Archive | Laptop RSS feed for this section
Aside

Shopping dibulan puasa tak bermakna shopping for raya

8 Aug

Syukur, dah seminggu kita harungi bulan Ramadhan. Baru perasan belum pernah i post pics makanan masa berbuka. Blog lain dah lama meriah dengan menu2 berbuka, hehehe. Bukan apa, tak sempat nak snap..tau2 lah dengan budak kecik berdua tu lagi. Dengan masaknya , dengan nak kemas, nak hidangnya lagi. Bukan merungut, i’m happy jer..cuma tang nak amik pic tu jer kalut sikit, kang camera masuk dalam lauk, hahaha.

Tapi kalau i berbuka kat luar, insyaAllah sempat snap..macam kat bawah ni, hihihi.

Cantonese Mee.

Sizzling Mee.

Balik kerja haritu, rushing ikut baba gi Low Yat. Kesiankan, ingat gi shopping baju raya ke :P …oklah takpelah sayang laki punya pasal, ku turutkan saja..hehehe. 

Laptop raya, boleh? Boleh blah!

Beranganlah kau lelama kat situ, hahaha. Tapi seriously jatuh hati betul dengan sony vaio pink kaler ni. But the price, duh. Mencintai tak semestinya memilikikan, auwww!

Jalan2 nampak bumblebee dengan sentinel ni. Tetiba rindu kat abang, hero kecik. Tapi luckily diorang takde, kalau tak haru.

From Plaza Low Yat with lep.

Aside

Kedai jual laptop 2nd hand

20 Apr

Susah betul nak cari laptop 2nd hand. I cari untuk my uncle. Yang dah rosak punya banyaklah. Pastu nak yang elok kenalah survey kat mudah.my lah, tanya kekawanlah..tapi amik masa sikitlah. Nak cepat punya pasal, terjahlah low yat.

Low yat ni kan dah macam shopping mall terhebat bagi baba, selain kedai potong kereta. Masuk jer sini dah macam hape muka dia punya eksaited, boleh?

Gi kedai kawan baba kat atas sekali, adalah satu laptop 2nd hand Acer ni. Oklah price pun below rm1k. Tapi my uncle takmo plak brand ni. So, moh ler cari brand lain.

Orang suh cari laptop 2nd hand. Gatal gak usik yang baru punya.

Last2 jumpalah HP Compaq ni. Tahun 2007/08 punya version. Uncle i kata yang lama punya pun ok tapi jangan yang tebal gila tu..hahaha!

So, dah pening2 jadilah amik yang HP ni jugak. Laptop dia semua below rm1k. Kedai ni kat tingkat atas sekali, bukan laptop 2nd hand jer dia jual..CPU pun ada..monitor LCD pun ada. Harga sangat berbaloi, boleh tawar menawar baekkk punya.

Bak kata tokey kedai ni, barang2 kat kedai dia ni bukan yang orang trade-in or rosak punya diorang baiki. Tapi diorang import dari Australia, sebab limit untuk guna peralatan komputer kat sana hanya 2 tahun. Pastu diorang akan tukar baru, so yang dah limit tu diorang trade camnilah. Oklah tu!

 

 

Aside

Future laptops by HP

24 Dec

Dah lama tak publish pics yang i received from email. Ni i nak share pasal future laptops by HP.

HP Chameleon. Tang stripes tu kot nampak macam chameleonnya. Striking sungguh, dari jauh dah nampak u. Looks elegant rite?



HP Mama. Gila cute!



HP Perfume. Lubang2 kat tepi keyboard tu bukan perhiasan yer. Tapi lubang tu boleh keluarkan bau wangi. Memang tangkap syahdu jer buat kerja. Jangan asyik terbersin sudah!



HP Make up. Boleh siap letak makeup set kat tepi tu? Siap boleh jadi mirror lagi screen tu. Garu kepala bos kalau pakai kat ofis ni. Nak bermekap jer kerjanya staff pompuan kang.



HP Nobag. Tak kuasa nak bawa backpack? Haa jinjing jerlah laptop ni lepas dah gulung2 jadi scroll gitu. Jangan orang pinjam buat cota sudah!



HP Eco. Tak fahamlah ni untuk konsep apa? Blur blur pulaks.




HP Fitness. Haa dengan teknologi masa depan, kita boleh kaki2 kan laptop yer.  Siap boleh timbang berat u. *Geleng2 kepala.


So, yang mana u guys rasa cool? rasa wahh? or rasa ekk elehh? I suka yang HP Nobag tu!



Aside

Hari meleburkan duit orang lain

20 Dec

Bulan lepas adalah bulan amal jariah. Berkali-kali keluar masuk HP Centre. Tapi bukan duit sendiri yang melebur. Cuma tolong meleburkan duit orang lain.

Hari meleburkan duit oleh my sis.

Her cpu kondem. Baba pun takleh nak tolong repair. The motherboard dah sampai ajal daaa…

Pastu pergi lagi..this time tolong send laptop my cousin. Ponnn motherboard kong kalikong.

Tiap kali baba pergi i haruslah follow. Kata ofis dekat gilos. Actually bukan apa tolong2 diorang send kat sini, sebab before this baba selalu hantar gadget2 HP ofis dia repair kat sini.

Even kalau technician dia yang send pun still akan guna nama baba. Ala-ala macam regular customer gitu. Tu yang melaju jer diorang siapkan. Hantar pagi..petang dah call explain apa faulty. Esoknya dah bagi quotation..bila approved masa tu jugak..esoknya dah boleh pick up :)

Kesimpulannya, sayangilah laptop/pc anda. Jaga dan belailah ia bebaik. Sebab bila rosak tahap nak kena campak lombong..memang pengsan nak membayarnya. Regardless lah mereka2 yang kerja cop duit :D



Aside

Berguling tanpa had sempadan

11 Nov

Pernah tak rasa bosan tidur atas katil? Pastu rasa macam bentang toto atas lantai, melasau2..berguling2 tanpa had sempadan adalah lebih seronok? Yer itulah yang kitorang 4 beranak buat bila datang angin kus-kus memasing.

Sebelum tu tengok ni, dekstop kat laptop baba. Sepanjang kitorang hidup bersama ni tak pernah sekali pun i tengok dia letak pic kitorang jadi wallpaper. Tetiba jer nak highlight pasal benda ni kan. Sajalah tu nak cari pasal…hihihi

Tadikan i kata kitorang bentang toto kat bawah. Sambil tu baba on laptop n attached LCD monitor kat laptop dia. Sebelah tu dia buat kerja..sebelah lagi dia bagi kitorang layan movie.

Lagipun tengoklah meja ni. Penuh sarat barat, mana nak datang nafsu buat kerja kat situ.

Sudahnya baba buat kerja. I layan movie. Budak bertuah 2 orang tu dok bergusti. Dah nama pun atas lantaikan? Asal terjatuh terhentak kepala meraung..pastu sambung balik. Tu yang i rasa nak jadi nenek lampir masa tu jugak.


Penat bergusti, terus lena diulit intan. I pun terlelap jugak. Baba sorang jer jaga buat kerja. Yang kelakarnya movie yang i tengok tu baba tak off pun. Dibiarnya pung pang kekuat. Dah bila scene bunyi bom meletup ke aksi yang sound effect boleh menggegar jantung ke..i bangun terduduk! Terkejut mak tau!

But the kids maintain terlena. Pastu baba gelak..tadi i rasa nak jadi nenek lampirkan..ni i rasa nak jadi pontianak pulak. Nak mengilai2 sambil cekik baba!


Aside

Bila laptop meletop hati turut kebabomm!

14 Oct

Ngam2 sehari sebelum raya haritu, laptop baba kong kalikong. Sian mamat tu..terus hilang mood nak beraya kejap.

Nasib baik masa tu dah sembelih ayam2 yang nak dibuat rendang. Kalau tak, kompem disembelih dengan kejam. Bila i geletek2 dia, dia oklah balik..terus simpan dah taknak tengok laptop dia sampai kitorang balik kl.

Balik jer kl terus gi hadap tempat ni. HP Service Centre kat Bukit Damansara. Hantar situ jer terus senang. Kot hantar kat kedai2 komputer ni kang memacam digorengnya.

Peneman setia kepada insan yang sedang down

With the test engineer. Test punya test kompem kena masuk wad icu kat service centre. Itu motherboard sudah rosak daa..standby jerlah around rm1,200 kata engineer itu dengan selambanya. Boleh?

Nak taknak hantar jerlah. So, 1 week lepas tu the laptop siap. And tak sangka dapat 50% diskaun..sebab baba selalu deal pasal his IT department punya things kat sini. Kiranya gesture of goodwill gitu. So total kena bayar plus labour charge around rm700 jer. Tak sampai rm1k..selamat u.

Sebelum pergi check semua dah ok, so happy2 lah kan. I ajak baba lepak ofis i jer..then trylah on guna adapter baba sebab kat HP tadi on guna diorang punya. Sekali tu! Kebabomm! Shot balik the laptop..teng tengg tenggg! Adapter tak guna tu dah nyawa2 ikan rupanya. Esok tu masuk icu balik the laptop..hahaha! Sengal betul rasa. Luckily under warranty lagi motherboard baru tu.

And 3 days later laptop dah ok. Kali ni dah siap2 buang dalam lombong adapter lama baba tu. Ok taklah, tipu.

Haritu melebur rm700, kali ni tambah lagi rm150 beli adapter baru.

Nasib baik kena lepas dah shopping2 raya. Kalau tak kompem macam2 kena catu. So the moral of the story kat sini ialah..sila plug adapter anda ditempat yang sepatutnya. Jangan plug ditempat yang dah overload dengan macam2 barang elektrik.

Macam kes baba, adapter dia dah naik gila dengan arus elektrik yang terlebih sudah sekaligus menarik nyawa motherboard. Dan lebih sakit bila warranty laptop baru jer tamat sebulan sebelum kejadian.


Page 1 of 212