Kisah graduation kindy abang dah lama terperam dalam draft. Malam tadi abang baca blog ni, pastu bebel-bebel kata mana entry tu? Wahhh..budak kecik ni dah pandai demand ekk. Katanya nak suruh kekawan kindy lain tengok jugak. Amboiii..bebudak tadika sekarang!
Oklah ni mama storylah ni…

Muka excited campur sedih. Sebab baba can’t make it. Dia kena pergi outstation pulak. Oklah taknak touching2..i nak enjoy kat sini!

Persembahan koir dan choral speaking. Fun!

Persembahan bacaan doa dan surah2 pendek. Alhamdulillah

Tengok anak bujangku ni. Menyengih memanjang jer dia atas stage. Sebelah kiri dia tu bestfren pompuan dia kat kindy..Jannah nama dia. Boleh tahan gak comel..bergaya sakan u dengan set mutiara dia.
Lepas tu adalah persembahan bacaan, bercerita semualah. I banyak ambil video jer. Tu pesanan utama abang, banyakkan amik video..less pics pun takpe..sabar jerlah.

Sesi penyampaian sijil untuk setiap pelajar. Abang baru 5 tahun..so kira tahun depanlah baru grad dari kindy ni. Tu tak pakai baju konvo tu..hihihi..dah nama budak lelakikan, gelebeh2 baju dibuatnya.

Then abang naik lagi sekali. Terkejut i..rupanya dia dapat pelajar terbaik untuk subjek agama islam. No wonder kalau kat rumah kemain garang dengan hero kecik. Suruh solatlah, mengajilah..kalau i lambat solat pun dia sound..ehh ehh tercabar pulak. Apepun, congrates abang

Bestfren abang..Adam. Dia ni 6 tahun..next year dah takde kat kindy. Mesti abang sedih..takpe geng serumah abang, hero kecikkan ada nanti. Adam tu, abang standard 1 nanti boleh jumpa balik. Insyaallah kalau satu school lah.

Ni Jannah tadi tu. Baru 4 tahun umur dia..sebaya hero kecik. Like i said, kemain bergaya dia dengan set mutiara. Siap mekap lagi. Tinggi maintenance budak ni dah besar sok.

Some of 6 years students
Mereka juga ada bersama

Pastu sambung balik persembahan joget2 lagu melayu. Kelakar habis!

The girls pun berdansa jugak. So sweet! Dah habis persembahan tu semua..acara pun habis. Then sesi bergambar pulak. Pastu makan2…tamat. Jumpa lagi next year!

Thanks kerana sudi menemani kakakmu ini. My parents pun tak dapat datang. Ada hal. Bila balik tu satu rumah abang bebel nape tak datang tengok dia..ekekeke! Haritu kata ok jer kalau mama, hero kecik n shirah jer yang dapat datang. Tetiba lepas habis tu dia touching pulak. Pastu baba dengan atuk dengan nenek dia promise nak bagi gift sebab result dia ok. Baru dia tenang.

Hope baba will be together untuk graduation kindy abang next year. Kalau tak mahu merajuk 6 bulan abang tu. Apepun enjoy your holiday yer abang..jenuh tiap2 hari nak kena bagitahu dia esok still holiday till next year. Dia tak kira nak tanya jugak esok school tak mama? Pastu dia gelak. Aishhh!
And sebagai ibu, untuk tumpang happy kat abang..esok i publish marks dia untuk final exam 5 years. For sweet memories abang jugak bila dah besar nanti

Recent Comments