Archive | Event RSS feed for this section

Weekend untuk family

9 Jan

Happy 2nd week of January 2012!

Last weekend busybee tak? Ai buat2 busybee jer, hehe…

On Saturday, my family gi makan2 kat Steamboat Maeps Serdang. Blurp alhamdulillah memang kenyang habis u. Harga for per head this year dah naik. For adult sorang rm23.90 kalau tak silap and for kids 5-12 years old rm11.90.

On Sunday, my cousin bertunang. Budak bertuah  berdua ni kemain hyperaktif masyaAllah. Dalam keadaan tengah mabuk pening lalat, tak kuasa nak kejar2 diorang dah. Shirah amik alih tugas, hehe. Apaknya bz jadi one of the cameraman sambilan.

Lain hari ai citer detail lagi pasal our weekend eh, happy working!

Nak tengok Upin Ipin yang tipu2 punya

16 Dec

Niat dihati haritu nak tengok Pameran Khazanah Kapal Karam kat Muzium Negara. Tup tap tup tap, ada Pameran Upin Ipin ler puleyyy kat situ. Bagai pucuk dicita ulam mendatang ler kennn.

pic anak beranak dalam kereta

Muka tak tentu arah bila tahu nak gi tengok 2 budak botak

kereta upin ipin

Dari jauh dah nampak Exora Upin Ipin ni

Kat luar pameran pun dah nampak syok, dalam tak tahu leyyy

poster besar upin ipin

Abang kulu kilir cari pintu masuk

terkesima tgk pameran upin ipin

Dah masuk tak tentu arah mana nak tengok dulu

BFF hawa pun join jugak. Upin ipin punya pasal demi anak2 tercinta, sanggup datang tanpa suami yang bzbee kerja. Bawa 2 budak kecik shomel tu, dengan tengah pregnantnya. Memang superwomanlah kau hawa.

Mak2 pun tak salah nak terkesima sama

Semua karakter dalam upin ipin ada, pilih2

Ini budak kicik memang clever, mulut non-stop mengomel teruja!

Anak sulung hawa, ayong kat meja study upin ipin

Siap buat rumah kampung upin ipin tau. Ada bilik kak ros, upin ipin, nenek, dapur, ruangtamu semua complete. Esok i hapdet lagi yer pics dalam rumah tu.

Asal stop jer amik pic, asal nak amik pic jer stop…haha

pentas upin ipin

I like this pic!

Game upin ipin, tapi belum launch lagi kot

Wall of Fame

Pameran Khazanah yang tinggal kenangan sebab tak masuk pun

Kapal lanun dah karam ke hape ni?

Kitorang tak masuk Pameran Khazanah Kapal Karam tu, maklumlah hawa tengah pregnant. Takut ada apa yang dipamerkan buat dia terkuzut kang.

Bila anak2 happy, mak2 pun happy!

Sekian

Mama, abang pun pakai topi ada tali berjurai macam mama dulu

8 Dec

Tahun ni ai pergi graduation day kat kindy my kids dengan hati yang meriah sikit. Sebab abang n hero kecik both buat performance. Last year abang sorang jer. Hero kecik tukang gelakkan kat bawah…hihihi. Memacamlah bebudak ni.

Tengok stage jer pun ai dah eksaited

Choir, choral speaking n bacaan doa

6 years old certificate for abang

Topi berjurai ni yang si abang kecoh kata dia pakai macam orang konvo…hihihi.

5 years old certificate for hero kecik

Anugerah Pelajar Paling Aktif for abang

Dan disebabkan character aktif terlampau abang ni lah, ai susah nak gain weight. Bukan diet apepun, tak kuasa mak tau. Sekali menjerit, habis pecah semua lemak…hahaha, tak caya cer try.

One more thing, bebudak sekarang memang ramai yang genius. Abang n hero kecik ada a few subject yang score 100%. So, adalah sikit rasa mungkin ada subject academic yang diorang boleh dapat award. Rupanya ada student2 lain yang score semua 100% kau, both semesters pulak tu…hihihi. Memang truly genius mereka itu.

Anugerah Lukisan Terbaik for hero kecik

Molek sangatlah tu, dinding kat rumah habis dah dia muralkan. Clap2 for u dik. Apepun congrates anak2 mama. Tak kisahlah dapat anugerah ke, tak dapat ke…yang penting ilmu yang diorang dapat timba kat sini tu dapat dimanfaatkan masa kat primary nanti. Wahhh, ayat macam cikgu sekolah tak?

Spot mana abang, yer yang terlebih hormon tinggi tu

Tiap kali bawak abang jalan, kalau ada orang tegur…mesti ingat dia dah standard 2-3. Pastu compare pulak dengan mamanya yang tak berapa nak tinggi ni. Bukan ai pendek yer, tapi tak berapa nak tinggi…hihihi. Tinggi ke rendah ke anak kita, yang penting sihat fizikal dan mental. Wahhh, cliche lagi ayat haku.

See, agak2 dia darjah berapa akan sama tinggi with me?

Baba tak dapat join, macam last year jugak. Tapi awal2 baba dah umpan abang memacam. Hehe, nak buat camne dah takde rezeki baba nak joinkan. Harap kat video yang mama record jerlah.

Fashion show by student 4 years old

Hero kecik perform sketsa n joget agogo!

Abang perform dalam drama swasta minggu ini, ahaa

Lagu wajib sebelum habis, Bertemu dan Berpisah

Last but not least, makan time!

Really enjoy the day, I’m happy when my kids’re happy!

Perlawanan terbaik!

22 Nov

I’m sure rakyat Malaysia tengah gembira sakan harini dek kemenangan team Harimau Muda Malaya malam tadi. Tak sia2 kalau ada yang datang opis harini dengan suara yang serak…hehe

Yang pasti kejuaraan dah jadi milik kita!

Congrates to all players, especially cik abe Khairul Fahmi

After 2 hours bergasak kat padang, akhirnya kita berjaya mematahkan sorakan peminat2 fanatik pasukan lawan yang menjangkau hampir 100,000 orang yang hadir kat stadium malam tadi. Perghhh!

Memang tak dinafikan sepanjang game tu, kemain tak keruan tengok match tu. Serba tak kena betul jadinya…hahaha!

Apepun, memang dah rezeki kitakan. Sepakan penalti terakhir kita tu kan actually dah ditepis oleh keeper lawan tapi boleh pulak bergolek2 masuk gawang, congrates Malaysia!

They need our votes bebeh

17 Nov

Letihlah otak buat kerja, stop kejaplah ai nak update recent story from Nuffnang. Pasal Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011. Ada 12 awards yang dipertandingkan and the event will be held on 16th December.

Starting 15th November 2011, dah boleh vote siapa pilihan hati sanubari.

And the nominees are…!

Most Influential Blog, of coslah i’ll go for Hanis!

Best Micro Blog, ai kenal Kennysia jer…hehe

Most Original Blog Design, kretip2 mereka ni yer

Best entertainment Blog, semua menghiburkan lor

Best Food Blog, yummehh2 blog memasing

Best travel blog, syok betul tengok kaki2 jalan nih

Best fashion blog, tu dia siapa fashionista nih

Best photography blog, bestnya semua marbeles2 punya calon

Best Geek Blog, wah sape paling geek nih

Best parenting blog, kita lihat parents mana yang terbaik

Best Lifestyle Blog, yeahh mari pilih mana paling stylish

Hidden Gem. Wah? Tersembunyi tu…hihihi

Tapikan, majoriti ai tak kenal lah…hehe. Takpe just masuk blog diorang and nilai sendiri dengan hati yang tulus ikhlas gitu. So, boleh vote setiap 2 jam. Remember, every 2 hours tau. Keluar masuk balik, keluar masuk balik…haha. Goodluck for all the finalist!

The happy buyer, memang berbaloi

2 Nov

Still about the photography festival. Sabtu tu kitorang dah pergi, saja cuci mata jer. Esoknya my sister came over from Seremban, ajak pergi situ lagi. Nak rembat sebijik kamera yang murah tapi best. Terussslah ai kata…adaaa!

One of the event kat KLPF 2011

So here we’re again. Tapi kali ni tak bawak the kids. My parents bawak diorang gi jalan mana ntah. Kemain berlagak lagi masa nak pergi…hehe. Diorang taktahu mama pun nak gi jenjalan.

The day before tu memang dah survey2. 

Ai memang dah spot this Olympus camera.

The rep pulak very the friendly punya manusia. Pok pek pok pek tak habis2.

Sonyum jangan tak sonyum

Kemain berseri wajah si buyer yang bertudung biru itu. Mahu taknya dapat 50% off beli kat sini, dah tu warranty extended lagi 1 year pulak tu. Best!

Balik tu hero kecik tengok pic ni. Terus jerit…

ni masa bila gi jejalan ni???

huhuhu!

Dah macam hulk pun ada abang haku ni :D

Sebelum balik tu kitorang gi jumpa angah kejap kat Metrojaya. Call punya call punya call, dia kata tengah stuck buat kerja ngan contractor. Maka bercengkeramalah kitorang kat court depan tu dengan kamera yang si adik baru beli tadi. Half an hour camtu baru angah datang.

I like this pic so much!

Cuma along jer takde, kalau tak dah complete 5 beradik.

Midvalley dah nak tutup sangat2 baru reti nak balik 

Kekadang terasa indahnya berjalan without the kids. Tapi bila nampak anak2 orang berlari, tahu pulak rindu-merindu…dang!

Page 1 of 1512345...10...Last »