Archive | Abang RSS feed for this section
Image

Transformers kena renjatan elektrik

30 Mar

Tengah relaks lepas lipat baju, abang naik bilik tunjuk drawing dia. Ingatkan drawing biasa2 jer. Rupanya drawing transformers kena kejutan elektrik. Haha!

Inilah rupa transformers yang malang itu, dah kena renjatan.

Baba bagi B+…haha sabo jerlah penat anak tu lukis, detail lagi.

Aside

Warning from budak kecik

22 Dec

Balik kerja semalam, hilang terus penat.

Gelak sakan tengok note yang si abang tulis untuk maksu shirah dia.

nota lawak budak kecik

Note ni si abang paste kat meja pc dia

Isi nota (susunan dari atas) 

” kompiuter…do not tochc…chirah the “

And dia suruh susun sendiri ayat tu yang bermaksud

” shirah, do not touch the computer “

hahaha!

Aside

Takut punya pasal belasah jerlah pakai

2 Dec

Kalau dah namanya ganas, bagilah guna barang pepun bebudak ni.

Mangsa terbaru adalah mouse

Apalah nasib malang kau wahai mouse

Terbelah dua dah jadinya. Badan terpisah dari isi. Tu pun si abang boleh selamba badak guna jugak. Balik kerja tu ai yang perasan apesal lain macam jer mouse si abang ni. Sila abaikan  meja yang dah terkopek2 tu, itupun kerja dia gak tu.

Takut kena marah punya pasal, boleh dia biar mouse ni bogel?

Aksi masuk telinga kanan keluar telinga kiri, bila kena bebel

Bertuah punya anak. Saja jer suruh mama keluar kejap malam tadi gi IOI Mall semata2 nak beli mouse. Ishk2 mama bukan suka sangat jejak shopping mall ni, hahaha!

Aside

Berjejak kasihan

20 Sep

Beraya area KL-Selangor ni, dalam sehari banyak rumah dapat pergi sebab jarak dekat2. Ada satu hari tu dari Selayang ke Selayang Baru pastu ke Kuala Kubu Bharu pastu ada lagi, yg tu next entry i story mory. Syok jer ikut jalan dalam Ulu Yam tu, masyuk jer layan suasana dingin..pastu geram tengok air terjun..nak terjun tak dapatlah sebab pakai baju raya, haha!

Tapi kalau guna jalan area situ agak sunyi sikit, siang2 ok lagi..tapi kalau malam, hehh hehh!

Kitorang gi beraya kat KKB, rumah adik tiri mak. Dah lama sangat tak jumpa. Adik tiri mak yang pegang budak kecik baju oren tu, ai panggil dia pakngah. Pastu wife dia makngah yang pakai tudung hitam tu, cunkan..hehe, dedulu kalau jejalan ngan dia jenuh dia kena ngorat..hihi, kitorang masa tu bebudak hingusan lagi. Anak2 pakngah yang pakai baju hijau n baju oren.

Masa bebaru kahwin dulu diorang duduk ngan arwah nenek. Dekat sangat ngan kitorang. Anak dia yg baju hijau tu, Azril namanya..sekarang dah form 5, masa kekecik dulu ai selalu berebut ngan my sis nak gi amik or hantar dia kat babysitter. Pastu lepas arwah nenek meninggal, adik tiri mak ni pindah Kuala Kubu. Lama gak kitorang lost contact, last few years baru dapat jumpa balik. Berjejak kasih gitu..

Ni namanya ‘rumah terbuka’..hehe, kat Kuala Kubu ni banyak sangat rumah peninggalan zaman jajahan British dulu. Kalau berani mai lah memalam kasi explore semua yg dah ditinggalkan tu, huhuhu..

Aside

Abang nak jadi ni nak jadi tu, boleh?

12 Aug

Budak kecikkan, memacam cita-cita diorang ni. Haritu abang cakap nak jadi Bos polis. Bukan Ketua polis tapi Bos polis, hahaha. Tapi kali ni dah lain pulak.

Sedang merenung masa depan disamping helikopter.

Cover keterujaan dapat naik heli.

Senyum sambil plan nak tukar cita-cita. Ok mama, abang nak jadi juruterbang jet pejuanglah. Uishhh kus semangat mama abang oii. Kerja lain boleh?

Yer, itulah yang terjadi pada baba. Siap dah dapat offer masuk TUDM for training, cita2 nak jadi juruterbang apa jenis jet ke heli ke roket ke hampir tercapai. Tapi terpaksa dilupakan sebab mak dia tak bagi. Kerjaya yg sangat mencabar nyawakan. And now, abang? Relax relax..abang baru nak masuk standard 1 next year, hehehe.

Aside

Kesesatan dalam kedai besar punya

3 Aug

Kisah di kedai second hand.

Seorang budak lelaki, suka sangat mengetest kat semua tempat baring dan tempat duduk yang ada dalam kedai tersebut. Empuk banget gamaknya.

Sampai terlelap-lelap gitu. Sudahnya bila dia bukak mata semua orang dah takde kat depan mata dia. Dahlah kedai tu besar, haa mendapatlah dia tersesat kat dalam tu.

Hasil pekikan hero kecik, abang dapat cari jalan keluar. Lenkali buat lagi.

Page 1 of 612345...Last »