Archive | Appreciation RSS feed for this section

Pics lama Petaling Street, KL

6 Dec

Masa gi pameran fotografi kat Midvalley few months ago, ai tertarik sangat dengan pics lama disekitar Petaling Street, KL yang dipamerkan. Pics yang mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi. You guys can click the pic to enlarge.

 

Kalau ada lagi, ai upload kay…!

Perlawanan terbaik!

22 Nov

I’m sure rakyat Malaysia tengah gembira sakan harini dek kemenangan team Harimau Muda Malaya malam tadi. Tak sia2 kalau ada yang datang opis harini dengan suara yang serak…hehe

Yang pasti kejuaraan dah jadi milik kita!

Congrates to all players, especially cik abe Khairul Fahmi

After 2 hours bergasak kat padang, akhirnya kita berjaya mematahkan sorakan peminat2 fanatik pasukan lawan yang menjangkau hampir 100,000 orang yang hadir kat stadium malam tadi. Perghhh!

Memang tak dinafikan sepanjang game tu, kemain tak keruan tengok match tu. Serba tak kena betul jadinya…hahaha!

Apepun, memang dah rezeki kitakan. Sepakan penalti terakhir kita tu kan actually dah ditepis oleh keeper lawan tapi boleh pulak bergolek2 masuk gawang, congrates Malaysia!

Ya Allah, sakitnya!

18 Nov

Good day guys,

Early morning ai bukak FB nampak this image and statement yang really makes me terkesima!

Subhanallah, masyaAllah…laillahaillallah!

Bayangkanlah, manusia hanya mampu tahan kesakitan sehingga tahap 45 del (unit). Tetapi bagi ibu yang bersalin, kesakitan yang ditanggung adalah sampai ke tahap 57 del (unit)! Dan ini bersamaan dengan 20 tulang yang patah sekaligus!

Ya Allah, sungguh besar pengorbanan seorang ibu…hmm agak2 lelaki masa sunat tahap kesakitan berapa del (unit) eh?

Moment yang sungguh bermakna

14 Apr

Tengah syok layan bebudak mandi manda masa kat Wet World haritu, tetiba suasana jadi kelam kabut. Haha..poyo jer. Kelam kelibut macam semua pun berlari lari kearah sesuatu.

Pastu nampak plak cameraman TV3.

Dari jauh kulihat hijau. Siap dengan alunan muzik sekali. Ohh band tentera rupanya. Nyambut siapa ekk? Idok ler teman tahu masa tu ada VVIP ropanya.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi our Menteri Pertahanan in the house.

Sompek laie laki den ni salam haa.

Dato’ Seri ni asal dari Bagan Datoh. Masa kat sini adalah sorang nenek ni (yang bertudung labuh hitam) terus gi peluk Dato’ Seri. Sambil tu cakap2 dah lama tak jumpa semualah. Ohh maybe makcik ni jiran tetangga Dato’ Seri masa kekecik dulu kot. Gitulah dah jadi pemimpinkan, masa terhad sangat..ada event2 camni dapat dia jumpa orang kampung balik.

Persembahan ditengah panas terik.

Bz banget beliau. Lepas interview tu, ada sesi bergambar dengan ahli KERABAD. Siapa nak sila q. Apalagi, abang ngan hero kecik tengah syok berendam tu kitorang drag sama q..hihihi

Tadaaa! Sori Dato’ Seri, my kids basah lencun kataku (ohh haku pun lencun separuh badan ni). Takpe2 tak kisah..meh sini boleh jer amik pic sesama katanya. Sungguh polite budi bicara beliau :)

 

Ghamai dan gamat sungguh

13 Apr

I sambung pasal entry gath KERABAD semalam tu yer. Cewah siap mintak permission bagai.

Dah balik baru dapat capture banner ni. Masa baru sampai tu takleh nak amik, manusia yang berkerumun kat entrance tu masyaAllah.

Baguslah WetWorld, Shah Alam ni..siap ada tempat for this kind of reunion. Secomel2 tempat dia ni, boleh lagi allocate space for event camni. Thumbs up!

Camni ada hati nak suh abang ngan hero kecik join the kids punya games? Huhuhu! Punyalah ghamai peserta. Takpelah kita mandi manda sudahlah nak oii. Ehh tu tu..the MC yang pegang mic tu, kenal tak?

Abang kieran from Hot FM. Memang takleh dapat mic sungguhlah dia. He just cudn’t stop talking u see..hiks!

Tu yang i naik heran.

Games for adults pun ada. Tumpang nengok jerlah. Yang bujang2 bolehlah kot join. Tengok2 jer pun tatap enjoy! Enjoy gelakkan orang, voley?

Kemain hadiah yang penganjur sediakan. Jenuh nak ngabehkan. Ohh lupa pulak, VVIP of the day was Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (red cap). Dato’ Seri ni pun asal dari Bagan Datoh. Entry for him esok2 ekk.

Antara bekas pelajar SMK Khir Johari, Sungai Sumun. Sekolah babalah ni. Ada a few sekolah lain jugak yang amik pic camni. Semua tu sekolah area Bagan Datoh, Perak.

Nak balik dah, babai! Ehh..tahun depan pihak sponsor tolong buat kat Sunway Lagoon plak ekk..dushh dushh!

 

Masa dah time

30 Mar

Family day part 9. The last part. Akhirnya! Fuh fuhh… Bila dah check out tu, semua gather kat tapak outdoor activity tu semula. Last photo session beramai-ramai.

Kasi susun dulu apa yang patut. Sempat lagi merembat kejap pasu bunga cute tu..hihi..pic-nya last kang i publish ekk.

Dah salam salam, hug hug, kiss kiss..semua berangkat pulang!

Kitorang pun, angkat jugak kaki. Letih yang teramat masa ni..kalau dapat katil memang heaven. Mahu sampai 3 hari tak bangun..haha!

Tengok..baik punya lena. I jer takleh nak lena, risau gak baba drive..dia pun ngantuk jugak. Tapi kitorang tak terus balik rumah, singgah rumah adik i kat seremban. Perghhh pastu memang pengsan sampai ke malam..baru balik KL.

Tadaaa…! Alhamdulillah selesai sudah family day sebelah abah for 2011. Syukur semuanya berjalan lancar. Lepas ni nak prepare family day sebelah mak pulak..insyaallah after raya..amin :)

Thanks pada yang sudi baca sepanjang2 dan berderet2 entry pasal family day ni. Semoga kita jumpa lagi tahun depan!

 

Page 1 of 3123