Archive | Hometown RSS feed for this section

Good boy, siapa pegang pun tak nangis

15 Dec

Malam semalam ai story pasal babykan, malam ni pun sama gak.

Amin amin amin, minta dimurahkan rezeki dapat baby

Haa penuh muka budak kecik ni, ekekeke..anak cousin ai ni

Kok tercengang? Yang dukung tu bapa dia

Yang syoknya dia ni, siapa dukung pun takpe..tarak nangis punya

Last pose before handover the baby pada ibu dia

Adik ai yang tudung oren tu belum ada rezeki pregnant, dah lebih 6 bulan kahwin. Takde family planning apepun, ni dah kira berlumba dengan ai lah ni siapa pregnant dulu…hahaha boleh?

Konon2 nak happening, last2 jadi pening

4 Nov

Kitorang ni nama jer kampung kat Melaka. Tapi kalau suh tunjuk jalan nak gi sana sini dalam Melaka tu…haram taktahu jalan. Balik dari kenduri haji mak sedara haritu, kitorang gatal2 nak gi bandar Melaka. Saja nak tengok malam minggu kat sana camnekan. Pastu abah nak lukiskanlah map, uishhh berlagak cakap takpe ada gps. Cehh takde maknanya!

Ishk ishk shirah ni tak habis2 ajak posing ;P

Memula guna gaklah papago ni haa. Tapi sudahnya kitorang pusing2 situ, pusing2 situ…hahaha. Agogo betul! Aper daa, semedang jer salah jalan. Ke kitorang tak tahu guna? Gasaklah. Terpaksalah menebalkan muka call abah tanya jalan. Wat malu den yor!

Deepavali show kat Mydin Melaka

Akhirnya sampailah jugak kat tengah bandar Melaka. Kitorang singgah Mydin kejap. Kebetulan ada show deepavali masa tu. Punyalah ramai umat. Macam best jer tengok diorang dancing…huhuhu.

Semua orangku tak kenal, cuma Sathiya ni jer…hahaha. Sempat lagi kitorang berhenti tengok show diorang ni. Meriah hokayyy!

Lepak makan sekerim kejap

Berbunga2 hati abang nampak toys

Ntah sampai kul baper kitorang lepak. Orang ramai dah susutlah jugak. Seb baik bukan balik KL, kitorang balik rumah adik kat Seremban jer. Tapi balik tu tak sesat, sebab nak keluar gi highway dekat jer kat situ…hahaha terus berlagak ngan abah.

Itu jerlah citernya. Kita tukar citer lain…

Latest family portrait, kat Kompleks Tabung Haji

Takdelah citer apa cuma rillys sekeluarga nak ambil kesempatan wish semua umat Islam, selamat menyambut hari raya Aidiladha. Selamat menghayati erti pengorbanan yang sebenar… assalammualaikum!

Kenduri yang touching sikit

3 Nov

Rasanya majoriti jemaah haji Malaysia dah selamat sampai kat Mekah. Syukur, semoga semuanya berjalan lancar. Mak sedara ai pun pergi jugak, one week before depart kitorang balik kampung…ada kenduri.

Shirahlah ni tak habis2 ajak camwhore…haha

Kitorang pergi pagi hari nak kenduri tu, sebab laki memasing bz dengan kojo. Mak abah dah few days memang kat kampung. Rindu betul baper hari tak dengar mak abah gaduh2 manja…hihi.

Comel jer pakcik baju hitam tu sengih kat kamera

Sampai jer kat kampung tak sempat nak capture pic dulu, tolong apa yang patut kat dapur. Bila orang masjid dah sampai baru dapat relaks sikit. Dan bolehlah bersesi klik sana sini.

Makan time

Terima kasih pada mereka2 yang sudi hadir. Semoga sesama kita mendapat keberkatan dariNya…amin. Syahdu jugak time kenduri ni, sebab sebelum balik tu diorang salam2 peluk2 dengan mak sedara yang nak pergi tu. Tapi tak sempat snaplah sebab ai pun dok touching sama. Yerlah kot panjang umur dapatlah jumpa lagikan.

Kalau sebaliknya?

Mereka yg sangat behave, good boys

Kakak abah yg sulung

Abah (kemeja hijau) dan adik dia, pakteh (kemeja oren)

Mak dan makteh yg sesama oren

3 jejaka VS 1 dara pingitan

Good babai kampung

Dah habis kenduri tu, kitorang balik dulu. Mahu pigi bandar Melaka ronda2. Mak abah besok pagi tu baru balik. One week lepas tu kitorang berkampung pulak kat Tabung Haji. Yang tu lain hari ai story yer. 

Anak beranak lembu

2 Nov

Kekadang seronok tau kalau jalan dalam kawasan kampung ni.

Boleh tengok anak-beranak lembu melenggang kangkung jalan…haha comel.

Apepun, berhati-hati dijalanraya. Lembu ni sesuka hati dia jer kalau nak melintas. Takde nak tengok kiri kanan, dia main cow-walk jer. Peace!

Jumpa besan nun jauh disana

15 Sep

My family datang beraya kat kampung baba sehari lepas kitorang balik sana. Angkut my brothers and sisters sekali. Meriah! Nak jumpa besan raya2 ni kan, hehe..tapi pic takde pulak, ada dalam camera shirah.

Lepas makan minum segala, kitorang semua gerak ke Ipoh rumah besan mertuaku. My family pun i angkut sekali, sebab diorang nak gi Sitiawan tapi i ajak lajak sikit ke Ipoh dulu..hehh

Along, even umur dah 35 tahun, collection duit raya memang sentiasa mewah every year.

Pok pek pok pek sambil makan minum.

Ini budak 2 orang, lemau sebab lama sangat tidur kat keta.

Alaa gegar pulak pic ni. Sebelah kiri i tu lah my SIL, nana..yang kahwin ngan adik baba last year. And now tengah pregnant 3 months, congrates! Rumah yg kitorang pergi ni rumah parents dialah.

Meh i kenalkan balik, from right..emakku, adik kembar baba (taktahu ana ke ain), mak mertuaku, adik kembar baba lagi, mak nana and adik nana. Seronok mak mertuaku dapat jumpa 2 besan sekali. Time rayalah paling syok jumpa mereka2 yang jauhkan..

Vroom vroom versi baru

25 Aug

Arghh! Stop jap buat kuih raya, dah naik kebas tangan. Mari kita exercise jari jemari dengan hapdet entry pulak. Selingan masa berpuasa kat kg. baba haritu.

Budak kecik berdua ni asyik dok hadap tenet.


Asyik main game jerkan, baba pun panggil diorang gi dapur jap.

Haa tolong mesin kelapa ni lagi bagus!

Sudahnya diorang buat macam stereng kereta pulak.

Siap ngan sound effect lagi.

Page 1 of 712345...Last »