Archive | Parents RSS feed for this section
Aside

Ni awak punya, ni dia punya

25 Mar

Family day part 6. Patutlah macam felik jer. Rupanya tertinggal entry hadiah. Tenkiu cousinsss for the reminder..hehe..alert sungguh korang. Lep u guys!

Eh makcik tudung pink ni dok rilek pulak. Hadiah siapa nak susun???

Sambil susun sambil pok pek kira ni no. satu ni no. dua ni no. tiga…ni budak punya ni remaja punya ni orang besau punya. Masa plan pasal gifts ni memang nak semua yang hadir at least bawak balik satu hadiah. Alhamdulillah semuanya fit in budget…

Bebudak yang menang. Abang ngan hero kecik split group lelain. Menang kalah semua dapat. Habis baby2 yang tak main pun dapat gak..jajan..hehe

Juara kumpulan kategori dewasa..kumpulan merah! Dapat hamper ngan hadiah untuk setiap sorang dalam group tu. Congrates to family paktam!

Naib juara adalah our group..kuning! Dapat gak hamper ngan hadiah memasing.

Tempat ketiga goes to group biru! Tahniah to maklong n family.

Empat group yang lain memasing dapat saguhati. Setiap orang dalam group tu dapat. So, semua tersenyum gumbira malam tu…

Ok dah langsai hutang pasal entry hadiah.

Have a pleasant weekend, yeah!

 

Aside

Sweet jer takde sour

24 Mar

Hoyeahh dah habis pasal belon panas. Boleh sambung balik pasal family day..ermm part berapa ekk..ok2 part 5.

Haritu dah story pasal the bbq, pastu pasal the gift..harini i continue pasal the activity.

Slide presentation pasal gambar2 kenangan family. Seronok tengok, especially pics arwah atok ngan nenek masa memuda dulu. Menitis airmata jadinya bila terkenangkan arwah berdua. Pastu pics adik beradik abah masa kekecik. Memori yang sangat bernilai…

Aktiviti anakku dimalam itu. Sesi koyak mengoyak.

Then, setiap family kena panggil naik pentas..amik pic.

Sambil tu ada slide pics pasal kenangan setiap family.

Dah habis tu, ada acara persembahan keluarga. Yang paling fun part ni..along lead jadi penari..kehkehkeh!

By 11pm ramai bebudak dah tangkap lentok. Including my superhero ni.

Lastnya, acara penyampaian sijil kat setiap adik beradik abah. Hihi..siap ada sijil hari keluarga bagai u..comel jer..boleh? Yang tudung coklat tu kakak yang paling sulung dalam adik beradik abah. Touching sungguh, setiap adik2 yang naik amik sijil dia peluk dan nangis. Sob sob sob…kitorang yang dok bawah pon ikut memerah airmata.

Dah nak habis, kita karok dulu.

Tamat sudah malam bbq. Ni semua adik beradik abah yang 12 orang tu..6 perempuan 6 lelaki. Tapi yang hadir 11 orang ngan family memasing, lagi sorang kat Sarawak..tak dapat join.

Tapi lagiii..malam tu tak berakhir disitu..ekekeke..ada sesi memancing pulak. Berembun malam ditepi laut.

 

Aside

Bara api yang menaikkan semangat

18 Mar

Part 4 family day. Lepas berhempas pulas bersukaneka petang tu, malam pulak ada sesi bbq sambil selingan acara keluarga. Penat tolak tepi, yang penting semuanya tetap maintain energetic that nite :)

Sementara waiting for orang2 kuat membakar makanan bbq, kita layan karaoke dulu. Kena pulak dengan bunyi desiran ombak tepi pantai tu..wallahhh memang layan jiwa.

Untuk entry ni, i nak expose pasal the food dulu. The basic one biasalah, nasi goreng, salad, dessert…

Nyam nyam!

Yang dibakar…ayam, udang, ikan, sausage..blurrrp!

Lagi hangat bara tu lagi semangat nak membakar. Nyam nyam lagi…

Penutup malam tu ada acara sambutan harijadi untuk 3 bulan serentak. Ada dalam 15 orang punya birthday, so 3 kek disediakan…

Vanilla cake ‘Selamat Hari Lahir’

Mango cake ‘Sempena Hari Keluarga Haron & Ainon 2011′

Orange cake ‘Jan-Feb-Mac’

Blurrpp! Alhamdulillah…aktiviti2 sepanjang majlis tu nanti i sambung next entry kay. Have a pleasure weekend :)

 

Aside

Time camni main tipu2 baru best

17 Mar

Part 3 family day. Dah cukup makan, dah cukup gelak sakan…kini masanya untuk berentap sakan pulak. Mari bersukan!

Warm up dulu

Mula dengan games for the kids 3-6 years old. Kecoh!

Then, goes the games for kids 7-12 years old. Ponnn kecoh!

Last sekali baru games untuk dewasa. Tang ni lagilah macam nak pecah perut ketawa!

Dalam banyak2 i suka yang ni. Bowling padang guna buah kelapa. Seronokkk!

Cobaan anasir2 group lain nak kacau konsentrasi tukang baling. Kelakar gila! Seb baik tak gila u. Ohh haii rindunya moment ni…

Abah pon mencoba nasib. Cute pulak gi terbalikkan cap tu :)

Dah habis sukaneka, ada yang terjun laut..ada yang balik bilik. I dok layan baba and the kids mandi laut, sambil tolong kira points for the games tadi. My cousin dah kira sebelum tu..so i tolong kirakan balik.

Sampailah dah nak maghrib baru reti nak balik. I love this pic :)

Tunggu turn nak masuk toilet. Pastu nak siap2 for the bbq nite pulak. Makan asap!

 

Aside

Family meeting didewan yang comel

16 Mar

Part 2 family day. Tak sempat nak sehati berdansa dalam bilik, dah kena call for family meeting. Sebelum tu siap2 tukar baju untuk sukaneka. Setiap family pakai baju tema warna memasing. Seronok pulak tengok!

Dewannya comel jer. Seb baik muat kitorang yang seramai 97 orang ni. Warna warni sungguh, macam2 theme kaler ada..biru, kuning, merah, oren..dan blablala.

Simple opening ceremony. Tu pun banner cenonet last minute. Pakcikku yang baju oren tu call abah the nite before family day. Cakap dia tak sempat gi print banner kat kedai. Huaaa…!

Takpe2 kita guna apa yang ada..amik bunting lama kat rumah, beli A4 sitcker..design sesimple yg sempat kat illustrator, adjust2 sikit, print kat sticker, potong2 ikut alignment..tadaaa..dengan pertolongan baba, banner kerdil itu siap from 3am-6am.  Fuhh..bolehlah daripada takde. Kelakar pulak rasa bila ingat balik.

Hidup kuning!

Done with the meeting, minum petang kejap before start sukaneka.

Selingan sebelum ke padang

Sticker tampal kat baju memasing. Plan asal nak hantar baju semua orang for printing. Tapi masa dah suntuk. I print jer sticker camni sudeyyy. Nak tahu siapa approve design tu? Abang dan hero kecik! Hahaha!

We’re ready for the battle. Mari bersukan!

 

Aside

Eksaited kuasa 10

15 Mar

Semalam i dah intro pasal our family day kat Seri Ratu Hotel & Spa, PD last weekend. Harini i story teruslah part masa baru sampai tu. Memang menggila banyak pics, so i buat ikut aktiviti.

Hopefully dalam few days bolehlah habiskan update kat blog. Kalau tak memang muntah hijau orang asyik baca pasal ni..hihi..jangan marah haa..journal ni untuk our family’s reference. Mereka2 yang nak buat rujukan pun boleh :)

Baru nampak sign ni jer kitorang dah excited!

Masa sampai tu dah ramai family adik beradik abah yang dah sampai. Kira punya kira belum cukup 97 orang. So tunggu lagi, cuaca pulak memang cantik banget masa ni. Syukur :)

I tolong abah untuk bagikan kunci2 bilik. Kelakar jer memasing..gelak gelak memain. Yerlah bukan formal pun event ni. Tu yang tambah best tu.

Abah dan pakcik pakcikku. Tanpa mereka tak berjayalah event ini.

Sebelum masuk bilik memasing, kita sapedek dulu.

Memang masyuk habislah. Makan kat tepi pantai diiringi dengan tiupan angin bayu dan desiran ombak…weeeeuuuuu!

Mari ramai ramai cari bilik. Orang lain dah selamat masuk, kitorang gak terhegeh hegeh.

Depan bilik memasing dah siap tampalkan nama family. Dalam pakej kitorang amik 6 family suite n 5 deluxe room.

Ok nak siap siap for our family meeting kat dewan. Chiowww!

 

Page 5 of 12« First...34567...10...Last »