Archive | PC RSS feed for this section

Warning from budak kecik

22 Dec

Balik kerja semalam, hilang terus penat.

Gelak sakan tengok note yang si abang tulis untuk maksu shirah dia.

nota lawak budak kecik

Note ni si abang paste kat meja pc dia

Isi nota (susunan dari atas) 

” kompiuter…do not tochc…chirah the “

And dia suruh susun sendiri ayat tu yang bermaksud

” shirah, do not touch the computer “

hahaha!

Takut punya pasal belasah jerlah pakai

2 Dec

Kalau dah namanya ganas, bagilah guna barang pepun bebudak ni.

Mangsa terbaru adalah mouse

Apalah nasib malang kau wahai mouse

Terbelah dua dah jadinya. Badan terpisah dari isi. Tu pun si abang boleh selamba badak guna jugak. Balik kerja tu ai yang perasan apesal lain macam jer mouse si abang ni. Sila abaikan  meja yang dah terkopek2 tu, itupun kerja dia gak tu.

Takut kena marah punya pasal, boleh dia biar mouse ni bogel?

Aksi masuk telinga kanan keluar telinga kiri, bila kena bebel

Bertuah punya anak. Saja jer suruh mama keluar kejap malam tadi gi IOI Mall semata2 nak beli mouse. Ishk2 mama bukan suka sangat jejak shopping mall ni, hahaha!

Mari belajar

8 Jul

Still about my heroes punya kindy. I pergi collect their reports cards. Last year amik abang punya sorang, tahun ni ngan adiknya sekali.

Masa i sampai, hero kecik and the gang jer ada. 5 years punya class. Abang kat tingkat atas, tapi sebab mama mereka datang..dedua kena hadap teacher sekali together with me. Siaplah! Hehe..

Alhamdulillah the result adalah sangat ok for me. Bila dedua dah sekolah camni, abang banyak tolong hero kecik. Tapi kalau time dia hangen, ajar punya ajar adiknya tak faham..terus dia completekan homework orang tu. Haiyooo yang tu cannotlah, so bila camtu i kena interfere.

Kat kindy, teacher kata hero kecik ni agresif sikit compared to abang. Memang betul pun, kat rumah pun gitu. Belajar kuat, tapi memain lagi kuat..haha!

Balik rumah, i sambung sikit lecture. Hehe..

Apepun, i nak highlight kat sini. Jangan marah kalau anak2 nak main online game kat pc. Especially yang learning game punya. As long as kita monitor game apa yang diorang main, then shud be no problem. It really helps our kids especially in english subject. Tak perlu nak download2, kang terselit pulak viruskan. Just play the online flash game.

Tak puas main game kat hall bawah, sambung kat hall atas. Boleh main game sambil golek2 atas tilam, haha. Siap berselubung pulak tu, pastu kang tau2 dah tidur. But still kena alertlah baper jam kita nak bagi diorang main. Shud have time limit.

Sebab mamanya nak jugak online dengan aman. Happy weekend!

Buat mama rasa bertambah sayang

16 May

Penat. Tired. Letih. Exhausted.

Yer itulah yang sedang kurasakan sekarang. In fact, bukan i sorang jer. Tapi including baba and also dua budak kecik bertuah itu. Semuanya kerana sesi cat mengecat dirumah baru adikku yang bakal berumahtangga in just few more weeks.

Memandangkan terlalu kepenatan, malaslah pulak rasanya nak upload pics disepanjang sesi itu. Esok2 lah, perhaps. So harini i tepek pics lama yang agak2 related jerlah yer.

Sungguh tak kusangka, bila adikku nak kahwin..beli rumah baru, anak-anakku yang akan tolong cat rumah dia. Nak nangis rasanya mama. Seronok.

Kejap2 mintak rehat, kejap2 mintak air, kejap2 mintak makan. Takpe mama tak kisah. Mama layankan jer. Mama terharu sebenarnya.

Kitorang mengecat 2 hari, sabtu ngan ahad lepas. Tu pun tak siap lagi, harini lepas balik kerja we all akan shoot off to Seremban again. Sambung balik ngecat. Luckily esok cuti.

Semalam balik rumah, tengah malam baru sampai. Sian penat betul diorang. Nak naik bilik atas pun tak larat. Baring jap kat tangga.

2 days hand-off dari pc, balik rumah dapat peluk kejap pun jadilah. Haiii..abang abang!

This morning, before diorang nak gi sekolah..i pesan yang petang ni kita akan gi sambung painting lagi. Terussss mereka horeyyy! Ohh masih semangat lagi yer. So, on your mark..get set….!

Go!!!

Tetiba tak sabar pulak nak upload pics diorang mengecat last weekend. Apepun mama really proud of you guys. Cinta hati mama selamanya.

 

 

 

 

 

psstt, nak join i buat survey pastu dapat duit tak? jomlah..senang jer. klik sini yer –> my.ipanelonline

Banner cenonet by zombie

27 Apr

Family day haritu kitorang buat banner cincai yang super last minute. Esoknya nak pakai, harini baru pakteh i inform yang dia tak sempat gi print banner. Hohoho apelagi kul 3am baru baba ngan i start buat. Before tu dok kehulu kehilir tolong abah settlekan things for the family day jugak.

Dah takde masa nak berdondang sayang buat kat bilik. Bawak turun segala mak nenek gadget yang diperlukan. Belum start dah rasa diri macam zombie. Hihihi dengan apa artwork pun takde. Kot tinggal nak print jer cantiklah jugakkan. Senang sikit kerja. Ini from zero u.

Nak tahu kitorang guna apa? Adalah bunting lama yang abah dah tak pakai dulu, belakang bunting tu kan kosong. So lepas dah siap artwork yang tah apa..hahaha..i design dalam illustrator jer pastu kitorang print atas sticker A4 paper.

Pastu lekat2 lah gini kat belakang bunting. Nampak macam senang jer kerjanya. Tapi macam nak gila dok adjust measurement before print tu. Yerlah satu A4 tu kena budget kena potong tang mana kat artwork dalam illustrator tu. Kang senget benget dah ropa ape pulak.

Seb baik tak terpotong jari sendiri. Dan seb baik jugak the two heroes dah lena. Kalau tak memang makin besar dugaan kitorang. Dahlah baba ngan i memasing dah rupa zombie.

Haa camnilah!

Sambil buat sambil gelak..hahaha..haru biru betul. Dah nak subuh baru siap. Esoknya kul 11am baru kitorang gerak ke PD. Yang lain semua dah sampai. Nasiblah haiii..janji dah siap.

Jadilah simple pun banner cinonit ni, dari takde langsung.

 

Kedai jual laptop 2nd hand

20 Apr

Susah betul nak cari laptop 2nd hand. I cari untuk my uncle. Yang dah rosak punya banyaklah. Pastu nak yang elok kenalah survey kat mudah.my lah, tanya kekawanlah..tapi amik masa sikitlah. Nak cepat punya pasal, terjahlah low yat.

Low yat ni kan dah macam shopping mall terhebat bagi baba, selain kedai potong kereta. Masuk jer sini dah macam hape muka dia punya eksaited, boleh?

Gi kedai kawan baba kat atas sekali, adalah satu laptop 2nd hand Acer ni. Oklah price pun below rm1k. Tapi my uncle takmo plak brand ni. So, moh ler cari brand lain.

Orang suh cari laptop 2nd hand. Gatal gak usik yang baru punya.

Last2 jumpalah HP Compaq ni. Tahun 2007/08 punya version. Uncle i kata yang lama punya pun ok tapi jangan yang tebal gila tu..hahaha!

So, dah pening2 jadilah amik yang HP ni jugak. Laptop dia semua below rm1k. Kedai ni kat tingkat atas sekali, bukan laptop 2nd hand jer dia jual..CPU pun ada..monitor LCD pun ada. Harga sangat berbaloi, boleh tawar menawar baekkk punya.

Bak kata tokey kedai ni, barang2 kat kedai dia ni bukan yang orang trade-in or rosak punya diorang baiki. Tapi diorang import dari Australia, sebab limit untuk guna peralatan komputer kat sana hanya 2 tahun. Pastu diorang akan tukar baru, so yang dah limit tu diorang trade camnilah. Oklah tu!

 

 

Page 1 of 3123