Mengidam? Sila masak sendiri.
30 Apr
27 Mar
Jom! Ikut ai gi makan2.
Makan steamboat kat MAEPS, Serdang
Baru sampai amik bau jer dulu
Kitorang dok kat dalam
Kat luar pun ada gak seats
Before makan kena bayar dulu, per head dalam rm20++
Nak bagi budak senyap, bagi diorang sekerim dulu
Borong makanan time!
Kami yang kesenyapan dapat makan
Beware, bawah meja ada tong gas…hiks
Pasangan sihat yang kuat makan
Another pasangan sihat yang juga kuat makan
Mak abah yang sampai tak larat nak makan
Shirah pun kuat makan, habislah kau…kembang2 is on the way
Sayur2 ulam2
Variety of selections
Drinks
Warning! Don’t waste the food huhuhu
ABC…defghijklmn…..
Nasi mee bihun kuey tiow, fullstop.
Sos. Kicap. Buah. Sambal belacan
Perut kenyang boleh sinyummm
Berhenti seketika, nanti sambung balik
Blurp! alhamdulillah…dah selamat boleh balik.

9 Jan
Happy 2nd week of January 2012!
Last weekend busybee tak? Ai buat2 busybee jer, hehe…
On Saturday, my family gi makan2 kat Steamboat Maeps Serdang. Blurp alhamdulillah memang kenyang habis u. Harga for per head this year dah naik. For adult sorang rm23.90 kalau tak silap and for kids 5-12 years old rm11.90.
On Sunday, my cousin bertunang. Budak bertuah berdua ni kemain hyperaktif masyaAllah. Dalam keadaan tengah mabuk pening lalat, tak kuasa nak kejar2 diorang dah. Shirah amik alih tugas, hehe. Apaknya bz jadi one of the cameraman sambilan.
Lain hari ai citer detail lagi pasal our weekend eh, happy working!

30 Nov
Sirih oh sirih!
Sirih semua orang pernah dengar, tapi sirih nenek kebayan pernah dengar tak?
Haa ni dia sirih nenek kebayan
Kembangkan tengok. Sama jer rupa macam sirih biasa. Tapi cuba makan…wuuuu! Makan maksudnya kunyah jer sirih tu takyah nak buh pinang ke apa. Tengok dia punya meletup kepedasan!
Salah sorang mangsanya adalah baba, hihi. Baba ni memang hantu cili api, kalau makan nasi…cili api tu dia buat ulam, boleh? So bagi dia try sirih nenek kebayan ni, hamekkk terlentok sudah… haha. Terlentok laluk plus menahan kepedasan dan keperitan. Gilos betul penangannya.
Dan akhirnya selamat tertidur. Tapi memang bibir kering habis. Makan sirih nenek kebayan ni kena banyak minum air. Orang kata bagus untuk sistem dalaman badan. Taktahulah eh. Lagi satu sebelum makan tu, niat dalam hati apa yang kita nak hajatkan. Boleh termakbul, eh boleh pulak gitu…apepun jangan percaya sangat kot, kang jatuh syirik pulak.

25 Nov
Lama betul dok dalam draft kisah ai gi hantar mak sedara naik haji. Sampai dah nak balik pun dia next week…hehe. Takpelah better late than never gitukan.
Cobaan membesarkan mata yang sleepy
Pukul 4am kitorang dah keluar rumah, pergi Tabung Haji. Seb baik tak jauh, seploh minit jer dari rumah. Tapi sleepy punya pasal, rasa berjam2 kat on the road.
Pic wajib depan entrance
Budak2 gebu
Suasana kat Kompleks Tabung Haji pukul 4am
Masa sampai tu orang tak ramai lagi.
Bolehlah baring kuak lentang, kuak bebas kat situkan.
Our all time favorite manual GPS
Abah ada kawan kat dalam kompleks tu, awal2 dia dah datang lepak sini ngan kekawan dia yang on duty. Sambil tu dia guide sedara mara yang taktahu jalan nak ke sini. Lebih 40 tahun dia kat KL, ceruk mana ko nyorok dia leh jeling…hehe.
Mendodoi anak
Nasi lemak 2 bungkus besar baik punya
Tak lama lepas tu, maklong ai pun sampai. Dengan rombongan cik kiah yang lain. Dibawaknya bekalan nasi lemak ko. Memang macam pucuk dicita ulam mendatang sungguh.
Sambil tersengguk sambil makan nasi lemak
Lapar, tak toleh kiri kanan dah
Abang menahan kemengantukan
Bila perut dah kenyang, kita tunggu masa untuk mak sedara nak kena check in. Yang tu lain hari ai story eh. Dah banyak sangat pulak pics kat entry ni.

Recent Comments