Archive | Gifts RSS feed for this section
Aside

Makin lama makin besau

23 Feb

Toys bebudak sekarang memacam pesen. Bebaru ni kan birthday si abang, so pakngahnya bagilah hadiah spesel kononnya. Hahaha tak bersyukur punya mak :D

Toys apa lagi kalau bukan Ben 10. Kena bagi dua walaupon birthday sorang jer. Kang si adik sentappp satu halll pulak.

Hairan betul lah..benda macam jam gini pun boleh cecah sampai dekat rm150 satu. Tapi adalah keluar bunyi2 lampu2 benda gerak2..interactive gitu. Idok ler kalau mama yang nak belikan..ngeh ngeh. Baik bayau kindy fees korang nak oii..lepas jugak sorang half fees tu. Kalaulah boleh gadai benda ni..hahaha!

Macam bagus jer. Dapat2 terus tengok instruction. Paham kah??

Tett tett tott tott tett tott!

Pastu benda patung tu keluar ler dari lobang tengah tu. Sambil cakap apa benda ntah nama alien tu. Seb baik sedap sound effectnya. Memang sejibik sejibot lah macam dalam cartoon network tu.

Elok ler tu. Makin lama makin besau jam tangan korang. Lelama sok besau macam jam dinding gamaknya. Sangkut ler kat leher pulak..hahaha!

Apepun tenkiu bro for the gift. Lenkali beli lagi toys yang memahal..hahaha.. save sangat budget aku. Sementara ko belum ada anak lagi ni kan..ke mana lagi nak dicurahkan duit beli toys kalau tak ke anak buah. Sekian :)


Aside

kek dan kek lagi

13 May

Salam…:)

Minggu ni memang minggu kek sedunialah. Dari weekend haritu dok makan kek jer..hihi..dan oleh itu diriku ngeri nak pergi timbang badan. So itulah kek mother’s day yang my sis bawa balik from Seremban. Yang ingatnya nak surprise my mom tapi dia keluar gi kenduri kahwin daa…

Sampai jer rumah my mom dah gelak2 sebab nampak deretan anak2 dan cucu2 tunggu kat rumah..hihi..oleh sebab bulan ni banyak sangat our family member yang sambut birthday..so tunggu sampai habis bulan ni lah kita celebrate sekali..hero kecik asal nampak kek jer dia jerit..yeahhh birthday hasif! Bukan main banyak birthday kau dalam setahun ekk…

Poyo jer anak bongsu sorang ni..haha..yerlah dia free-hair bolehlah buh pic kat sini. Kami2 yang lain pun togel gak kepala bergambar dengan mak..so simpan untuk tatapan sendiri jer..hehe..wei bulan ni potong segala jenis elaun kau..bukan main tinggi menggunung bil tepon rumah kau kerjakan.

Sayang mak! Dan abah jugak! Semalam birthday husband..kek lagi..eh..esok birthday abah pulak..dan kek lagi..kehkehkeh..esoklah baru wish ekk..hihi.. apepun semoga kita sekeluarga akan terus bahagia dan hidup lebih diberkati Allah..dan doaku untuk keluarga anda semua juga..amin :)



Aside

she loves barney…happy birthday girl!

11 May

Salam…:)

Tempting tak birthday cake tu? Hehe..siap ada barney lagi. Itulah birthday cake ayra..the lil girl yang my mom jaga tu. Last sunday we went to her party.. seronoknya sebab depan rumah saja..hihi..agak2 dah nampak jemputan mula datang baru pergi..boleh :D ..sorry eina tak tolong apepun. Kepengsanan berjogging pagi tu.

Thanks for this too. Kenyang the heroes makan junk foods dalam tu..sesekali bagi diorang lepas gian makan semua tu kow2. Sampai malam tak makan nasi.. pecah rekod betul..haha..esok pagi tu kebulur!

Diriku dan anak2. Serta adikku..dia baru jer sampai from Seremban. Kekonon balik nak surprise my mom sempena Mother’s Day. Sekali my parents pergi kenduri kawen daa..hihi..

Mangsa tukang ambil makanan. Tolong amikkan air..tolong amikkan cupcake..tolong amikkan sosej..haha..tolong tolong tolongg. Eh berbakti pada kakak2 mu apa salahnya..tapi kenapa takde Sister’s Day?

Allah selamatkan kamu…Ayra :) . Happy birthday sweet girl..semoga happy2 selalu yer. Pagi2 datang rumah nenek ipah jangan nangis kay..hehe..

Inilah jadinya bila budak mengantuk disorongkan cupcake.

Cantiknya baju sikecik ni. Hehe..eh mama dia pun cantik jugak. Senyum jer sepanjang hari..yerlah anak kecil dah masuk 2 tahun. Seronok tengok dia membesar depan matakan eina? So bolehlah dapat greenlight bagi ayra adik pulak :D

Thanks for the invitation yer. The foods semuanya yummy. Eh..cake tu pun sama..dahlah comel cake tu..sayangnya nak potong..haha! Tata titi tutu…!



Aside

thanks kak red!

20 Jul

1-150720095123

salam new week and salam Israk Mikraj ;)

harap2 u guys sihat2 belaka lah yer..to start a fresh new week!

ok, ni I nak story pasal Lemon Rosemary Chicken yang I dapat from diva merah… kak red! that was last wednesday kot..hehe..ampun kak terdragged lama gitu nak publish kat sini

2-150720095124

yummy!

3-150720095125

4-150720095128

haa amik ko..sekor ayam baik punya landing dalam bekas tu..buka2 jer bau nya adalah sangat tak tahan..so temptinggg!

5-150720095127

kalah kenny rogers ok..boleh?? and pembuatnya stay dekat jer dengan our area.. bolehlah tempah2 lepas ni..hehe..nak tahu promo pasal ayam yummy ni.. read this! thanks again kak red..lep u lah..muah muahh ;)

6-150720095129

sudah kenyang? mari kita main online game!

7-150720095131

8-150720095132

I bagi diorang main flash game tu jer..senang takyah nak download2..main jer streaming terus..berjinak2 sebelum boleh bagi PS2 ke PS3 ke..asyik2 kat site playhouse disney jer..memanglah interactive sangat tapi kasi tukar angin pulaklah..

yang tukang melayan sape? yer mama nya jerlah..bapaknya tukang sampuk kalau ada buffering ke, speed mcm siput ke, pc hang ke, sound tak perfect ke, bagi early expose kat the kids pasal problemo2 while surfing plus the troubleshoot..

9-Image016

and last but not least! enjoy your new week..lagi sebulan jer kita nak sambut Ramadhan kan..seronoknyaaa ;) ..

selamat bercuti pada negeri yang bercuti hari ni yer..we all kat KL ni kena kerja maa (sob sobb) :P


so, you guys take care kay…daa!


*_appreciation_*

Page 2 of 212