Kisah delivery saya

27 Nov

Lamanya ai pendam kisah delivery. Kekonon nak update masa dalam pantang, sudahnya kedaung hehe. Tup tap tup tap dah 3 bulan lebih berlalu. Tapi semuanya masih fresh!

Ok kisahnya bermula masa tarikh 23/8/2012 iaitu hari ke-5 syawal, pagi lepas solat subuh tu ai tidur balik. Tapi masa tu dah rasa tak sedap perut. Kali ni baby mengeras lain macam. So, ai just pretend takde apa kot. Maka lenalah balik diri ini. Tup tup ai dengar bunyi plop! pastu basah dah tilam. Ya Allah!!! Air ketuban dah pecah!

Kebetulan memang pagi tu nak pergi check up kat klinik, 39 weeks. Terus ai kejut husband yg baek punya tengah lena diulit intan. Ai jerit2 cakap air ketuban dah pecah. Cepat! Cepat! Dengan selamba mat rocknya husband kata, kan nak gi klinik jer yg nak cepat2 tu kenapa. Wah! Lagilah kuat jeritan ai cakap air ketuban dah pecah! Haa terus berdiri dia kelam kabut. Capai apa yg patut berdesup pergi hospital. Syukur time tu raya, jalanraya memang lengang pukul 7am.

Selingan jap. My lil wazif, fresh from the oven!

Dalam kereta syukur takde sakit apa sangat, cuma sengal2 jer kat bawah tu. Sampai hospital memang dah basah lenjun dah kain ai. Tapi buat2 maintainlah jalan terkepot2, berlagak takmo naik wheelchair haha. Doc check cakap dah bukak 3cm. So tunggu turn nak masuk labour room. Husband tunggu kat luar, nak tolak gi labour room baru diorang panggil masuk. Tup tup dalam seploh minit jer, ai dah rasa Ya Allah sakit contraction dah makin kerap, tak sampai seminit sekali. Kelam kabut nurse memula suh duduk atas wheelchair nak tolak gi labour room. Tapi ai cakap kenot duduk dah. Tinggal nak meneran jer ni huwaaaa!! Diorang suh ai lompat naik atas katil sorong gi labour room.

Pecut 100m nurse2 yg tolak tu. Dahlah jauh pulak labour roomnya. Labour room belah depan semua full. At the same time ai jerit suruh panggil my husband haha sempat lagi. Sorang nurse tu berlari gi panggil husband pulak. Yang kelakarnya time kena tolak lelaju tu ai dah angkat kaki nak meneran, nurse tu boleh tekan balik kaki ai suh turun balik jangan meneran. Tunggu dah nak sampai labour room. Haiyooo!!

Haa ni lah labour roomnya. Masuk jer dalam ni, ai kena lompat lagi pindah ke katil tu. Elok jer lompat, ai terus angkat kaki dan meneran!! Doc dgn nurse2 lenggang mak kangkung baru nak pakai sarung tanganlah apelah. Bila diorang pusing tengok baby dah jadi superman keluar sendiri! Hahaha pastu husband pun sampai. Alaaaaa baba tak sempat tengok. Superman junior keluar cepat sangat. Apepun alhamdulillah, semuanya berlaku cepat sangat.

Close up sikit. Haiii berdebar2 bila tengok pic kat labour room ni.

Muka ada sinyum hehe.

Kejap jer kat dalam labour room, ramai lagi orang nak deliver sampai tak cukup bilik. Ai naik kat wad biasa. Then baru start call sesiapa yg berkenaan to inform dah selamat deliver.

Menjelang tengahari tu my parents, siblings semua datang visit.

Sian budak kecik 2 orang ni takleh naik atas melawat. Diorang kena tunggu kat bawah. My dad bergilir jaga dengan shirah. Tak sabar punya pasal, diorang tengok pic baby kat hp atok and kiss2 hp tu. Alahaiii…

Inilah dia superman junior buah hati terbaru saya.

Sekarang dah 3 bulan berlalu, dia membesar bagai johan!

10 Responses to “Kisah delivery saya”

  1. suliana November 27, 2012 at 4:48 pm #

    touching bila baca cite org bersalin 🙂

    • lily_lotus November 29, 2012 at 4:48 pm #

      ahaa memang pengalaman yg sungguh sukar untuk dilupakan..

  2. watie November 27, 2012 at 4:48 pm #

    salam lily… anak kita beza sehari jek hehehe saya 22/08.. apa2 pun tahniah semoga membesar bagai johan.. comel n bam bam geram nengok dia 🙂

    mama mya

    • lily_lotus November 29, 2012 at 4:50 pm #

      salam kembali watie, ooo yer ke thanks for the wish.

  3. strawberi November 28, 2012 at 8:01 am #

    wahh..pantas nya bersalin..alhamdulillah sume slamat…congrats utk new baby 🙂

    • lily_lotus November 29, 2012 at 4:47 pm #

      thanks! syukur alhamdulillah, yg penting baby sihatkan. thanks again…

  4. liz November 28, 2012 at 11:52 am #

    selepas 3 bulan, gaya tidur tetap menten!
    comei wazif 🙂

    • lily_lotus November 29, 2012 at 4:46 pm #

      hahaha faberet angle dia mmg camtu

  5. Tia November 28, 2012 at 1:43 pm #

    Wah….. congratulations!!!!
    Muka baby iras muka mummynya..

    • lily_lotus November 29, 2012 at 4:40 pm #

      thanks! ramai kata ikut muka ai, hehe. sian the father, hihi.

Leave a Reply