Archive | Family RSS feed for this section
Aside

Sinaran cahaya kegemilangan

29 Jul

Meh julingkan mata tengok colorful lights

Semua-semua orang pun dah pernah jejak kaki kat I-City ni kan? Kalau tak masuk dalam pun at least lalu kat highway musssti nampak the kaler2 lights.

So, malam minggu yang lepas pada jam 11.30pm kami pun berjaya jejak kaki kat sini. Jakun toksah cakaplah.

Seronoknya disini sebab semua orang pun macam ada didunia fantasi

Sian anak kecilku. Lenguh berjalan..memang super luas betul kawasan ni.

Pada yang nak ajar anak mari mengenal warna adalah sangat molek disini

Both budak kecik tu dah penat

Dan kelaparan. Had supper sikitlah..luckily ada jual-jual kat situ.

Mak pun ikut sekali. Pastu balik rumah dia pening. Dah tutup mata nak tidur pun nampak warna warni jugak katanya. So I teased her suruh tidur sambil buka mata n pakai cermin mata hitam :D

Berbaloilah bayar parking rm2. Memang cantik hasil yang dipamerkan. Syabas Inspektor Sahab! Ehh..pembuat filem hindustan mesti excited nak buat shooting kat sini. Diorangkan suka scene bebanyak pokok pastu berbukit-bukau pastu cahaya warna-warni ni. Tapi kalau tengah menari tu dok peluk-peluk pokok pastu kena renjatan elektrik nasiblah.


Aside

Fun itu seronok especially with the kids

28 Jul

Continue dengan sports day abang…

Mak dan bapak budak membariskan diri

I join acara baling belon yang berisi air kepada anak. Kalau jatuh pecah…out! 1st attempt dah pecah..hihi..but bukan abang and I jer..almost semua peserta pecah belonnya. Sorang jer lepas.

Baba join acara bowling kelapa..baling kelapa kat botol tu..siapa paling banyak jatuhkan botol menang. Baba punya 4-5 jer jatuh gitulah..ishk2

Mak pun join bowling kelapa. Balik tu lenguh2 tangan. Kesian.

Lepas gian jadi kekanak riangria. Kasi chance kat baba lah.

Nenek abang pun join! Tapi belon tu bocor..adoiyaiii

Acara mencekik tembikai. Baik tak tercekik. Baba menang tempat pertama :D

My sis pun join. Sampai nak tertutup muka dia dengan tudung.

Nenek pun join. Again.

My sis menang tempat pertama. Memang hantu makanlah our family :D

Acara mencari harta kartun untuk satu family. Fun!

Hadiah time! My one abang tolong ambilkan. Hero kecik dah mengamuk tahap gaban nak ajak balik. Panas terik yang hamat.

Cak! Sian..orang lain berpusu tengok orang amik hadiah. I terpaksa jadi puteri lilin kerana hero kecik. Yang penting we really had fun! Kecoh mengalahkan buat kat Stadium..next..looking forward untuk rombongan kindie abang pulak. Ehh..mama kena ikut tau abang! Lalalalaa…

Dah sebulan lebih I amik report card abang. Nanti2 I update kat sini. Alhamdulillah with the results. Ada 3 subject with full marks and the rest 90++. Hope takde yang salah erti I update kat sini nanti. Blog ni kan is all about my beloved family..especially perkembangan my kids :)

Have a pleasant day…



Aside

Cepat bang!

27 Jul

Apsal mata silau ni. Ohh salah letak sunglasses rupanya

Kitorang berkampung kat kindie abang weekend lepas punya lepas. Hari sukan..excited taktau nak cakap..yerlah 1st time merasa anak bersukan. Teriak ngalahkan tengok world cup. Nasib baik tak pakai baju pom-pom girl kalau tak dah selamat beraksi kat situ. Betul.

Warm up dulu yer anak-anak, ibu-ibu, bapa-bapa

Lari abang lari! Balik kang mama belikan kasut Ben 10. Hek hekk. Tak ingat berapa acara yang abang masuk. Yang pasti suaraku dah ala-ala nyenyawa ikan.

Laju lagi abang laju! Balik kang mama belikan topi Ben 10. Hak hak. Entah berapa meter punya lari pecut ni..asal menang lari laju jer baba claim bagus cam dia..kata kaki panjangkan..poyo.

Cepat abang cepat! Balik kang mama beli jam Ben 10! Ehh..parah dah haku ni.

Isi cepat bang isi! Balik kang mama belikan thumbler Ben 10..waka waka

Kutip bang kutip! Balik kang mama belikan warehouse Ben 10 teruslah senang cerita!!

Fuhh..berbaloi aku menang banyak tadi. Mama janji memacam dah nak belikan ni. Fokus..fokus…fokus bayangkan barang tu semua

Ambil hadiah dulu..cepat pakcik nak balik ni

lagi

dan lagi

dan lagi lagi

lagi dan lagi lagi

Taraaa!!

Actually presents tu semua campur2 dengan yang ibubapa n family punya acara. Lagi haru biru acaranya..yang tu esoklah I story. Tak pun lusa. Penat hari sukan tu datang balik bila I tengok pics tu semua. Fuhhh!


Aside

Workshop untuk kenderaan mainan

26 Jul

Nak ikut abang pergi workshop tak?

Haa ni lah workshop yang abang nak tunjuk kat u all. Ni workshop adik ipar baba kat Johor. Lupa ingatanlah bila we all pergi ni..tak silap somewhere around last month kot.

Workshop bapa sebelah..workshop anak2 sebelah. Anak2 buah baba ada 3 orang.. semuanya hero! So haruslah ada bengkel kecik for them too..tengok habis semua mainan berbentuk kenderaan diorang repair kat sini

Including my heroes..berpanas terik mereka..rasakannn

Menetes-netes peluh memasing. 40 kali mandi pun tak hilang kehangatannya. Risau gak demam ke..but alhamdulillah tak..makin segar dan aktif lagi ado!

Maa, balik KL nak workshop kecil macam tu jugak boleh? Tu kat stor ada banyakkk kereta, lori, jentolak yang rosak.

Sekian permintaan yang tak kuasa nak dilayan.


Aside

Lemas dalam lambakan bunga

23 Jul

Salam :)

From Putrajaya with lep

Welcome to Pesta Floria Putrajaya 2010

Ada yang pergi tak pesta bunga-bunga cinta ni on last Saturday? Kalau berlaga bahu kompem tak perasan. Sebab manusia pencinta bunga punyalah ramai. Hebat penangan bunga ni. Pastu masuk pulak free :D

Rasa macam kat taman bunga diraja pun ada. Cantik sangat the garden’s deco.. siap dikelilingi pagar..siap ada buai..siap ada air pancut..siap ada jambatan yang kalau naik 5 langkah dah sampai seberang. Kreatif!

Cartoon character yang dibungakan..cute!

Ni yang indoor punya. Tak tentu arah betul nak jalan. Sini ada sinun ada. Yang kat luar tak habis tawaf lagi. Mak aii…

Cantikkan pemandangan taman bunga dihiasi lampu diwaktu malam. Tapi yang pergi siang pun cantik juga..nampak warna warni bunga tu.

Tak tahulah berapa puluh ratus langkah kitorang dah lalui. Yang pasti memang penat..sian kat maklah. Asal jumpa pangkin jer duduk kejap..ada jugak diorang sediakan tram dalam tu. Tapi q dia panjang sungguh plus taklehlah nak bercanda sebarang seminit dua kat setiap garden :D

Si botak yang dah kepenatan

Katanya kat situ tutup pukul 10pm tapiii by the time kitorang habis tawaf dah 10.30pm and ramai lagi pencinta bunga yang baru datang. Hehh..

Kesimpulannya, memang best. Cuma I tak perasan dimana letaknya kuntuman bunga lily..hihi. Favorite flower my mom tuuu..tu pasal kitorang 3 girls in the family nama pangkal lily. Lily besar, lily tengah, lily kecik. Nak letak jugaklah lily kalau I dapat baby girl..hiks. Ehh..cempaka pun ok gak..dahlia ke..kenanga ke :D



Aside

Melawat haiwan yang dapat PR Melaka

22 Jul

Salam :)

Pernah masuk Zoo Melaka tak? I ni nama jer tok nenek asal sini tapi tak pernah lawat pun binatang yang dapat PR Melaka ni haa..oleh itu meh ler layan lawatan tak rasmi kami kesini.

Excited pergi Zoo macam dapat pergi Disneyland

Hero kecik kata ini dinosaur!

Abang kata zirafah ni tekak dia tinggi!

Euwww! Sesi ciom montotkah!

Burung warna-warni kat belakang tu relaks jer. Takde gedik-gedik nak terbang bebas macam dunia ini ana yang punya! Sangat berdisiplin..dok jer bertenggek kat dahan kayu tu haa..padahal takde pun takdir hidup dikelilingi sangkar. Feeling nak bergambar dengan pengunjunglah tu…

2 gadis comelsss yang keletah (cilok from blog nani)

Binatang pujaan hati hero kecik..elephant! Tapi sabar jerlah..bila dia dah tengok live..dia kata laa takdelah best mana pun tengok gajah ni..sama jer macam dalam buku..boleh dia bagi statement camtu? Nasib baik elephant tu tak dengar. Sudahnya abang jerlah bergambar dengan penuh keikhlasan senyuman dia.

Singa yang dah tua bangka. Sungguh. Tua betul nampak dia..takdelah nampak beruban ke hape..tapi nampak macam dah uzur sangat pastu badan adalah sangat kerempeng. Rasa nak campak surat layang suruh diorang ganti dengan singa baru..singer..menawan keluarga bahagia..ehh :D

Burung berjambul putih. High maintenance ni..gel rambut dia bukan cokia punya hokay.

Yeah..menghampiri garisan penamat a.k.a pintu keluar. So inilah family pic di Zoo Melaka. Menyesal ambil masa dah nak habis tawaf..muka semua tak cukup perisa. Letih. Moral of the story..sila bergambar di entrance kalau nak lawat sesuatu tempat tu. Kompem pic macam..senyum seindah suria..yang membawa cahaya..senyumlah dari hati..duniamu berseri..haha..teringat nyanyi lagu ni masa join sambutan Hari Kekanak kat Stadium Negara tahun 1994. Ok ter-meleret dah…

Memasing jalan lenggang kangkung macam Zoo sendiri. Siap singgah surau dalam tu lagi solat asar pukul 7pm. Padahal dah tahu Zoo tutup pukul 6pm. And haritu pulak takde Zoo malam. End up semua jenis pintu masuk keluar kat situ dah dikunci. Rasakan! Nasib baik ada guard yang kami jumpa..itu pun dia dah nak blah gi round kat kawasan lain..kalau tak..dapat pakej 2 days 1 night lah dalam Zoo tu.

Anyway anyhow..dah habis daa story mory pasal our vacation. Best sangat. Sangat best. Jumpa lagi :)


Page 30 of 58« First...510...2829303132...3540...Last »