Archive | Abang RSS feed for this section
Aside

Abang yang kekadang lebih matang dariku

12 Nov

Malam tadi i pack baju baba. Bukan nak halau dia dari rumah. Tapi he’s going outstation. Again…

Ni lah kisah suamiku. Saja nak feeling lebih sikit harini bolehkan?

Attend conference, course, seminar dan seangkatan dengannya adalah sebab kenapa diriku dan anak-anak terpaksa ditinggalkan. Cewah lebih-lebih pulak touching.

Meeting sana meeting sini..heyy sana heyy sini. Ehh terlebih pulak.

Jumpa orang sana jumpa orang sini. Yer i faham..dah tugas dia..nak cari rezeki untuk keluarga. Sebelum ni i ok jer dia outstation ke apa..tapi kali ni..

Kenapakah dan mengapakah baba kena away from the family disaat abang punya kindy graduation esok? Nak nangis dan nangis! Ohh please excuse me for the terlebih emo sekejap.

Last night dah explain kat abang. Baba pun dah hug2 dia segala. Ingatkan dia nak merajuk ke apa. Tapi dia cool jer..siap pujuk i..it’s ok mama..ni baru graduation 5 years old. Next yearkan ada lagi? Ohh hugs n kisses for you abang!

Abang oklah mama :) Nanti kita 3G lah dengan baba kay mama! So malam tadi i tidur peluk abang instead of peluk baba yang will be away for few days..and now i dah terindu sama baba. Padan muka.


p/s : Siapa2 nak dig info pasal teknologi bolehlah visit website baba. Dia ada share serba sikit knowledge yang dia tahu.


Aside

Along penghibur abang…

3 Nov

Thanks pada yang doakan kesihatan abang. Alhamdulillah dia dah sihat, cuma i tak bagi pergi kindie dulu. Bagi betul2 sihat. Ingat nak bagi pergi esok, sekali masa teacher dia call this morning nak tanya khabar abang..dia inform sekali esok dah cuti untuk deepavali daa. Wahh..cuti panjang terus abang.

Dahlah abang banyak skip rehearsal untuk concert kindie dia. Nak buat camne, dah tak sihatkan. Takpelah next week all out kay abang!

Kesiannya anak mama. Siap bertampal koyok bagai. Haritu masa dia tak sihat i tak sanggup nak tepek kat sini. Nanti i yang tak keruan kat ofis.

Sebenarnya i nak story pasal along. Dialah tolong hiburkan hati abang masa tak sihat.

Sebelum nak gi mandi dia sempat sakat abang. Gelak sakanlah abang.

Bila along pergi mandi, dia longlai balik. Penangan ubat banyak sangat kot. I pun takut nak bagi dah. Tapi ngam2 antibiotik nak habis baru dia sihat. Buat saspen jer.

Bila dah siap mandi dah wangi dah hensem..along hiburkan abang dengan main gitar pulak. Tapi asyiklah nyanyi lagu Isabella tak pun lagu Tragedi Oktober. Ohh..dia memang peminat tegar Search dengan Wings! Dia main petik jer pun..bukan main betul2 pun..hahaha..dan abang memang terhibur :) Thanks along…


Aside

Abang yang masih demam

1 Nov

Salam hari isnin :) Ohh! harini i takde monday blues kat ofis sebab i tak gi kerja pun..hehehe..bukan apa abang still tak sihat lagi. Kesian pulak tengok dia merengek2 lesu gitu..padahal mak boleh jer tolong jagakan. Tapi i berat hati pulak nak gi kerja bila tengok dia gitu.

Luckily dia dah habis final exam kat kindie, tinggal concert day jer. So, abang cepat2 sembuh kay! Mama nak abang aktif dan bertenaga macam biasa :)


Aside

Ujian menjadi budak kampung

29 Oct

Ada yang hantu menjala tak? Bukan hantu kat tempat menjala tu, tapi maknanya suka menjala tak? Instead of memancing. Yeahhh, itulah kesukaan baba dan iparnya dan juga pak mertuaku diikuti oleh anak2 buahku termasuk anak-anakku sendiri.

Inilah yang berlaku disuatu petang nan indah. Selalunya diorang menjala kat parit besar depan rumah mertua jer. Tapi haritu lokasi baru telah dikenalpasti. Baba bawa abang n hero kecik sekali. Tapi dia tak bagi i ikut. Katanya kang i banyak mengomel..itu ini tak bagi the kids buat.

Tapi bila tengok pics ni semua, kecut perut tengok tempatnya. Redah semak samun hutan belukar. Baba kata takpe diorangkan nak jadi budak kampung.

Banyak dapat ikan dik?

Jangan tanya i ikan apa. Yang pasti sedap bila digoreng..hihihi

Kura2 pun dapat, tapi yang ni tak digorenglah..dilepaskan balik jer.

Tengok? Kalau korang scary tak tengok anak2 dok sipi2 tebing gitu.

Siap huu sana huu sini.

Nak cari kayu api tak larat nak angkatkan. So diorang cabut benda2 ni jer.

Fuhhh! Boleh menang pertandingan kekanak paling comot abad ini. Yang herannya abang ni pakai spentot tapi habis dalaman pun berlumur lumpur..celah kangkang semualah. Seb baik lelaki, kalau fomfuan? Tak ke haru?

Tu tak kira calar balar satu badan. Balik tu i sental dengan dettol. Terpekik2 pedih..tapi boleh gelak2 suka lagi. Apepun baba kata mereka hampir lulus jadi budak kampung. Ujian kena ikut peringkat umur. Ohh?


Aside

Penat yang tak dibuat2

25 Oct

Penat citer pasal rombongan budak kecik ni lah. Tapi i kena habiskan jugak lagi satu part. Kisah diorang pergi Lake Garden. Kalau tak citer, jadi monster si abang kang pesal citer rombongan dia tak habis. Yer..dia pembaca setia blog mama dia. In fact, komen2 tu semua pun sibuk nak baca.

Masa tunggu bas kat Muzium Telekom. Kemainlah riuh rendahnya kat situ. Ada sorang jer manusia boleh maintain cool disaat bebudak dok memekak macam nak runtuh bangunan muzium tu. Nak tahu siapa?

Tu..pak guard tu lah. Relax jer dok bertenet. Memang diorang diberi kemudahan gitu ekk. Syoknya..barulah tak boring kerjakan. Selalu tengok pak guard muka memasing bosan tahap gaban jer.

Muka separuh penat. Kelaparan sebenarnya. Tengah tunggu the teachers prepare lunch for us. Mak2 lain sibuk dok touch up mekap. Tak kuasa aihh.

Dah selamat makan the kids dok melinjang nak main kat playground. Takleh lah nak terus mainkan. Kang muntah secara beramai kang siapa nak menjawab?

Muka puashati dapat main kat the big playground. Selalu main kat tempat comel loteh jer. Itupun siap dah kena vandalisme. Cabut sana sini.

Tengoklah anak2 u baba. Dah elok sampai atas tak reti nak turun pulak. Dahlah i kurang sampai nak capai diorang. Pastu diorang siap perli..kalau baba adakan senang nak turun. Nangis jap i kat situ. Pastu boleh pulak turun sendiri.

Penat tengok diorang main. Tapi diorang tak penat pun.

Dah naik bas baru pengsan. Masa on the way balik tu memang senyap sunyi. Lagu kekanak riangria pun tak berkumandang dah. I jer takleh tidur sebab dok fikir kepenatan yang i kena hadapi dah balik nanti.

Sebab sampai jer rumah kena terus siap..ada 2 birthday parties nak kena attend. And it’s sunday! Esoknya pulak kena kerja..takpelah nak bagi the kids seronok punya pasal.

Muka tatap boleh sinyum. Seronok join rombongan kindie abang. Dapat beramah mesra dengan the teachers..the students..the parents.

Ohh esok abang ada final exams. Last weekend kemain dia study depan pc. Study katanya..yang kelakarnya dia siap boleh search apa yang dia tengah revise. Siap tak bagi i kacau. Cuma ada certain words yang dia tak faham jer baru panggil i translate. Bila i ajar dia pasal online dictionary terusss tak panggil2 i dah.

Tak kira, balik kerja ni i nak dia buat revision dengan i jugak. Mana boleh miss moment2 gini. Selain dapat cubit2 manja tang mana yang dia tak reti2, boleh i pass the housework to baba. Ehh i kan kena ajar anak ni.


Aside

Apa ada dalam Muzium Telekom?

22 Oct

Ok meh sambung story semalam. I nak tunjuk apa yang ada dalam Muzium Telekom. Tapi tak sempat capture semualah. So i just tunjuk roughly kay. Pepaham jerlah diriku sendirian handling the two heroes.

Penyambut tetamu yang tak kenal erti penat lelah. Dari kitorang arrived till kitorang nak balik stay gitu jer. Very dedikasi tau pekerja ni.

Surat yang ditulis tahun 1879. Ada antara korang yang dah lahir?

Memandai-mandai

Annual report Jabatan Telekom yang pertama. Diterbitkan tahun 1946.

Berat betul telefon dedulu kala ni. Camnelah diorang gayut masa bercinta ekk.

Berkali2 hero kecik suruh i replace telefon kat rumah i tu dengan telefon dail pusing2 ni. Memang penyabar betul orang2 dulukan. Satu2 nombor nak kena pusing. Kalau sekarang mahu kena campak telefon tu.

Kita ikut spelling orang dedululah ekk. Inilah dia Panduan Talipon.

Berebut nak dengar telefon yang ada bunyi suara telefonis dedulu. Apesal i dengar macam seram jer? Jangan terngiang2 masa tidur sudah.

Mama mana monitor dia? I pun duduklah bersila explain kat dia.

Tulang belakang Jabatan Telekom. Sungguh efficient orang dedulu ni.

Tukang hantar surat. Penat tengok, naik basikal jer. Besar jasa mereka. Tabik2!

Kemudahan perhubungan masakini

Telefon Atur yang hanya dipakai oleh orang2 kaya seantero dunia. Besar botol air. Baling anjing pun mati.

Lampu isyarat udara yang diletakkan atas menara Bukit Nenas. Tengok macam senang jer nak pikul bawa balik. Cuba pikul tengok!

Mereka masih belum penat. Sambung lagi rombongan ke Lake Garden pulak. Ohh i yang penat sebab dok sama berlari dengan the heroes. Yerlah takut jatuh ke..sesat ke..bergaduh ke. Dahlah baju semua sama jer. Aishhh..tapi i rasa patutnya jer diorang sendiri2..bilalah nak terima kenyataan yang anak2 dah besar?

At last ada gak pic sendirian berhad kat dalam ni. Itupun cepat2 culik anak dara teacher tolong capturekan kejap. Ehh ada brother pakai spec hitam kat belakanglah. Haha..hepp tu teacher abang punya husband daa. Hello baba, miss u :) Tetiba.


Page 3 of 612345...Last »