Archive | Siblings RSS feed for this section
Aside

Sinaran cahaya kegemilangan

29 Jul

Meh julingkan mata tengok colorful lights

Semua-semua orang pun dah pernah jejak kaki kat I-City ni kan? Kalau tak masuk dalam pun at least lalu kat highway musssti nampak the kaler2 lights.

So, malam minggu yang lepas pada jam 11.30pm kami pun berjaya jejak kaki kat sini. Jakun toksah cakaplah.

Seronoknya disini sebab semua orang pun macam ada didunia fantasi

Sian anak kecilku. Lenguh berjalan..memang super luas betul kawasan ni.

Pada yang nak ajar anak mari mengenal warna adalah sangat molek disini

Both budak kecik tu dah penat

Dan kelaparan. Had supper sikitlah..luckily ada jual-jual kat situ.

Mak pun ikut sekali. Pastu balik rumah dia pening. Dah tutup mata nak tidur pun nampak warna warni jugak katanya. So I teased her suruh tidur sambil buka mata n pakai cermin mata hitam :D

Berbaloilah bayar parking rm2. Memang cantik hasil yang dipamerkan. Syabas Inspektor Sahab! Ehh..pembuat filem hindustan mesti excited nak buat shooting kat sini. Diorangkan suka scene bebanyak pokok pastu berbukit-bukau pastu cahaya warna-warni ni. Tapi kalau tengah menari tu dok peluk-peluk pokok pastu kena renjatan elektrik nasiblah.


Aside

Lemas dalam lambakan bunga

23 Jul

Salam :)

From Putrajaya with lep

Welcome to Pesta Floria Putrajaya 2010

Ada yang pergi tak pesta bunga-bunga cinta ni on last Saturday? Kalau berlaga bahu kompem tak perasan. Sebab manusia pencinta bunga punyalah ramai. Hebat penangan bunga ni. Pastu masuk pulak free :D

Rasa macam kat taman bunga diraja pun ada. Cantik sangat the garden’s deco.. siap dikelilingi pagar..siap ada buai..siap ada air pancut..siap ada jambatan yang kalau naik 5 langkah dah sampai seberang. Kreatif!

Cartoon character yang dibungakan..cute!

Ni yang indoor punya. Tak tentu arah betul nak jalan. Sini ada sinun ada. Yang kat luar tak habis tawaf lagi. Mak aii…

Cantikkan pemandangan taman bunga dihiasi lampu diwaktu malam. Tapi yang pergi siang pun cantik juga..nampak warna warni bunga tu.

Tak tahulah berapa puluh ratus langkah kitorang dah lalui. Yang pasti memang penat..sian kat maklah. Asal jumpa pangkin jer duduk kejap..ada jugak diorang sediakan tram dalam tu. Tapi q dia panjang sungguh plus taklehlah nak bercanda sebarang seminit dua kat setiap garden :D

Si botak yang dah kepenatan

Katanya kat situ tutup pukul 10pm tapiii by the time kitorang habis tawaf dah 10.30pm and ramai lagi pencinta bunga yang baru datang. Hehh..

Kesimpulannya, memang best. Cuma I tak perasan dimana letaknya kuntuman bunga lily..hihi. Favorite flower my mom tuuu..tu pasal kitorang 3 girls in the family nama pangkal lily. Lily besar, lily tengah, lily kecik. Nak letak jugaklah lily kalau I dapat baby girl..hiks. Ehh..cempaka pun ok gak..dahlia ke..kenanga ke :D



Aside

sewa satu flight mahu pergi Sabah bahh…

9 Jul

Salam :)

Oit pakcik2 intai apa tu?

Tup tap tup tap keluar pic kat KLIA pulak. Memang tunggang terbalik dah my entries. Masa ni on the way to Johor..we dropped by here..nak hai2 bye2 adik baba yang nak balik Sabah lepas attend kenduri kat kampung haritu. Panjang nau explanation..ada ke orang kisah..haha

Baba and his brothers. Yang nak balik Sabah the one yang kat tengah tu..fauzi.. dia ni adik baba no.2..ada kembar perempuan tau..muka sama cuma versi perempuan..hehe..nanti I tunjuk dilain hari..yang kitorang nak gi Johor tu rumah kembar perempuan dialah.  Yang kiri sekali tu yang baru kahwin haritu..farid

Diriku tak keruan melihat kedai2 yang patut diterjah..haha

Apesal bodyku macam belon mengelembung..ekekeke..salahkan sweater tu..I beli masa pregnantkan hero kecik..mahu tak besau jadinya..tetiba rindunya nak kembungkan perut..haha

Hero kecik suka cium2 my tummy camtu. Tapi bila I buat joke kata..dik, ada baby dalam tummy mama ni tau..pap! pap! dia bantai perutku…huhh..still taknak adiklah tu

Biras baruku..nana..lepas kahwin sorang dok KL sorang dok Johor. Weekend baru jumpa..sedih.

Dengan makcik baba yang paling sporting dan sempoi.

Bye fauzi! Adik baba ni polis marin kat Sabah. Kahwin pun dengan orang Sabah..anak dah dua. Insyaallah ada rezeki kami sewa satu flight pergi Sabah.. haha

Sesi pic keluarga di KLIA 2010. Tapi bertuah punya anak2..dah elok susun macam keretapi melintang..boleh pulak dedua lari gi belakang I. Bak kata abang..ehh, betullah mama..kata susun macam train..tu yang diri belakang mama..pinn pinn ponn ponn betullah haiii!

Dua2 jalan dah taknak pimpin tangan makpak. Aishhh..rindunya zaman diorang baru pandai jalan..sob seb sob seb :(

Dan hikhmahnya..makpak lehlah jalan2 pimpin2 macam doniaaa ini ana yang punya! Nak lari kejar anak yang dah tersalah lorong pun sambil pimpin tangan..ohh sweet sour betul :P



Aside

kesian tak? sedih tak?

8 Jul

Salam :)

Hai! Ingat along lagi tak?

Lepas kenduri kahwin my BIL haritu, sempat jugak pergi jenguk along kejap. Sambil hantar jersey Brazil n England for him..my 2nd bro yang beli. Itu pasal dia beli jersey team pilihan dia jer..haha..yang tu awal2 dah keluarlah :P …kat sana pun diorang layan worldcup tau..hiks

Anyway alhamdulillah along sihat…

Abang yang sleepy plus tired plus hungry = moody

Itulah, main kat kampung tak ingat dunia. When comes to rest time..barulah sakit sana sini badan tu. Pastu nak moody2..eee..nasib baik anak sendiri :D

List for appointments dengan doktor. Diorang yang stay kat sinikan macam2 jenis OKU ada pastu warga emas lagi..so pasal kesihatan ni memang sangat kena alert.

The principal takde. So assistant dia jer yang melayan kitorang. Actually principal tu tengah handle satu kes. Ada sorang warga emas yang ditinggalkan anaknya kat hospital 4 bulan taknak tuntut ambil balik. Sakit tua biasalah dok rumahlah jaga. So pihak hospital minta tolong tempat along ni takeover nenek tu.

Main point here is..janganlah jadi anak derhaka. Janganlah dibuang ibubapa sesuka hati gitu..memang tak berkat hidup anak nenek tu. Assistant tu cerita..nenek tu kena strok so terbaring jerlah..cakap pun susah..airmata meleleh jer 24 jam..kesian…

Nampak tak anak kecil kat pintu tu? Actually ada lagi 5-6 orang budak kecil kat belakang dia. Diorang ni seronok kalau tengok orang datang. Aduh..kesian tengok..kitorang pun adalah bawa sikit barang makan, jajan2..itu yang tertinjau2 nak amik. Tapi assistant tu suruh tunggu nanti dia bagi2 kan.

Mostly yang stay kat sini keluarga tak datang melawat n ada yang tak dapat dikesan waris. Kira dah hantar dibiar camtu jer. Sedihkan…


Aside

Cepat kahwin sebelum puasa :D

3 Jun

Salam…:)

Dah nak cuti sekolah ni macam open house raya pulak rasa. Tiap weekend ada jer invitation. InsyaAllah mana yang takde halangan tembok konkrit bolehlah pergi :D

Kenduri kahwin ni I pergi last weekend. Anak kepada sepupu abah. Rumah dia dalam kawasan masjid jamek lama, upm serdang. Sepupu abah ni imam.. dapatlah sepagar rumah dengan masjid..sejuk mata memandang..hehe..

Khemah tetamu ada label ‘lelaki’ dan ‘perempuan’. Dah nama dalam masjid takkan nak berkaraoke bagai. Hehe..tapikan senangnya nak berjemaah..asal masuk waktu jer berapa langkah dah boleh ke masjid.

Camnilah jadi ibu..kehulu hilir. Kejap layan makcik pakcik berceloteh..kejap kang melayan anak tengah makan.

Pastu layan bergambar pulak..eh..mengapakah diriku tak pandang kamera.. haiyooo..

Dah kenyang. Alhamdulillah..dahlah selamba kodok sampai kat kenduri pukul 3.30pm..hiks..my sis lah lambat..tunggu dia datang from Seremban.

Malas nak kenalkan :D

My encem boy. Hehe..abang baru habis midterm exam..eh..macam best jer bunyi anak dah amik exam bagai..haha..tunggu jerlah result yer bang.

My cute boy. Haha..cutekah? Yerlah..kat mataku cute sesaja.

Pic pengantin takdelah. I sampai pengantin dah tengah basuh periuk belanga :D . Anyway congrates to umi n pasangan…

Coming weekend ada lagi few invitations. Cepat wei buat kenduri kawen sebelum puasa ni..hihi..bahaya kawen lagi seminggu nak puasa..tapi yang imannya kuat takpe. Hohoho..kekadang pak lebai pun boleh gugur serban dengan godaan syaitonnn inikan pula jemaah biasa..ehh babai :P



Aside

gedung buku

31 May

Salam…:)

Hohohooo! Kata minggu exam kat sekolahkan..so bawalah satu-satunya adikku yang masih bersekolah ni gi MPH, Midvalley. Kasi tambah buku2 latihan yang boleh dilatihkan.

Dah macam rupa budak selalu kena buli kat kolej :P

Seronoknya kalau ada bilik membaca sebesar alam camni kat rumah..korang ada? Jemputlah diriku menjakunkan diri gi tengok :D

Orang gilakan windows..dia gilakan linux. Tengok nama OS pun I dah buntu..hiks

Sedap ekk landing kat sini..sebelum I sergah dia dah bangun. Nak rasa lantai tu dengan pipi katanya..haiyooo

And this is the sifu. Tapi memang best pun dapat lantai kayu camni kat rumah..korang ada? Haha..lagi sekali jemputlah diriku kerumah untuk menjakunkan diri. Eh boleh tahan gak mahalnya kan nak finishing gini…I..parquet dalam bilik tu adalah..tu pun dah terjongkang jongket kayunya

This time I tak belikan bedtime story. Bulan lepas punya tak khatam lagi..hihi..I banyak miss to become the storyteller of the night. Diorang pun belum masuk bilik tidur dah terbongkang kat hall. Qada’ lain kalilah.

I bought them the Little Einstein punya activity box..eh I pun naik syok melayan the thing inside. Sian mak budak ni..



Page 13 of 23« First...5...1112131415...20...Last »