Kekanak ribena
10 Dec
10 Dec
9 Dec
Malam minggu haritu takde plan apa. So, ikutlah parents gi kenduri malam berinai rumah sedara. Lama tak tengok pengantin bersanding memalam…hehehe.
Nampak elegan pelamin dimalam hari
Masa sampai tu pengantin belum berarak. Tengah berkampung kat masjid lagi untuk akad nikah. Kitorang pun duduklah makan kat khemah hadap pelamin.
Pengantin baru sudah mari
Shirah dan stranger yang comel
Masa makan tu ada budak bam bam ni datang, tetiba duduk sebelah shirah. Kitorang tak kenal pun, dia kata baru lepas tolong orang masak kat belakang, perghh. Hihihi…dia baru darjah 5 kau. Gagah tak gagahlah.
Mak yang kemerahan
Nampak orang berkompang, dia suh beli kompang
Nampak orang bersilat, dia pun nak belajar silat
Kami senyum dalam mengantuk
Kitorang bertiga jer ikut my parents. Baba out of service, haha…tetiba. Ampun en. suami. Sampai nak dekat tengah malam kitorang lepak kat situ. Melayan orang berkaraokelah, melayan gossip2 lah…sampai laki sendiri dah balik rumahlah from outstation. Siap offer nak hantar bantal ngan tilam, hahaha…waddee!

9 Dec
Ni kisah gelagat kembar kat kindy my kids.
Sorang cap hijau, sorang cap biru. Masa ni pergi trip kat Domino’s Pizza.
Yang lagi 2 tu abang2 the twins.
Sorang pemalu
Sorang takleh dok diam
4 orang kau hero. Bagus betul abang2 the twins ni, pandai jaga adik diorang. Trip ni parents diorang tak ikut. So, apa2 memang the brothers yang handle. Sangat independent kids, i like!

8 Dec
Tahun ni ai pergi graduation day kat kindy my kids dengan hati yang meriah sikit. Sebab abang n hero kecik both buat performance. Last year abang sorang jer. Hero kecik tukang gelakkan kat bawah…hihihi. Memacamlah bebudak ni.
Tengok stage jer pun ai dah eksaited
Choir, choral speaking n bacaan doa
6 years old certificate for abang
Topi berjurai ni yang si abang kecoh kata dia pakai macam orang konvo…hihihi.
5 years old certificate for hero kecik
Anugerah Pelajar Paling Aktif for abang
Dan disebabkan character aktif terlampau abang ni lah, ai susah nak gain weight. Bukan diet apepun, tak kuasa mak tau. Sekali menjerit, habis pecah semua lemak…hahaha, tak caya cer try.
One more thing, bebudak sekarang memang ramai yang genius. Abang n hero kecik ada a few subject yang score 100%. So, adalah sikit rasa mungkin ada subject academic yang diorang boleh dapat award. Rupanya ada student2 lain yang score semua 100% kau, both semesters pulak tu…hihihi. Memang truly genius mereka itu.
Anugerah Lukisan Terbaik for hero kecik
Molek sangatlah tu, dinding kat rumah habis dah dia muralkan. Clap2 for u dik. Apepun congrates anak2 mama. Tak kisahlah dapat anugerah ke, tak dapat ke…yang penting ilmu yang diorang dapat timba kat sini tu dapat dimanfaatkan masa kat primary nanti. Wahhh, ayat macam cikgu sekolah tak?
Spot mana abang, yer yang terlebih hormon tinggi tu
Tiap kali bawak abang jalan, kalau ada orang tegur…mesti ingat dia dah standard 2-3. Pastu compare pulak dengan mamanya yang tak berapa nak tinggi ni. Bukan ai pendek yer, tapi tak berapa nak tinggi…hihihi. Tinggi ke rendah ke anak kita, yang penting sihat fizikal dan mental. Wahhh, cliche lagi ayat haku.
See, agak2 dia darjah berapa akan sama tinggi with me?
Baba tak dapat join, macam last year jugak. Tapi awal2 baba dah umpan abang memacam. Hehe, nak buat camne dah takde rezeki baba nak joinkan. Harap kat video yang mama record jerlah.
Fashion show by student 4 years old
Hero kecik perform sketsa n joget agogo!
Abang perform dalam drama swasta minggu ini, ahaa
Lagu wajib sebelum habis, Bertemu dan Berpisah
Last but not least, makan time!
Really enjoy the day, I’m happy when my kids’re happy!

2 Dec
Kalau dah namanya ganas, bagilah guna barang pepun bebudak ni.
Mangsa terbaru adalah mouse
Apalah nasib malang kau wahai mouse
Terbelah dua dah jadinya. Badan terpisah dari isi. Tu pun si abang boleh selamba badak guna jugak. Balik kerja tu ai yang perasan apesal lain macam jer mouse si abang ni. Sila abaikan meja yang dah terkopek2 tu, itupun kerja dia gak tu.
Takut kena marah punya pasal, boleh dia biar mouse ni bogel?
Aksi masuk telinga kanan keluar telinga kiri, bila kena bebel
Bertuah punya anak. Saja jer suruh mama keluar kejap malam tadi gi IOI Mall semata2 nak beli mouse. Ishk2 mama bukan suka sangat jejak shopping mall ni, hahaha!

2 Dec
Saja jer ai perap kisah gi hantar mak sedara gi naik haji kat Kelana Jaya haritu. Sebab nak amik aura excited yang she’s coming back esok, insyaAllah…
Berkampung pukul 4am kat Tabung Haji, Kelana Jaya
Menjelang subuh dah makin ramai umat
Pak hitam yang dah ready, he’s going haji for the 2nd time
Mak hitam yang juga dah ready, baru 1st time nak naik haji
Thanks to kekawan abah yang on duty kat Tabung Haji masa tu. Diorang hantar all sorts of things untuk mak hitam dan pak hitam. Things yang diperlukan untuk jemaah nak check in. Tak perlu nak q panjang kat depan kabin nun. Kesian tengok lenguh orang q tunggu. They should ask to collect a week earlier ke kan.
Tulis jangan tak tulis bah
Kawtim sudah
Panggilan for check in dah bermula
Sebak, pilu, hiba semua ada
Tangisan keredhaan, panjang umur dapatlah berjumpa lagi
Thanks again to kekawan abah. Mak hitam dan pak hitam check in tak ikut laluan orang awam. Diorang terus dibawak masuk ke dalam ikut laluan lain. Terima kasih ya Allah kerana memudahkan urusan mereka.
Dan esok kitorang akan berkampung kat KLIA pulak, menanti kepulangan mereka. Even hampir setiap hari dapat berhubung melalui telefon dengan diorang, kerinduan tu tatap menebal. Abah dah call kekawan dia yang on duty kat KLIA esok. Semoga urusan untuk hari esok juga dipermudahkanNya. Amin…
Guys, kalau ada yang mengalami kesulitan dengan pihak kastam baik dari segi cukai ke, penahanan barangan ke, shipment ke…insyaAllah boleh minta tolong dengan my father.
Semoga hari kita diberkatiNya…

Recent Comments