti jer kerjanya dengan kita.

Thanks chica sebab bagi aunty lily merasa jaga sekejap a lil girl. Tapi ni baru sorang..kalau 2 lil girls camne? Terus pengsan kot nak melayan pok pek diorang. Nanti aunty nak try ‘kidnap’ chica dengan zulaikha lah..bawak gi shopping..ibu memasing takyah follow yer.

Ohh entry kontotku tak menjadi.



Page 5 of 11« First...34567...10...Last »