Archive | Siblings RSS feed for this section

Seri pengantin diatas singgahsana, cewah

15 Jun

Dah lepas nikah, time to sandinglah pulakkan. Pengantin balik rumah nak bersiap. Yang lain masuk dewan, makan2 minum, lepak2 sementara tunggu tetamu. Sejuk sikit ada ekon.

Last minute punya bunting. Seb baik menjadi u.

Pelamin dah siap. Hantaran dah susun. Tetamu pun dah ramai yang sampai. Chantekkk! Bolehlah raja sehari bersanding.

Kepak kepung pung! Kepak kepung pung! Maintain dik maintain. Hehe.

Doa abah untuk anak dan menantu. Amin.

Ciuman mak untuk anak. Untuk menantu takyah. Haha.

Restu mereka sangatlah penting untuk hari bahagia begini. Penat tengok mak abah haritu. Yerlah memasing umur dah 60 tahun. Tapi demi melayan tetamu semua, mereka tetap semangat! Sayang mak. Sayang abah.

Syukur semuanya berjalan lancar. Suka sangat family pic ni. Tapi along pulak takde. Ntah kemana diorang bawak dia lepak. Ekekeke. Along tu kan kesayangan ramai sedara mara. Mesra gitu.

Yeah! Akhirnya setel jugak entry nikah ngan sanding. Tu jer yang wajib nak post. Yang kisah sekitar majlis tu i selit2 lah ngan entry2 lain ekk. Boring pulak asyik story pasal ni jer. Boleh ke cakap camtu?

Yang penting kita enjoy! Selamat pengantin baru adik!

 

Bunga lily kedua abah dah sah jadi milik orang

14 Jun

My sis pilih nikah ngan sanding on the same day. Makanya pepagi buta memasing dah terpacak kat Surau dalam IPD Seremban 2. Ater tok imam dah kata kul 8am tepat dia sampai, ngeee!

Mengucap. Selawat. Beristighfar. Berzikir. Semua completelah bacaan adik iparku sebelum masuk surau ni. Hihihi.

Adikku yang shomel ni jugak yang maintain. Phewittt…!

Kami yang terawal sampai. Dari mula majlis sampai ke sudah i dok berkepit ngan kakak iparku. Memasing dok terkenang memori nikah sendiri. Ngeh ngeh.

Hantaranku untukmu. Hantaranmu untukku.

Hari abah melepaskan tanggungjawabnya terhadap bunga lily keduanya kepada menantu baru. Abahkan ada 3 bunga lily. I, adikku yang kahwin ni and shirah. Bukan sesaja nak jadi bunga. Haha. Tapi nama pangkal kitorang memang lily.

Aku nikahkan dikau. Aku terima nikahnya. Sah!

Pergh! Tahniah sekali lafaz saja. Macam ketapi lajunya dia ucap. Hihihi.

Tangisan kegembiraan.

Syukur alhamdulillah. Amin.


Hepp! Kiss bebetul jangan memain. Rosak awning tudung ngan crown. Hiks. Time ni lah paling lama orang suruh beraksi. Rasakan!

Haiyaaa, abang ni. Orang dengar khutbah pasal rumahtangga dia tertidur. Hehh tak faham sepatah gamaknya.

Bunga lily abah yang bongsu. Lama lagi abah nak terima menantu pun untuk si bongsu ni. SPM pun tak lepas lagi. Hehe.

Syukur semua dah selamat. Mari ke dewan, makan time!

Ok dah boleh duduk rapat-rapat. Takyah renggang-renggang. Hehe. Lepas makan minum sikit, pengantin balik rumah bersiap untuk bersanding. Esok i sambung yer sayang-sayang semua.

 

Pengantin paling shomel dihatiku

10 Jun

Mintak ampun mintak mahap wahai adikku sayang. Kaklang tak sempat lagi nak story mory pepanjang pasal ur wedding. Ok2 weekend ni, i promise u i draft baik punya ekk. Meh layan dulu pics pengantinmu yang paling shomel dihati kakakmu ini.

Debaran nak gi nikah. Shomelkan adikku ni?

Debaran dimajlis persandingan. Shomelkan? kan? Hehe..dari kecik sampai sebelum i kahwin, dialah bantal pelukku yang paling empuk didunia ini. Kaklang sayang adik. Jadi isteri yang mithali macam mak kita yer…

 

Happy for her

8 Jun

Cak! I taktaulah nak mula tang mana pasal wedding my sis ni. If pasal wedding sendiri tahulah..hak hak hak! Memandangkan terlampau banyak pics, i buh 3 jerlah dulu sebagai intro.

Kakak pengantin sebagai bidan terjun wedding planner. *cough *cough!

Selamat pengantin baru adikku, Lily Surida dan adik iparku Rohaidir. Semoga kekal bahagia selamanya yer…amin

Ikhlas dari pengantin lama, ahaks. More pics esok dan esok esok yer.

 

Rindu angin laut

11 May

Tak agak-agak, sampai jer kampung..petang tu ajak diorang gi Teluk Batik.

On the way, abang teringin pulak nak dok kat pangku mama. Gasak ler hey. Yang penting kita enjoy!

Kat Teluk Batik, ramai sungguh manusia sejagat. Kitorang gamble jer datang tak bawak tikar ke apa. Sudahnya beli jer tikar mengkuang kat gerai situ. Kuang kuang kuang.

Tujuan utama datang kesini telah tercapai. Splash!

Adik kembar baba, ana dan ain. Seb baik minggu tu tak stay hostel, kalau tak..tak dapat follow.

Yang baju biru tu namanya nurul, sepupu baba. Yang baju oren tu namanya amoy, anak buah si fauzi..dari sabah bah.

Mak mertuaku dan cucu yang paling bongsu setakat ini, ariq si bambam.

Dengan biras, nisa..orang sabah bah.

Dengan anak-anak adik baba yang dok sabah tu. Sara dan ayu. Mereka bukan twins yer. Bestnya ada anak2 dara kecik camnikan.

Kitorang tak mandi, tukang monitor jer. Sambil berdating u…auwww!

 

Tambah syok lenaku

4 May

Semalam kepochi pasal anak2 ngan bapak lenguh nunggu mamanya pilih barangkan. Harini i tunjuk kenapa i jadi rambang dan juling bijik mata nak  memilih the bedspread. Tempat kejadian adalah di Metrojaya, Midvalley. Yeahhh, betul tekaan u erin!

Warm up.

Kebetulan ada sales u. Bukan takat 50% jer, tapi up to 70%! Memang langkah kiri kanan depan belakanglah ni.

U see, u see! Yang ni bedspread satin chiffon, the price from RM750 dropped to Rm180, sedap mata memandang..sedap lagi badan yang dapat landing.. ahaks.

Nak yang lagi best sikit materialnya? Go for jenis Tencel ni. From RM1,750 dropped to RM700!

For the kids punya bed linen pun jatuh merudum, from RM195 dropped to RM39! Komeng ahh komeng ahh kataku kepada si abang ngan hero kecik..hahaha..tetiba mama yang jadi eksaited. Phewww!

Tapi harga tu tak dropped sampai disitu saja..hihi..tenkiu bro for making the price lesser n dapat pulak free gift yang sewaktu dengannya. Again bro, tolonglah kerja lelama lagi kat metro tu ekk.

Choosing their fav’s too.

Ok puashati sudah diriku ini. Memang bertambah lena diulit intanlah lepas ni. Ngalahkan pengantin baru..ooppsssiiee! ZZZzzzzZZZz…!

 

Page 4 of 22« First...23456...1020...Last »