Archive | Hero Kecik RSS feed for this section

Asam masam manis

9 Apr

Apo bondolah bertepek hitam kat kepala si adik ni. Gasaklah aihh, i nak tunjuk tu yang dia tengah hisap2 tu. Nyummss masam2 manis sedap tu.

Haa benda ni lah yang dia mamam. Asam boi putih. Memang all time feberet dia ni. Masa pregnantkan dia dulu, asam ni lah selalu dok ada dalam mulut. Tu yang hero kecik polow kot. Tapi takleh bagi bebanyak kat dia, tak elok maa. Memacam kecut kang haha..

Korang suka? Dapatkanlah dikedai berhampiran. Slurp!

Bila ada asyik kacau, bila takde asyik tanya

21 Feb

Start bulan 1 haritu mak dah tak jaga aira. Masa memula tu hero kecik doklah tanya nape aira dah tak datang. Ececehhh pandai pulak touching. Masa gegirl tu ada manjanglah dikacaunya budak tu.

Petang2 bila free, aira datang rumah main sesama

Kemain windu abam kecik dengan aira

Nampak sangatlah kena bagi lil girl baru kat rumah kalau gini…tettt!


Cantik pelamin, siap ada pagar u

9 Feb

Ramai gak orang kahwin masa raya cina haritu. Tapi yang melayulah..yang cina taktaulah ada ke yang kahwin masa raya diorang?

Alololooo kesayangan hamba ini. I dok dengan hero kecik kat seat belakang. Yerlah pergi pon nompang keta makpak, baba tak dapat ikut ada hal. Masa ni sesi bagi tazkirah kat sikecik ni suruh behave behave behave.

Sampai2 jer terpegun tengok pelamin, cantikkan? Siap ada pagar lagi.

Pengantin perempuan pun cantik. Yang kahwin ni anak kawan to my parents.

Sama cantik sama padan :)

Abah jumpa kekawan lama dia. Biasalah mengimbau kenangan2 terlampau. Yang paling best pakcik baju belang tu lah pengapit abah masa kahwin dulu lu lu lu. Siap buat lawak baik punya…ko nak kahwin lagi tak? aku boleh jadi pengapit lagi!‘…hahaha!

Nak balik tu nampak anak Anwar Ibrahim ni..ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah. Cantiknya dia..tersonyum jer korojenya. Baju dia lawalah!

Nak pengsan jaga budak berdua ni. Lari sana sini..dush dushh kat diri sendiri nak bagi pengsan tapi tak pengsan gak. Terpaksalah umpan dengan sekerim sorang 3 cawan..baru sonyap. Memang laku abang jual sekerim tu, bukan abang penjual tu yang laku..i mean aiskrim dia tu lah. Ramaiii orang beli..yerlah cuaca panaskan.



Merangkak, baring, meniarap tak bertempat

21 Dec

Pernah tak rasa nak pengsan bawa anak gi shopping groceries? I mean u alone and u bawa anak. Anak tu sorang pun jadilah. Itulah yang jadi setiap kali bawa either abang or hero kecik. Without baba.

Setakat merangkak, baring, meniarap tu memang wajiblah.

Selagi tak penuh trolley selagi tu dia penuhkan.

Muka patposen kena marah dan kena cubit sedas dua. Selalunya kalau baba takde, i akan biarkan one of them tidur dulu baru bawa yang berjaga tu pergi beli groceries. Kalau bawak both lagi haru!

Dalam kereta nak bagi diam investlah sikit untuk dia. Kalau tak, kejap gi seat depan kejap gi seat belakang. Walauponnn Giant Kinrara sekangkang kera dari rumah, tapi tatap malang itu takde smell. Bahaya!

Bila dia diam gini mulalah kepala otak sendiri terasa nak melencong ke tempat lain. Tahu2 abang dah missed call 10 kali..agagagagaga! Tak jadi nak melencong, terus balik.

Kat area rumah nampak pelangi ni. Cantikkan?

Close up sikit. Actually macam sepasangkan? Lagi satu tu macam kabur sikit. Dan soalan cepumas dari abang untuk hari itu ialah mama, rainbow tu sebenarnya bridge untuk pergi syurga ekk? ke dia lead pergi tempat giant macam cerita jack n jill tu? Apekahhh?!



Tak baik doakan abang masuk api MELAKA

2 Dec

Walaupun along tak sempurna macam manusia biasa, dia tetap punya keinginan nak mendirikan solat. Tu yang tersentuh hati naluri kitorang bila tengok. Naknya kalau datang angin kus-kus suka suki lewatkan solat, nampak pulak along gi amik sejadah. Lagilah tercabar keimanan.

Asal abah solat jer dia pun datang bawa sejadah. Tapi dia tunggu abah habis solat baru dia bentang sejadah depan abah.  Siap tanya kat abah betul tak arah kiblat dia.

Pastu dia solat versi dia. Sukahati jer angkat takbir berapa kali, rukuk..sujud berkali2..gitulah dia ulang2. Last sekali bagi salam. Dah habis tu siap baca doa. Tapi taktahu apa doa dia..siap tutup2 mata n mulut terkumat-kamit. Along ni, berapa kali kita ajar pun dia takkan ingat. Tapi takpelah diakan istimewa. Takde dosa yang tercatit untuk diri dia.

Tetiba datang pulak budak kecik ni. Dengan tak berbaju, dengan pakai short..selamba jer dia kekonon solat. Katanya nak cepat solat takut habis waktu. Haiyooo??

Ustaz zarif iaitu abang pun mulalah bertazkirah kat depan hero kecik.


Nak tahu last2 hero kecik doa apa? Ya Allah kau hantarlah abang masuk api MELAKA. Sebab dia selalu buli saya adiknya. Amin…

Pastu apa lagi. Melompatlah abang terkam hero kecik. Dan bergustilah mereka. I pun dah takleh nak capture pic lagi sebab nak leraikan diorang. Sambil tu i cakap kat hero kecik tak baik doa benda yang buruk pada orang lain. Allah tak suka :)



Ku kirim hero kecik wakilkan diriku

10 Nov

Anak kalau dah demam, kirim salamlah nak huu sana huu sini. Weekend lepas punya lepas abang demam teruk. Kalau tak silap i ada 3-4 wedding dah plan nak pergi. Tapi terpaksalah batalkan sebab keadaan abang.

Salah satu wedding yang sepatutnya wajib pergi was my cousin punya wedding. My parents pergi, so i kirim hero kecik wakilkan i. Boleh ke cakap camtu?

Macam-macam pesanan i bagi kat dia. Macamlah dia kisahkan?

I suruh dia berkepit jer dengan atuknya. Tapi takdelah suruh sampai atuk nak duduk pun macam nak terkepit jer orang tua tu dibuatnya.

Pandai tease mama ekk adik ni

Shirah pun ikut. I suruh dia ambil pic apa-apa yang patut. Yang tak patut takyahlah. Sekali tengok pic dia sesorang posing camni yang kemain melambak. Sabar jerlah…

Tapi ada jugaklah pic lain dia ambil. Thanks lah yer shirah…

My cousin buat wedding kat Hotel De Palma, Shah Alam. Tinggi menggunung kek kau tasya oii. Pelamin pun cantik. Semuanya cantiklah..cuma hari aku jer yang tak cantik, tak dapat attend ur wedding.

Nasib baik ada alasan kukuh tak dapat attend. Kalau tak kompem raya haji nanti salam tak pandang muka..hihihi

Taraaa! Ni lah pengantinnya, my cousin..tasya n husband. You look so gorgeous honey! Dah nama pun pengantinkan..congrates babe :)

Habis segala jenis pamphlet n brochure kat hotel tu si hero kecik sambar. Nak bagi kat i katanya. Pastu dia siap bagi soalan bonus kat nenek dia. Boleh tak kalau nak buat birthday party kat sini, nenek? Gulp!!


Page 2 of 512345